Jumaat, 26 Januari 2024
PENCEN ASKAR !!!
PENCEN
ASKAR
GURU POLIS
KASTAM
BALU ASKAR
BALU POLIS
ADAKAH PENCEN
MEREKA AKAN
DI HAPUSKAN
JENG JENG JENG
KHALAS
BAWA PENCEN KE JALAN RAYA
PENCEN
JENG JENG JENG
INI ISU HOT
OLAH GORENG
HASUT KEMPEN
JENG JENG JENG
SEBELUM
PILIHAN RAYA
TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
PETANG INI
PETANG INI
JAM 1.55 PETANG
MATA HARI BERSINAR INDAH
ANGIN BERTIUP AYU
AWAN BIRU INDAH
APAKAH PETANG IN AKAN HUJAN ?
AMIN
2 BILLION RINGGIT SETAHUN PENCEN YB & MENTERI !!!
Kaji semula mansuh skim saraan perkhidmatan awam – MB Perlis
KANGAR: Kerajaan perlu mengkaji semula langkah memansuhkan skim saraan bagi menggelakkan penjawat awam di negara ini terkesan dengan pelaksanaan tersebut.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau secara peribadi sememangnya tidak bersetuju sekiranya pemberian pencen buat penjawat awam atau ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat dihapuskan oleh pihak kerajaan.
Mohd. Shukri berkata, majoriti rakyat di negara ini juga adalah merupakan penjawat awam dan semestinya golongan berkenaan akan terkesan sekiranya pemberian pencen itu digantikan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Penjawat awam yang sudah 30 ke 40 tahun bertugas dengan kerajaan apabila telah tamat perkhidmatan apa mereka nak buat?
“Dan orang politik ini pun kalau dari muda dah terlibat dalam bidang ini, tiba-tiba tamat karier dan tak ada pencen, tak kan mereka nak kerja sawah padi?
“Secara peribadi saya memang tak setuju pencen ini dihapuskan dan perkara ini perlu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama pengamal media Perlis di Gunung Medan Glass Cafe, di sini, semalam.
Kabinet sebelum ini bersetuju perjawatan bagi penjawat awam bermula Februari depan adalah berstatus tetap tetapi tidak berpencen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat juga mencadangkan kerajaan mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat sekiranya negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kerajaan membelanjakan sehingga RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas ahli parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pemberian pencen sememangnya akan memberi kesan buat negara namun aspek kesejahteraan rakyat juga perlu diambil kira oleh kerajaan berbanding soal keuntungan mahu pun kerugian.
“Jangan hanya fikir kerajaan nak cari untung tapi mereka juga mesti cari jalan untuk sejahterakan rakyat,” katanya.-UTUSAN
WOIT
2 BILION RINGGIT
SETAHUN PENCEN
YB & MENTERI
AMIN
INI PATUT DIHAPUS
SELAMATKAN DUIT
NEGARA
AMIN
LEPAS INI BARU
BINCANG PENCEN
PENJAWAT AWAM
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)



