Isnin, 22 April 2024

ENAM JAHANAM



Keputusan speaker dinanti di sebalik kebimbangan kerajaan sekali lagi ditolak pengundi Melayu


Walaupun speaker mempunyai kuasa untuk menentukan status kerusi-kerusi dipegang ahli Bersatu yang berpaling tadah daripada pendirian parti untuk menyokong kerajaan, apa-apa keputusan masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, kata bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun, ketika blok kerajaan dilihat bakal menerima pukulan di enam pilihan raya kecil di kawasan majoriti Melayu.

Azhar yang juga seorang peguam bekata speaker perlu menentukan sama ada telah berlaku kekosongan mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 21 hari, selepas menerima notis bertulis daripada mana-mana ahli Parlimen berhubung kekosongan. 

"Soalnya di sini ialah sama ada ahli-ahli tersebut telah gugur keahlian parti yang diwakili mereka semasa Pilihan Raya Ke-15 lalu," Azhar yang menjadi speaker dari Julai 2020 sehingga PRU yang lalu, memberitahu MalaysiaNow.

Perkara 49A menyatakan seorang wakil rakyat hilang kerusinya apabila melepaskan keanggotaan atau tidak lagi menjadi anggota parti politiknya, atau menyertai parti politik lain sebagai ahli setelah dipilih ke Dewan Rakyat.

Selepas tindakan beberapa wakil rakyatnya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim walaupun tanpa meluar parti, Bersatu meminda perlembagaannya di mana mana-mana ahli yang tidak selari dengan pendirian parti akan gugur keahliannya, status yang akan menyebabkan mereka tidak lagi menjadi ahli Dewan.

Enam ahli Parlimen dari Bersatu yang bertindak di luar pendirian parti dengan menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang, Abdul Rashid Asari turut mengumumkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Azhar berkata, sekiranya keahlian mereka gugur secara automatik sejajar dengan pindaan perlembagaan Bersatu itu, kes mereka akan tertakluk di bawah Perkara 49A(1)(A)(II).

Menurut peruntukan itu, mana-mana wakil rakyat yang gugur keahlian partinya akan menyebabkan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Menurut Azhar, langkah seterusnya ialah untuk mana-mana ahli Parlimen memberikan notis kepada speaker mengenai dakwaan kekosongan, seperti disebut dalam Perkata 49A(III).

Pertanyaan MalaysiaNow sama ada notis sedemikian sudah dihantar kepada speaker masih belum dijawab Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul juga tidak memberikan sebarang maklum balas.

Notis kekosongan belum diberi

Pada 2022, pentadbiran perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob meluluskan undang-undang anti-lompat parti, sebagai memenuhi perjanjian yang dimeterai dengan Pakatan Harapan (PH).

Namun terdapat kelompongan dalam pindaan itu, apabila enam ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar masih kekal dalam blok pembangkang.

Situasi itu menyebabkan Bersatu meluluskan pindaan perlembagaannya, yang kemudian diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Setakat semalam, enam ahli Parlimen yang berpaling tadah itu masih belum menerima notis daripada parti mereka, menurut Syed Abu Hussin.

MalaysiaNow difahamkan, kelewatan memberi notis kekosongan kerusi kepada speaker merupakan langkah Bersatu memberikan peluang kepada enam wakil rakyatnya untuk kembali ke blok PN.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata jika mereka masih kekal menyokong perdana menteri, kerusi mereka akan dikosongkan.

Syed Abu Hussin, wakil rakyat kelima mengumumkan sokongan kepada Anwar, sebelum ini berkata beliau lebih rela menyokong kerajaan daripada terus bersama Bersatu dan kekal statusnya sebagai ahli Parlimen.

Pendirian ini dilihat masih kekal sehingga hari ini.

"Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi sekiranya ia kenyataan yang perlu diterima," katanya pada Februari lalu.

Defisit sokongan Melayu berterusan

Bagaimanapun, keyakinan Syed Abu Hussin tidak dikongsi pemerhati, yang berpendapat siri PRK yang bakal diadakan akan memberikan satu lagi tamparan kepada kerajaan campuran PH-BN yang masih bergelut dengan defisit sokongan Melayu.

Ini kerana jumlah majoriti diperolehi Bersatu, yang bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN), adalah terlalu besar walaupun berdepan dengan Umno yang ketika itu belum bergabung dengan PH.

Di Bukit Gantang yang mempunyai 76% pengundi Melayu, Syed Abu Hussin meraih majoriti 12,756 mengalahkan calon dari Umno, Amanah dan Pejuang.

Begitu juga di Kuala Kangsar dengan majoriti 70% pengundi Melayu, Iskandar mengalahkan kedua-dua calon Umno dan Amanah.

Hal yang sama berlaku di Tanjong Karang, di mana Zulkafperi menumpaskan calon Umno dan calon Muda yang ketika itu di bawah PN, di kerusi dengan peratusan Melayu 73%.

Di Labuan dengan penduduk Melayu dan Bumiputera melebihi 80%, Suhaili menang dalam pertandingan enam penjuru.

Dua lagi wakil rakyat berpaling tadah bertanding dengan tiket PAS di Kelantan, iaitu Zahari di Jeli dan Azizi di Gua Musang.

Zahari menang dengan majoriti lebih 12,000 undi meninggalkan jauh tiga pencabarnya, manakala di Gua Musang, Azizi menempa sejarah apabila menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili kawasan Orang Asli itu selama lebih empat dekad.

ENAM PEMBELOT

ENAM JAHANAM

APA AKAN JADI?

AMIN

TAK JADI APA APA

MUSTAHIL AKAN

ADA PRK

 AMIN

 INI MALAYSIA 

BUKAN SWEDEN

KHALAS

SETANYAHU - HAMAS AKAN DISERANG


Netanyahu ancam serangan lebih hebat ke atas Hamas

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk memperhebatkan tindakan keras tentera ke atas Hamas.

Dalam ucapan video, Netanyahu mengancam tindakan “dalam beberapa hari akan datang,” tanpa menjelaskan masa dan tempatnya.

“Kami akan menyerangnya dengan lebih hebat dan ini akan berlaku tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, Israel “akan meningkatkan tekanan tentera dan diplomatik terhadap Hamas kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membebaskan tebusan dan mencapai kemenangan.

Netanyahu sebelum ini telah menyatakan tentera Israel akan memulakan serangan darat ke atas Rafah, walaupun antarabangsa menentang cadangan itu kerana kawasan itu menjadi tempat perlindungan kepada lebih 1 juta orang pelarian. – Agensi

NATANYAHU..OPPS

.... SETANYAHU

AKAN SERANG

HAMAS DENGAN

LEBIH GANAS

AMIN

JANGAN RISAU

HAMAS DAH LAMA

MENUNGGU

KHALAS

KE JALAN RAYA TUKAR KERAJAAN

 


KE JALAN RAYA

TUKAR KERAJAAN

AMIN

KERAJAAN PALING FIRAUN


KERAJAAN

PALING FIRAUN

AMIN

Unknown commented on
 "TITAH TAMBAHAN"

kerajaan madanon bukan saja kerajaan derhaka pada raja .. tapi kerajaan buat undang2 ikut kepala bapak dia sendiri.. kerajaan ni berpotensi jadi kerajaan paling zalim yang pernah diwujudkan.. 

senang cerita kerajaan paling firaun dan paling dajal yang pernah ada dalam sejarah... kerajaan macam ni mesti dilawan untuk semak dan imbang. tatakelola ke laut.. terima kasih

SAPA MONOTONE MAMAK ?


SAPA MONOTONE

MAMAK ?

AMIN

Unknown commented on 
"TENGKU ZAFRUL 
JADI KORBAN"

Monotone Mamak ini boring nak mampus merapu.

Kalah deposit PRU15, pengundi2 Shah Alam reject muka 10 sen ini.

Barua Bossku ini bukan terer sangat, Jho Low pun tak kenal.

Misi hidup dia adalah Bossku Najib dianiaya dan tak bersalah sedut duit SRC, 1MDB, KWAP.

Lokman Adam kata dia tengah jilat Abah dan Atok.

TITAH TAMBAHAN


TITAH TAMBAHAN


SENIN 22 APRIL 2024
ISU TITAH TAMBAHAN
MASIH HANGAT

ANWAR KATA DIA
TAK MAHU CAMPUR
TAPI 5 MENTERI
TERBABIT DARI ZAHID
AZALINA ZAFRUL SAIFUDIN
DAN MENTERI WILAYAH
JENG JENG JENG

NAMPAK ANWAR
TERSEPIT CUBA MENGELAK
APA KAH BETUL TIDAK ADA
TITAH TAMBAHAN ?
ATAU
TAMBAHAN DATANG KEMUDIAN
LEPAS LEMBAGA SELESAI
BERSIDANG
JENG JENG JENG

UKRAINE
DAPAT 61 BILION DOLAR
BANTUAN DARI AMERIKA
HAMPR SEMUA DANA
INI TAK MENINGGALKAN AMERIKA
YANG DAPAT DANA INI
SYARIKAT BUAT SENJATA
KAH KAH KAH

CHINA
PROVINSI GUANDONG BANJIR
BERJUTA DALAM BAHAYA
AIR SUNGAI TERUS NAIK

INDONESIA
GUNUNG RUANG
MASIH DALAM BAHAYA
RIBUAN TELAH DIPINDAHKAN

ISRAEL
SETANYAHU  UMUM
HAMAS AKAN DISERANG
LEBIH HEBAT LAGI
DALAM MASA TERDEKAT

GAZA
LEHIH 200 MAYAT
DI TEMUI DALAM RUNTUHAN
HOSPITAL  DI KHAN YOUNIS 
YANG DISERANG
TIDAK LAMA DULU

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR BASAH
MATA HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
LANGIT BIRU KELABU

TERKUKUR MULA BERLAGU
CHIP CHIP CHIP 
DALAM BELUKAR
PIPIT UBAN MASIH BELUM KELIHATAN
HILANG SEMENJAK LEDAKAN MERCUN

HARI INI AKAN PANAS
JIKA HUJAN PETANG
MALAM AKAN SANTAI

BRO 
SENYUM
SAMBUT SENIN 
DEGAN SENYUM

BRO
KURANGKAN RISAU
MEMIKIR APA DAN SAPA BETUL
HABISKAN MASA
MEMBUAT APA YANG BETUL

BRO
KALAU LU TAK TAHU
APA YANG LU BUAT
SETIDAK TIDAK NYA
BUAT DENGAN CERMAT

BRO
BELAJAR UNTUK MENDENGAR
MENDENGAR UNTUK MEMAHAMI
BUKAN MENDENGAR
UNTUK MENJAWAB
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA