Rabu, 22 Februari 2023

KES ZAHID AKAN TERUS DITANGGUH




Buat ketetapan pemimpin

 kerajaan terkait kes rasuah

 dibenar bertugas atau tidak,

 kata Takiyuddin
Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan menyeru supaya kerajaan membuat ketetapan anggota pentadbiran yang mempunyai kes mahkamah dibenar menjalankan tugas-tugas menguruskan kerajaan dan negara.

Setiausaha agung PAS itu merujuk kepada lantikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang kembali menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

Menurut Takiyuddin, Zahid yang kini berada di kedudukan nombor dua teratas dalam pentadbiran kerajaan masih dibenarkan memegang jawatan walaupun mempunyai kes mahkamah.

Perkembangan itu juga, katanya meletakkan pegawai-pegawai perundangan dan kehakiman di keadaan yang amat sukar kerana perbicaraan melibatkan timbalan perdana menteri.

"Seorang timbalan perdana menteri berdepan kes mahkamah adalah keadaan yang tersalah arah kepada pegawai-pegawai kehakiman.

“Saya ingin merujuk satu petikan ketika Bagan Datuk mula-mula didakwa di mahkamah pada tahun 2018, Pemuda Umno membuat satu kenyataan gesa Zahid cuti seketika. Ini gesaan parti beliau sendiri,” katanya dalam ucapan membahas Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Dengan memetik laporan berita pada tahun 2018, katanya, gesaan Pemuda Umno itu bukan bermaksud beliau sudah didapati bersalah sebaliknya memberikan ruang dan masa agar Zahid boleh memfokuskan diri kepada kes mahkamah sekaligus membersihkan nama baiknya.

Dalam hal itu, Takiyuddin menegaskan ahli-ahli Parlimen di blok pembangkang mahu kerajaan membuat ketetapan supaya anggota pentadbiran yang mempunyai kes mahkamah mengambil cuti sehingga kes mahkamah selesai.

Tambahnya, cadangan itu bukannya baru malah pernah dicadangkan oleh MCA Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng (Bagan) supaya cuti sementara sehingga kes rasuah beliau selesai.

Perbahasan Takiyuddin kemudiannya terganggu oleh celahan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (2) di mana ahli dewan tidak boleh mengatakan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah.


“Berbahaslah. Dan Bagan Datuk pun belum lagi didapati bersalah,” katanya.

Kenyataan tersebut kemudian disahut oleh ahli-ahli pembangkang mengatakan Rayer sudah berubah sejak bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.

“Dulu cakap lain, sekarang cakap lain ya Jelutong,” kata Takiyuddin.

Terdahulu, prosiding bela diri Zahid terhadap kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi dijadualkan akan berlangsung pada 10 April ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah menetapkan perbicaraan presiden Umno itu dijalankan selama 27 hari, iaitu lima bulan berturut-turut bermula April hingga Ogos depan.

UNTUK ANWAR

TERUS JADI PM

ZAHID AMAT

DIPERLUKAN

AMIN

ZAHID ADA

BANYAK KES 

AMIN

PEKARA INI

SENANG SELESAI

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

TIAP KALI BICARA

TANGGUH TANGGUH

SAMPAI 5 TAHUN

AMIN

PRU16 SATU

CERITA BARU

DALAM MASA

5 TAHUN

PAKATAN BOLEH

BINA TEMBOK

AMIN

PAKATAN BOLEH

DAKWA ABAH

DAKWA HADI

AMIN

WAN SAIFUL

DAH KENA

KAH KAH KAH

INI CARA TERBAIK

UNTUK PMX

TERUS BERKUASA

KHALAS

ENAM TAHUN DULU JAI MENINGGALKAN DUNIA

 




DARI ARKIB 20/2/2017


SELAMAT


JALAN JAI


jai menghembuskan nafas terakhir
malam tadi di rumah kediaman dia
tidak sakit berpanjangan
telah tua berumur 14 tahun

jai akan dikebumikan petang ini
di jelebu dimana setiap tahun
dia berhari raya di kampong

al-fatihah untuk jai
au revoir
selamat jalan
all dogs goes to heaven

---------------

UKRAINE SETAHUN PERANG



UKRAINE

SETAHUN PERANG

AMIN

DUIT KWSP

 



NAK KELUAR

DUIT KWSP

KHALAS


Unknown commented on

 "RAMAI DAH TAK BERDUIT"

Ada bagus biar mangkuk2 ni merasa apa tu susah. Nak senang semua benda. Nak beli kereta mahal2. Baju nak branded2, makan kedai tepi jalan xnk.. alih2 susah nak ambik duit hari tua? Mcm mna pulak nk confirm dorang ni masa tua tak jadi barah pada negara? Ramai org tua sekarang saving langsung takdak. Anak2 pulak kena bagi duit tiap2 bulan sampai berhutang keliling pinggang. Kalau macam ni rotation bila nak selesai masalah?

POLITIK RASUAH MELAYU

 



POLITIK

RASUAH MELAYU

AMIN

Unknown commented on 

"TANGGUH KES ZAHID"

Sejak negara merdeka sampai sekarang, tak habis habis gaduh politik Melayu, tengok lah kaum lain, asyik pendatang tetapi mereka berusaha tanpa apa apa bantuan, tanpa apa apa projek pun berjaya jugak, orang kita asyik tikam menikam sini sana, curi sini sana, rasuah kiri kanan, tak kisah apa nasib bangsa , tak kisah apa nasib agama, semua boleh tunggang sampai ada jawatan ada pangkat sudah, 

sudah mahu cepat, bantuan projek kerjaya politik sama saja, siapa naik dia pun sama, nak popular nak untung asal sendiri senang lenang, kaum kerabat senang lupa negara lupa masa depan lupa hutang lupa ekonomi sudah sudah lah meluat luat muntah semua sekali, mati tak bawa apa pun, yang ada tak cukup lagi lah? Gaji ada elaun ada kenapa masih gila rasuah? Itu lah ajaran Hj Hadi supaya terima sedekah kiri kanan? Bila mahus sedekah harta benda curi rasuah sekian lama kah kah kah

TUNGGU ABAH KENA DAKWA


ABAH DI DAKWA ?

RABU 22/3/2023

KITA TUNGGU BILA ABAH
AKAN DI DAKWA
KAH KAH KAH

JIKA  DI DAKWA SEKARANG
BILA PRN DIJALANKAN
ADA ISU BOLEH
UNTUK DI JAJA
MACAM KES 1MDB NAJIB

LAGI PUN
AZAM BAKI AKAN
TERUS SETIA KERANA
SATU KETIKA DULU
PAKATAN MAHU AZAM BAKI
  DI DAKWA

SOSOK YANG BERMASALAH
AMAT SETIA PADA TUAN
LU TAK CAYA
LU TANYA MADEY
AMIN

POLAND
BIDEN BERI UCAPAN KERAS
MAHU TERUS SOKONG UKRAINE
WALAU PUN UKRAINE 
MAKIN TERBARAI
KAH KAH KAH

NAK PERANG MACAM MANA
PELURU DAH HABIS
KAAH KAH KAH

RUSIA
PUTIN GANTUNG PERJANJIAN
SENJATA NUKLEAR
SEBAGAI JAWAPAN
PADA  BIDEN
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI RINTIK RINTIK
HUJAN TAK JADI TURUN
PETANG KELMARIN
MAKNANYA AIR MASIH BANYAK
DI UDARA

LANGIT TAK BIRU
MATAHARI TAK MUNCUL
LOPAK AIR DAH KERING

TIONG DAN TERKUKUR
MERAYU DI SANA SINI
SATU KEMPUALAN 
WARGA HOKKIEN
MENYALAK DARI JAUH
MENJADIKAN TELINGA TAK TAK 
NAIK TEGANG

GUA YAKIN
HARI INI AKAN  PANAS
AMIN

BRO 
SENYUM
BE HAPPY 
DI PAGI RABU

BRO
KALAU LU BOLEH KAWAL
PIKIRAN LU
LU AKAN KAWAL HIDUP LU

BRO
JANGAN BENARKAN
PERANGAI PALAT
ORANG LAIN
GANGGU KETENTERAMAN
JIWA LU

BRO
LEBIH TENANG JIWA LU
LEBIH BIJAK LU
BERFIKIR

BRO
BERGERAK MENYUSUN
DENGAN STRATIJI
BUKAN DENGAN EMOSI

BRO
LU JANGAN BENARKAN
EMOSI LU
MENGATASI FIKRAH LU

BRO
KEYAKINAN DIRI
DI BINA DENGAN
MENGHADAPI APA YANG
LU TAKUT

BRO
FIKRAH YANG TENANG
AKAN MEMBUAT
KEPUTUSAN YANG BIJAK

BRO
PANDANG KE DEPAN
DENGAN HARAPAN
BUKAN KE BELAKANG
DENGAN SESALAN

BRO
PEKARA TERBAIK
AKAN SAMPAI
YAKIN PADA DIRI

BRO
JANGAN SUKA
KOMPLIN
UBAH BAHARUI DIRI

BRO
JALAN YANG PAYAH
AKAN MEMBAWA KEJAYAAN
BESAR

BRO
KUALITI CARA LU BERFIKIR
AKAN MERENCANA
KUALITI HIDUP LU

BRO
TAK ADA SAPA
AKAN DATANG MENYELAMATKAN LU
LU BANGUN
LU JADI WIRA SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
ABAH DI DAKWA