Ahad, 28 Januari 2024
KEPUTUSAN MAHKAMAH DUNIA AKUI GENOSID
KEPUTUSAN ICJ
TIDAK ATASI
PERANG GAZA - HANYA AKUI GENOSID
Keputusan Mahkamah Dunia ICJ tidak nampak kearah menghentikan perang Gaza tetapi hanya mengakui Israel cenderung melakukan genosid bila ia mengeluarkan arahan Israel perlu mengambil langkah berkesan mengelak genosid .
Kami berpendirian apa yang jelas ialah keputusan ini tidak menyebut sepatahpun mengenai gencatan senjata. Padahal terbukti keganasan Israel jelas bersalah atas jenayah genosid yang mengorbankan ribuan rakyat awam di Gaza. ICJ telah mendengar bukti Afrika Selatan yang tidak dapat disangkal oleh Israel. Apa yang dihujahkan oleh Israel hanya mencabar jurisdiksi ICJ dan mengulangi hak mempertahankan diri.
ICJ telah mengarahkan Israel tidak menghilangkan bukti-bukti genosid di Gaza. Ini bermakna ICJ menerima fakta ada perlanggaran Konvensyen Genosid.
Malah ICJ telah mengarahkan Israel menghukum mereka yang mengistiharkan niat genosid yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Israel. Apakah ini akan dipatuhi oleh Israel ?
Sebab itu reaksi kecewa dari penduduk Gaza malah Tebing Barat telah disuarakan terhadap keputusan ICJ . Apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata diarahkan untuk keganasan Israel dihentikan sertamerta.
Kami berpendirian sementara ICJ telah membuat keputusan yang dianggap menyebelahi tuntutan Afrika Selatan , namun ICJ tidak menangani isu pokok , bahawa serangan Israel yang terus berlaku tidak dihalang dan Israel tidak dipertanggungjawabkan terhadap jenayah perang dan jenayah genosid yang jelas dilakukan terang-terangan.
ICJ telah mengarah Israel melapor kembali dalam tempuh satu bulan kepada ICJ mengenai langkah Israel . Padahal serangan terus dilancarkan sudah lebih dari 100 hari tanpa henti dan membunuh hampir 150 - 200 warga Gaza sehari. Sementara itu ada yang mati kerana tidak menerima rawatan , kebuluran dan kerana penyakit yang mulai merebak. Soalnya kenapa harus tunggu sebulan lagi ?
Kami mengusulkan kerajaan Malaysia melakukan pencelahan dalam pembicaraan kes tuntutan Afrika Selatan itu agar keputusan yang lebih adil dan mengukuhkan hujah gencatan senjata perlu dilakukan segera.
Reaksi PM Israel Natanyahu terhadap keputusan ICJ jelas menunjuk sikapnya bahawa dia tidak akan peduli dengan arahan ICJ. Dia telah mengistiharkan akan meneruskan malah meningkatkan operasi militari di Gaza. Oleh itu apa jaminan warga Gaza akan selamat walaupun keputusan ICJ mengarahkan langkah mengelak genosid.
Yang jelas ialah Israel telah melakukan perlanggaran Konvensyen Genocide dan jenayah perang dengan sokongan penuh serta bantuan tanpa had Amerika Syarikat . Persekongkolan Amerika sangat jelas. Keputusan ICJ sewajarnya mempersoalkan status Amerika membantu Israel dengan senjata tercanggih untuk membunuh seramai mungkin warga Gaza.
Amerika mesti turut dipertanggungjawabkan terhadap serangan Israel di Gaza. Keupayaan Israel melancar serangan berskala besar adalah akibat Amerika merestui dan menaja sepenuhnya operasi Israel. Malah semua calon Presiden Amerika untuk pilihanraya 2024 nanti menyatakan sikap bahawa operasi militari Israel di Gaza perlu diteruskan. Ada yang menyatakan bukan Israel bergantung kepada Amerika , akan tetapi hakikatnya Amerika yang memerlukan Israel.
Isunya sekarang ialah sementara keputusan ICJ itu adalah mengikat namun ia tidak dapat dikuatkuasakan. Apakah jaminan Israel akan menghentikan serangan dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar melalui pintu Rafah. Laporan pelarian Gaza malah ditembak ketika cuba mendapat bantuan kemanusiaan di Khan Yanis sudah cukup membuktikan Israel tidak peduli kepada arahan ICJ.
Kami berpendirian masyarakat dunia tidak terlalu mengharapkan pembelaan ICJ . Bantahan perlu diteruskan dan tekanan kepada Israel hendaklah dipertingkatkan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
MAKAN BERAS HANCUR
MAKAN
BERAS HANCUR
KHALAS
Unknown commented on
"MUDA KERJA KERAS
DAH TUA TOLAK TEPI"
Kalau muda kerja kuat tak apa jugak, kalau semua makan tanggung berak cangkung apa cerita? Sekian lama orang-orang kita terus dibagi beras hancur, beras import quinoa beras basmati orang-orang kayangan makan, beras hancur pun naik harga, malah pesawah sendiri makan beras hancur
woit, cakap apa saja bagi sedap, menjaga bangsa menjaga agama menjaga pintu syurga tapi akhirnya sakau curi rompak samun rogol dalam kereta peronda pun ada kah kah kah bila nak bagi selipar kepada golongan macam ini? Tak guna NATO saja kah kah kah
CUKI SANA SINI
CUKAI DI SANA
DI SINI
AMIN
"MUDA KERJA KERAS
DAH TUA TOLAK TEPI"
Aku hairan jugak, setiap kali umum macam-macam bantuan, Rahmah lah Madani lah betulkah orang-orang Melayu saja dapat selama ini? Siapa layak siapa tidak layak? Apa cerita sebenarnya? Atau cerita 1mdb Najib jugak kah? Kah kah kah sepatutnya yang bekerja siang malam mencari rezeki yang perlukan bantuan subsidi bukan kontrak kaya raya bukan kontrak kelas F atau kroni kaum kerabatku?
Apa punya sistem paduka betul kah? Setiap bulan kena potong cukai pendapatan tambah macam-macam cukai termasuk SST lah cukai pintu cukai jamban cukai indah water cukai jalan cukai rokok cukai judi cukai makan nasi kandar kah kah kah duit semuanya pergi mana? Kah kah kah
ICJ - MAHKAMAH DUNIA
ICJ
MAHKAMAH DUNIA
AHAD 28 JANUARI 2024
KEPUTUSAN SEMENTARA
ICJ - MAHKAMAH DUNIA
MASIH HEBOH DIBINCANG
NEGARA EROPAH
SEPERTI GERMAN DAN PERANCHIS
MULA BERUBAH
MEMINTA ISRAEL HORMATI
ARAHAN MAHKAMAH
ISREAL TAK AMBIL POT
GAZA TERUS DI BOM
KUNCINYA AMERIKA
HANYA AMERIKA BOLEH KAWAL ISRAEL
TAPI INI MUSTAHIL BERLAKU
KERANA HAMPIR SEMUA
AHLI POLITIK AMERIKA
DARI PRESIDEN KE AHLI KONGRES
SEMUA DALAM POKET ISRAEL
MEREKA SEMUA DAPAT DANA
MASA BERTANDING DARI
SAUDAGAR ZIONIS YAHUDI
ATAU SYARIKAT PRO ZIONIS
AMIN
UKRAINE
SERANGAN DRONE
DARI UKRAINE MASUK
JAUH KE DALAM WILAYAH RUSIA
INI PERKEMBANGAN BARU
KOREA SELATAN
MASIH HEBOH DENGAN SKANDAL
FIRST LADY
YANG GILA DENGAN BEG DIOR
KAH KAH KAH
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KELMARIN PANAS
PAGI INI MATAHRI DAH BERSINAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
GUA BERJALAN DEPAN POHON ARA
YANG SUNYI
TAPI DI ATAS BUKIT MURAI BERKICAU
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU
DARI JUAH GUA DENGAR SUARA
HOW WOW
HARI INI PASTI PANAS
INI WATAK ALAM
SEBELUM TAHUN BARU CHINA
MUNGKIN HARI INI
PANAS TERIK
WAJIB BERSEDA
DENGAN BOTOL AIR
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN
POKOK DURIAN RUNTUH SEDAHAN
GULA MANIS DALAM TIN
MAHKAMAH DUNIA BUAT ARAHAN
ZIONIS JANGAN BOM PALESTIN
ANAK SEKOLAH MAIN GULI
GULI DISIMPAN DALAM PETI
ZIONIS ISRAEL TAK AKAN PEDULI
GAZA DI BOM RAMAI AKAN MATI
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)




