Jumaat, 26 Julai 2024

SELAMATKAN MALAYU - SUNAK KAN UMNO



Umno cadang kembalikan 

sistem perwakilan dalam

 pemilihan parti ketika 

Zahid berusaha kukuhkan

 kedudukan

Umno bercadang untuk kembali kepada sistem lama pemilihan parti melibatkan jawatan tertinggi di peringkat pusat, selepas lebih sedekad beralih kepada sistem yang memberikan lebih ramai ahli parti di seluruh negara untuk memilih kepimpinan tertinggi, MalaysiaNow difahamkan.

Langkah itu semakin mendapat tentangan dalam kalangan akar umbi, dan dilihat sebagai usaha menguatkan kedudukan presidennya Ahmad Zahid Hamidi menjelang pemilihan parti yang akan diadakan pada 2026, di sebalik kemerosotan sokongan kepada Umno sejak pilihan raya umum 2022.

Ia merupakan antara usul yang hangat dibincangkan pada mesyuarat perwakilan di peringkat bahagian menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang akan berlangsung bermula 20 Ogos ini.

Usul itu dijangka dibahaskan pada perhimpunan kali ini dan akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi. 

Jika diluluskan, setiap bahagian Umno akan menghantar 15 perwakilan di samping enam perwakilan dari setiap sayap parti untuk memilih kepimpinan tertinggi.

Usul yang dilihat MalaysiaNow itu meminta ahli Majlis Tertinggi Umno  mengkaji semula kaedah pemilihan parti yang sedia ada terutamanya pemilihan di peringkat pusat, termasuk jawatan presiden, timbalan dan naib presiden, di samping pemilihan kepimpinan Pemuda, Wanita dan Puteri. 

Sumber memberitahu MalaysiaNow, cadangan kembali kepada sistem lama ialah kerana kaedah sedia ada dilihat tidak mencapai matlamat utama yang disasarkan oleh parti. 

"Kaedah yang digunakan sekarang menyebabkan perpecahan di mana terdapat banyak cai, dan ini memberikan gambaran tidak baik ketika berdepan pilihan raya umum nanti," kata seorang ketua bahagian Umno.

Katanya, ia membawa kepada kewujudan banyak puak.

"Jika satu bahagian tidak menyokong seseorang calon, maka bahagian berkenaan akan dianggap sebagai cai kepada pihak tertentu.

"Ini menyebabkan perpecahan yang teruk dan menjejaskan gerak kerja PRU," katanya dengan syarat namanya tidak diterbitkan. 

Alasan lain yang diberikan ialah masalah dalam soal jawatankuasa pemilihan parti, di samping masalah pemantauan dan logistik khususnya melibatkan proses pengundian peringkat bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri Umno yang perlu dijalankan serentak. 

Pada 2009, Umno meminda perlembagaannya untuk melaksanakan pemilihan parti "satu bahagian satu undi".

Di bawah sistem itu, hampir 150,000 ahli akar umbi - meliputi 20,000 cawangan di 191 bahagian seluruh negara - berhak mengundi bagi memilih pemimpin tertinggi di peringkat pusat.

Ia disambut baik ketika itu kerana memberikan ruang demokrasi yang lebih besar kepada akar umbi parti, di samping dapat mengekang politik wang.

Pemilihan di bawah sistem baru itu pertama kali diadakan pada 2013.

Sebelum itu, peringkat bahagian hanya boleh mengundi untuk jawatan bahagian, manakala 2,500 perwakilan sahaja yang dipilih di peringkat bahagian akan dihantar ke PAU untuk memilih barisan kepimpinan tertinggi.

Setiap perwakilan pula dibekalkan tiga set kertas undi, iaitu pemilihan jawatankuasa peringkat bahagian, pemilihan tujuh perwakilan bahagian untuk menghadiri PAU, serta pemilihan peringkat Majlis Tertinggi termasuk presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

'Politik wang'

Ramai di kalangan pimpinan bahagian membantah cadangan itu, dan mahu sistem pemilihan yang ada sekarang dikekalkan.

Mereka bimbang ia akan mengembalikan budaya "politik wang", di mana perwakilan seluruh negara boleh dipilih dan "dibeli" oleh pemimpin yang berkuasa dan bercita-cita tinggi di peringkat pusat.

"Ini juga akan membawa balik masalah politik wang," kata seorang ketua bahagian.

"Politik wang" merupakan istilah yang merujuk kepada rasuah musim pemilihan Umno pada tahun 1990-an, zaman di mana puak yang menyokong timbalan presiden ketika itu, Anwar Ibrahim, cuba melebarkan pengaruhnya untuk mengambil alih pucuk kepimpinan dari Dr Mahathir Mohamad.

"Biarkan ahli di peringkat akar umbi memilih pemimpin mereka kerana ini hak mereka, bukan hanya perwakilan yang dihantar ke Kuala Lumpur sahaja yang patut memilih," kata sumber yang sama kepada MalaysiaNow.

Menurutnya, di bawah sistem lama, akan berlaku perebutan untuk menjadi perwakilan ke PAU.

"Perwakilan yang dipilih pula ada yang tidak membawa suara akar umbi, mereka akan pilih ikut suka hati mereka. 

"Masalah politik wang akan berleluasa di kalangan perwakilan. Itu yang kita tidak mahu,” katanya. 

HANYA SATU

SLOGAN

AMIN

SELAMATKAN

MALAYU

SUNAK KAN

UMNO

AMIN

KHALAS

RAJA SIAM RAJA MUTLAK


Aktivis Thai gesa reformasi monarki dipenjara 4 tahun lagi

BANGKOK: Seorang aktivis terkemuka yang sudah terpenjara dan terkenal kerana mahukan pembaharuan monarki Thailand dijatuhi hukuman penjara empat tahun lagi kerana melanggar satu lagi undang-undang menghina diraja negara itu, kata kumpulan bantuan guaman, hari ini.

Peguam Hak Asasi Manusia Thai, yang mewakili Arnon Nampa, 39, dan berpuluh-puluh yang lain didakwa dengan penghinaan diraja, berkata peguam itu bersalah atas tuduhan lese majeste atas dua siaran media sosial yang dibuat pada 2021 dan pelanggaran akta jenayah komputer negara itu.

Setakat ini tiada pengesahan mahkamah berhubung keputusan itu.

Arnon sudah menjalani hukuman 10 tahun untuk tiga sabitan menghina diraja dan melanggar perintah yang melarang perhimpunan awam semasa wabak pandemik.

Dia juga sudah didakwa dengan 10 pertuduhan lain menghina monarki.

Undang-undang lese majeste Thailand adalah antara yang paling ketat seumpamanya di dunia dan direka untuk melindungi monarki daripada kritikan, dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap penghinaan terhadap pemimpin tertinggi.

Ratusan orang sudah didakwa di bawah undang-undang itu dan ada yang diberi hukuman penjara selama beberapa dekad.

Arnon yang menafikan salah laku itu menjadi salah seorang pemimpin demonstrasi yang diketuai oleh belia pada 2020, yang membuat seruan melanggar larangan untuk reformasi monarki, sebuah institusi yang dianggap suci oleh banyak pihak konservatif Thailand.

Peguam Thai untuk Hak Asasi Manusia juga berkata, waran tangkap dikeluarkan untuk dua pemimpin protes yang didakwa dengan tuduhan lese majeste, yang tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan itu. - REUTERS

RAJA SIAM

RAJA MUTLAK

BUKAN RAJA

PELEMBAGAAN

AMIN

BERAJA DI MATA

BERSULTAN DIHATI

AMIN

APA NAK DIA DAPAT

KALAU TAK DAPAT

DIA BUNUH

AMIN

KHALAS

ADA RAKYAT TURKI DALAM TENTERA ISRAEL


DI TURKI ADA

WARGA JADI

ASKAR ISRAEL

AMIN

DI MALAYSIA

ADA WARGA

JUAL AIRPORT

PD YAHUDI ZIONIS

KHALAS

YANG SEDAR BERI PENCERAHAN


TUGAS YG SEDAR

BERI PENCERAHAN

PADA YG GELAP

AMIN

Unknown commented on
 "GUNA DUIT PERUNTUKAN 
UNTUK PAU YB PEMBANGKANG"

gwa sedih. sangat sedih. rakyat dari perlis ke johor ke sarawak ke sabah hidup miskin.

bukan sebab malas kerja tetapi peluang kerja tidak banyak, ada kerja pun gaji rendah maka terpaksa terima juga daripada kebulur. terpaksa keluarkan duit epf sendiri.

dalam pada kerja gaji rendah kita semua tetap kena cukai langsung cukai tak langsung cukai tersembunyi, subsidi diesel kena tarik petrol pun sama nanti.

jadi kuasa beli rakyat semakin mengecut.

mujur lah ada hassan yang menekan suara tuanya untuk membela nasib rakyat johor yang dilanda bencana.

walhal kita ada 222 ahli parlimen yang sepatutnya bercakap bagi pihak kita. hanya hassan satu orang karim yang bersuara.

hari ni gwa terbaca di internet. gwa quote url:
"https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/04/1230512/naik-taraf-istana-abu-bakar-azrb-raih-kontrak-rm31590-juta --end quote--

gwa lebih sedih mengenangkan rm315.90 juta itu:
boleh membeli beras untuk semua rakyat dari perlis ke johor ke sarawak ke sabah hidup miskin.

boleh memberi semua anak sekolah dari perlis ke johor ke sarawak ke sabah hidup miskin bersarapan pagi dengan buah epal dan roti serat gandum.

boleh menampung kos rawatan penyakit kritikal rakyat. boleh membantu anak2 di universiti.
boleh itu dan ini

gwa quote url tadi. gwa bukan buat fitnah. amen

MAT SABU DI VENEZEULA


MAT SABU

MELAWAT NEGARA

SOSIALIS 

VENEZUELA

AMIN

Unknown commented on 
"DIMANA MAT SABU HILANG ?"

Ramai orang sudah tahu madani semakin lingkup, entah lah Mat Sabu lagi tahu tapi selagi ada jawatan cuba buat terbaik, ada tanam bawang ada bawa masuk telur ayam, pasti ada minyak sawit, pelik sekali masa Mat Sembab semua hilang belaka, tapi tak ada yang bising semua bisu perhabis duit KWSP kah kah kah, 

masa sama belakang belanja berbillion pulak, vaksin mahal kot, kos projek pilihanraya lagi mahal,.nak jaga majoriti ingat kerja senang kah? Kah kah kah apa pun Mat Sabu tetap dikenang baik mesra masih amalkan budaya biasa bukan kayangan yang tidak bertudung lah kak Tam Suhaimi

PRK NENGGIRI



PRK NENGGIRI

JUMAAT 26 JULAI 2024
BAHANG PRK NENGGIRI
SEDANG MEREBAK

KU LI RAJA GUA MUSANG
JADI KEPALA KEMPEN UMNO
KU LI 
TAK MAHU DAP
 DATANG BERKEMPEN
INI MUDAH DI FAHAMI

TAPI BERITA TERSEBAR
RAFIZI ANWAR ZAHID & LOKMAN ADAM
JUGA DI LARANG DATANG BERKEMPEN
KAH KAH KAH
TAPI MENGIKUT ZAHID
INI BERITA PALSU
KAH KAH KAH

ZAHID AMAT BETUL
ANWAR RAFIZI ZAHID DAN LOKMAN
KALAU DATANG BERKEMPEN
PASTI AKAN MEMBANTU
KEMENANGAN BERSATU
KAH KAH KAH

PRK NENGGIRI
INI WAJIB SEKALI LAGI
DIJADIKAN PUNGUTAN SUARA
ATAU REFERENDUM TERHADAP
ANWAR IBRAHIM

DI SUNGAI BAKAP
ANWAR TELAH DI SUNAK
SEKALI LAGI DI NENGGIRI
PERKARA YANG SAMA
WAJIB DILAKUKAN
AMIN

SIAM
SEORANG AKTIVIS SIAM
YANG MAHU MELAKUKAN
REFORMASI TERHADAP
SISTEM BERAJA  DI SIAM
TELAH DI PENJARA SELAMA
LIMA TAHUN

AMERIKA
SETANYAHU DAN BIDEN
AKAN BERTEMU DAN BERBINCANG
TENTANG GENCATAN SENJATA
DI GAZA

ETHIOPIA
TANAH RUNTUH
JERUT NYAWA 500 ORANG

ENGLAND
KES CURI DARI DALAM KEDAI
NAIK 30%
DI ENGLAND DAN WALES
INI TANDA EKONOMI 
MEROSOT

FRANCE
JUMAAT HARI INI  PEMBUKAAN
SUKAN OLYMPIK PARIS 2024
DI TEBING SUNGAI SEINE
PARIS DI KAWAL KETAT
OLEH ASKAR DAN POLIS

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMAH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
LANGIT BIRU PUCAT

MURAI BERKICAU 
DI PINTU MASUK
SUARA UNGGAS  TENGGELAM
BILA  TIGA MESIN RUMPUT
BERSUARA

HARI INI AKAN PANAS
MALAM JUGA AKAN PANAS
LALU GUA TERINGAT
 PADA HUJAN
AMIN

BRO
SENYUMLAH
SENYUM
PAGI JUMAAT

BRO
LU JANGAN FIKIR
LU HEBAT SANGAT
BILA LU KENTUT
BAUNYA BUSUK JUGA

BRO
BILA LU NAMPAK MENTERI
LU BAYANGKAN MUKA
MENTERI INI 
 KETIKA DIA KENA SEMBELIT

BRO
PERANG NUKLEAR
TAKDA SAPA MENANG
SEMUA MATI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT