Khamis, 26 Oktober 2023

HAMAS BUKAN PENGGANAS KATA ERDOGAN !!!


ERDOGAN KATA :

HAMAS BUKAN

PENGGANAS

AMIN

HAMAS PEJUANG

PEMBEBASAN

TANAH AIR 

DAN BANGSA

KHALAS

SYURGA DAN BIDADARI



Kumpulan agama harap perintah pentadbiran baharu guna kalimah 'Allah' adil


DRAF arahan pentadbiran baharu mengenai penggunaan kalimah “Allah” mestilah adil kepada semua agama tanpa sebarang larangan langsung terhadap penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, kata kumpulan antara agama.

Bekas presiden Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) R.S. Mohan Shan berharap arahan baharu itu akan memihak kepada semua kaum.

“Kami masih tidak pasti apakah perintah baharu ini, kami berharap tiada larangan penggunaan perkataan itu.

“Terdapat sebutan perkataan ‘Allah’ dalam buku agama Sikh dan malah kami penganut Hindu menggunakan perkataan itu dalam kesusasteraan Tamil dan beberapa lagu pemujaan,” kata Mohan kepada The Malaysian Insight.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata draf itu akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja tidak lama lagi, sambil menambah lima sesi libat urus sudah dijalankan mengenai penggunaan perkataan itu. 

“Hasilnya dipersembahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Draf itu juga akan dibentangkan pada Majlis Raja-Raja dari 25 hingga 27 Oktober ini,” kata Saifuddin di Dewan Rakyat.

Mohan yang juga bekas presiden Hindu Sangam, berkata tidak wajar menghalang orang ramai daripada menggunakan perkataan itu, kerana ia ada dalam buku agama mereka.

“Jadi, bagaimana kita hendak melaksanakan sembahyang? Ia adalah sebahagian daripada amalan kami.

“Kami berharap akan ada keputusan yang menggembirakan semua orang.”

Sementara itu, paderi kanan Reverend Dr Herman Shastri berkata semua agama lain menggunakan perkataan itu sejak berabad lamanya.

“Apa sahaja yang difikirkan oleh kerajaan, harus mengambil kira hak orang Kristian untuk membaca kitab suci mereka dalam bahasa kebangsaan,” kata Herman.

“Ia (Allah) sudah ada dalam kitab Sikh, Hindu dan terjemahan Bible.

“Orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan Bahasa Malaysia. Oleh itu, ia ada di dalam Bible mereka dan melalui terjemahan asli Bible dan dalam kesusasteraan Kristian.”

Herman yang merupakan timbalan pengerusi Jawatankuasa Khas Persefahaman Antara Agama yang ditubuhkan oleh Kabinet dari 2010 hingga 2020 berkata terdapat peruntukan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11).

“Kami berharap perintah baharu itu tidak akan melanggar kebebasan beragama seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) yang merangkumi pembacaan kitab suci dalam mana-mana bahasa yang dipilih, hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama yang dijunjung oleh pelbagai masyarakat agama selama berabad-abad.”

Pada 15 Mei, Putrajaya menarik balik rayuannya untuk menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” untuk menggambarkan Tuhan di Malaysia.

Ia difailkan oleh peguam kanan persekutuan yang mewakili Jabatan Peguam Negara.

“Perayu (Menteri Dalam Negeri dan kerajaan) tidak berhasrat untuk meneruskan notis rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan menolak keseluruhan rayuan tanpa perintah mengenai kos,” tulis notis itu yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

Ia selepas Putrajaya memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” dan tiga perkataan lain dalam konteks agama.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi, selepas pertempuran undang-undang selama 13 tahun antara kerajaan dan Jill Ireland, seorang wanita Kristian dari Sarawak.

Nor Bee, dalam keputusannya, menyifatkan arahan Kementerian Dalam Negeri 1986 untuk melarang penggunaan empat perkataan itu oleh orang bukan Islam 35 tahun lalu sebagai “menyalahi undang-undang” dan “tidak rasional”. – 26 Oktober, 2023.

APA AKAN JADI

JIKA PENGANUT

HINDU LARANG

MELAYU GUNAKAN

PERKATAAN SYURGA

AMIN

LARANG GUNA PAKAI

PERKATAAN BIDADARI

AMIN

LARANG GUNA PAKAI

PERKATAAN AGAMA

AMIN

ORANG JAHAT

NAK DI BAKAR DIMANA

KALAU HINDU LARANG

GUNA NERAKA

AMIN

SAJE TANYA

KERANA SEMUA

INI ASAL USUL

DARI KONSEP HINDU

AMIN

KHALAS

PERUJAGAN MELAWAN PENJAJAH


HAK MELAWAN

UNTUK AMBIL

KEMBALI TANAH

AIR YANG DIJAJAH

AMIN

HADI SUKA PONTENG PARLIMEN


HADI SUKA 

PONTENG 

PARLIMEN

KHALAS

Unknown commented on 
"MUSTAHIL HADI JADI PM"

Kah kah kah kalau Hadi jadi PM parlimen tutup terus tak payah sebab Hadi susah sampai Parlimen, buat sidang dari masjid Rusila Marang saja kah kah kah khutbah setiap pagi hebat


Unknown commented on 
"MUSTAHIL HADI JADI PM"

Klu tuan guru tshadi naik jd pM, elok juga mintak sekpol dia usahakan lantik tt jd duta masakkan ke australia... Lama tak tengok klip tt masak lauk pauk utk member² dia... Masak lomak cili api la tt, pastu jomput geng mat saleh ko makan.. biar terangkat merah muko eaa.. nnti share yea video.. suko tengok tok tt nie bahagio...

Unknown commented on 
"MUSTAHIL HADI JADI PM"

Sibuk² catur, sibuk² speculate...kabinet yg ada nie ha serupa biskut, jap ada, kejap takda, quorum pun tak cukup...jgn yg dikejar lama berkuasa tak dapat, yg dikendong jawatan berciciran... tp elok juga hangpa sembang pasal perubahan kuasa nie, paling tidak pun nampak dah keperluan tukar peeM nie...

panglimo potaseh commented on
 "MUSTAHIL HADI JADI PM"

Gwa melihat ado duo ekor yg paling layak jadi PM maso dopan .. satu Wakil Langkawi yg birjayo mengislangkang Langkawi .. duo wakil Ketereh yg punyo pengalaman 40 tahun jadi Sojar waktu aman.

SABAH SARAWAK TAK MINAT TALIBAN


SABAH SARAWAK

TAK MINAT TALIBAN

KHALAS

Unknown commented on
 "TUNTUTAN DARI 
SABAH SARAWAK !!!"

Lagi runtuh hasrat orang Malaya kah kah kah lagi runtuh cita-cita PAS kah kah kah susah cari makan di Sabah Sarawak woit, orang-orang Sabah Sarawak lebih bijak lagi tak percaya kepada sarban bungkus kah kah kah kita suka palau siang malam, jangan kacau bawa budaya Taliban kah kah kah

PAGI KHAMIS YANG INDAH


KHAMIS NAN

INDAH

KHAMIS 26 OKTOBER 2023
PAGI YANG INDAH PERMAI

HIMPUNAN SOKONG PALESTIN
DI TUDUH SEBAGAI  HIMPUNAN
SYIOK SENDIRI
KAH  KAH KAH

PMX KLIM
ADA ORANG NAK BUNUH DIA
KERANA MALAYSIA SOKONG
PALESTIN
KAH KAH KAH

ADAKAH INI KERJA MOSSAD
SAPA GENG MOSSAD
DI MALAYSIA ?
KAH KAH  KAH

PMX KLIM
ADA AHLI PARLIMEN EROPAH
MAHU MALAYSIA DI SEKAT
KERANA MENYOKONG
PELASTIN
KAH KAH KAH

SAPA AHLI PARLIMEN EROPAH INI
YANG BERNIAT JAHAT
TERHADAP MALAYSIA
KAH KAH KAH

TAPI KETUA POLIS NEGARA
ADA PANDANGAN LAIN
HARGA BARANG NAIK
YANG MENJADIKAN
RAKYAT MARAH
PANDANGAN POLIS INI
AMAT MASUK AKAL
AMIN

AMERIKA
LANTIKAN 
SPEAKER BARU DALAM
DEWAN KONGRES AMERIKA
SOSOK INI PRO TRUMP

TURKI
ERDOGAN BERUCAP
DALAM PARLIMEN 
UMUM
HAMAS BUKAN PENGGANAS

ISRAEL
NETHANYAHU CAKAP
ASKAR AKAN MASUK KE GAZA
TIDAK LAMA LAGI
INI KERANA DAH LEBIH DUA MINGGU
 MASIH TERSADAI MENUNGGU
MEK DONAL PUN
DAH TAK  SANGGUP BERI BURGER
PADA ASKAR
KAH KAH KAH

LEBANON
PERTEMUAN
HAMAS HEZBOLLAH DAN
ISLAMIK JIHAD 
MEREKA BERSETIA KAWAN
APA PROJEK
APA STRATIJI 
YANG DIBINCANG
TIDAK DI KETAHUI

IRAN
BERI AMARAN  PADA AMERIKA
KALAU 
ASKAR ISRAEL MASUK
MENYERANG GAZA
PERANG AKAN MEREBAK
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI INDAH PERMAI
CERAH BASAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA PANAS MANJA
DI RASA DI PIPI

HUJAN KELMARIN
MEMBERSIH JEREBU
LANGIT BIRU TERBENTANG
KL & KL SENTRAL CERAH

SAEKOR PUYUH MENYUSUP
DALAM RUMPUT
CENKERIK BERSIMPONI
TERKUKUR DALAM PADANG RUMPUT
BERLAGU

GUA  LALU DEPAN POHON ARA
4 EKOR WARGA ASLI HOKKIEN
MENYALAK MARAH
TAK TAK DAN EZI 
DAH TAK AMBIL POT

HA HA
SAEKOR KENG KENG
MELINTAS DENGAN
SUARA  NYARING DAN KUAT

HARI INI
GUA YAKIN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK MENJALAR
MANDI CAHAYA MATA HARI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG INDAH

TIN BARU  KILAT BERSINAR
DI ISI  BATU DALAM TIN
ORANG JAHAT NAK  BUAT ONAR
KERANA PMX SOKONG PALESTIN


PERGI KE OPIS BERBAJU MERAH
MERAH MACAM BIJI SAGA
POLIS KATA RAKYAT MARAH
KERANA BARANG NAIK HARGA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
KHAMIS YANG INDAH