Rabu, 7 Ogos 2024

KENAPA ISMAIL HANIYEH DIBUNUH ?


KENAPA 

ISMAIL HANIYEH 

DIBUNUH ?


Kuasa kolonial Inggeris membantu  penubuhan   United Malays National Organisation pada tahun 1946. Tujuan kolonial Inggeris memelihara dan memupuk  United Malays National Organisation ini ialah untuk memecah belahkan gerakan anti-penjajah yang mengampuh sesudah Perang Dunia Ke Dua.

Gerakan angkat senjata lawan Inggeris untuk merdeka  menjadi agenda utama di Tanah Melayu ketika itu.

Disini ada persamaan hakiki antara Tanah Melayu dan Palestin. British menjajah Tanah Melayu. Palestin juga di bawah Mandat British.

Hamas – pertubuhan politik Palestin ditubuhkan pada 1987 sesudah gerakan Intifada Pertama. Intifada ialah gerakan massa Palestin bangun   melawan penjajahan Israel.

Zionis Israel seperti taktik  Kolonial Inggeris juga bermain mata dan membantu penubuhan  Hamas. Tujuan untuk memecah belahkan  gerakan perjuangan rakyat  Palestin.  Zionis Israel mengadu domba  Al-Fatah dengan Hamas. 

Al- Fatah ingin berunding dan meninggalkan garis perjuangan bersenjata. Al-Fatah juga bersetuju untuk mengiktiraf  Israel.  Manakala Hamas mahu meneruskan perjuangan bersenjata dan tidak mahu mengiktiraf Israel.  

Hamas menolak  projek Dua Negara – Two States Solution. Al- Fatah yang mendominasi PLO ( Palestin Liberation Organisation )  bersetuju untuk menerima projek Dua Negara.

Pada hari  Rabu 31 Julai 2024 dunia dikejutkan dengan berita kematian Ismail Haniyeh. Sosok ini ialah bekas Perdana Menteri Hamas di Gaza dan  jurucakap Hamas yang berpangkalan di Qatar.

Ismail Haniyeh  dibunuh di Tehran Iran.  Ismail di Tehran untuk sama merayakan  Presiden Iran yang  baru.

Rumah tumpangan Ismail meledak. Laporan awal menunjukkan  Israel telah menggunakan bom jangka yang telah dipasang lebih awal dalam rumah tumpangan Ismail Haniyeh.

Ketika tulisan ini digarap pihak berwajib di Iran masih menjalankan siasatan.

Membunuh musuh di negara asing ini bukan satu yang baru. Ada dua negara dalam dunia ini  yang sering melakukan perkara ini. Negara ini melakukan secara terbuka walau pun ini melanggar hukum hakam antarabangsa.

Dua negara ini ialah Amerika dan Israel.

Pada  9 Oktober 1967 Che Geuvera telah dibunuh di La Higuera Bolovia atas arahan Presiden Johnson dari Amerika.

Pada  30 September 2011 Presiden Barack Obama – Mat Hitam – telah membunuh  seorang pendakwah Islam  warga Amerika Anwar al-Awlaki  dengan drone di Yaman.

Pada  29 Oktober 2020 Presiden Trump telah membunuh  Qassim Soleimani berpangkat Jeneral dalam pasukan  tentera Iran. Qassim di  bunuh dengan drone di Lapangan Terbang Baghdad.

Rakaman sejarah telah menunjukkan bagaimana Amerika telah membelanjakan 60 juta dolar untuk membunuh Che. Pada tahun 1967 teknologi drone belum muncul. Amat berbeza dengan sekarang. Dengan bantuan teknologi terkini  Obama dan Trump dapat melakukan pembunuhan ini lebih murah, licin  dan mudah.

Selain dari Amerika Zionis Israel satu-satu  negara yang telah melakukan banyak pembunuhan di luar negara.

Malah di Kuala Lumpur sendiri Zionis Israel pernah membunuh Fadi Mohammad al Batsh  seorang jurutera dan pensyarah pada 21 April 2018 di Gombak. Hamas mengakui bahawa sosok ini bertaraf komander dalam Brigade Al-Qassam.

Manakala di Iraq ramai pakar saintis telah  ditembak mati oleh ajen Zionis Israel. Begitu juga di Iran ramai saintis dan ilmuwan  terutama dalam bidang nuklear yang telah dibunuh oleh Mossad ajen Zionis Israel.

Pembunuhan ke atas pemimpin Palestin ini telah berjalan semenjak Israel  didirikan. Satu demi satu pemimpin dan aktivis Palestin dibunuh.

Pada tahun 1996 pemimpin Hamas Hana Yahya Ayyash di bunuh. Pada tahun 2004 Ahmad Yassin  dibunuh. Ahmad Yassin ada sosok  yang mendirikan Hamas. Dia  berjaya dibunuh satelah percubaan awal gagal.

Satu bulan sesudah Ahmad Yassin di bunuh Zionis Israel telah membunuh Abdul Aziz al- Rantisi yang juga pemimpin Hamas. Pada bualan Januari 2024  Saleh al-Arori pula dibunuh.

Zionis Israel memilih sosok-sosok pemimpin dan berwibawa lagi berkebolehan untuk memimpin perjuangan kemerdekaan Palestin.

Pada hari Selasa 30 Julai 2024 mayat Fuad Syukr komander tertinggi Hizbullah  ditemui dalam runtuhan bangunan yang telah dibom oleh Israel. Fuad Syukr dibunuh di Beirut Lebanon. Esoknya Ismail Haniyeh di bunuh di Tehran. 

Kenapa Ismail Haniyeh perlu dibunuh ?

Sosok yang bernama Ismail Haniyeh ini adalah muka dan suara Hamas yang dilihat dan didengar oleh dunia. Ismail Haniyeh adalah jurucakap Hamas yang beroperasi di Qatar.  Sosok ini mengatur dan menjalan tugas politik dan kerja diplomatik untuk Hamas.  Bekas Perdana Menteri Hamas ini bertanggung jawab menguruskan kepentingan Hamas dengan dunia luar.

Justeru Ismail Haniyeh inilah yang  bertanggung jawab menjalankan rundingan gencatan senjata dan pertukaran tawanan dengan  Israel yang pernah berlaku.

Dalam masa yang sama Ismail Haniyeh dicap pengganas oleh Amerika dan  negara Kesatuan Eropah.  

Ismail Haniyeh  ini sama taraf dengan  Yahya Sinwar pemimpin Hamas yang beroperasi dari  dalam Gaza.  Yahya dan Ismail adalah dua sosok ini menjadi tiang utama yang menggerekkan perjuangan bersenjata Hamas.

Wajib di ketahui sebelum Ismail Haniyeh di bunuh rundingan untuk gencatan senjata , pertukaran tawanan dan kemungkinan mencari jalan damai telah kedengaran.

Dunia juga di beritahu bahawa Mesir, Qatar, Hamas dan Israel  sedang menjalankan perundingan. Presiden Biden sendiri pernah menyuarakan bahawa gencatan senjata dan jalan damai kini dalam tangan. 

Amerika dilihat amat kuat mahukan gencatan senjata dan mencari jalan damai semenjak  perang yang bermula pada 7 Oktober tahun lalu. Justeru  dunia melihat Amerika memainkan peranan orang tengah dalam usaha untuk mewujudkan gencatan senjata.

Amerika mahu gencatan senjata ini bukan kerana dasar sokongan Amerika kepada Israel telah kendur. Tidak. Amerika mahu gencatan senjata berlaku sekarang kerana kepentingan politik dalaman Amerika sendiri.

Semenjak 7 Oktober politik dan wacana politik dalam Amerika berubah. Perang Gaza telah membawa satu perubahan baru kepada generasi muda Amerika. 

Generasi muda Amerika di kampus-kampus telah bangun untuk menyokong perjuangan adil Palestin. Tahun 60’an pelajar Amerika bangun ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Kali ini mereka ke jalan raya menyokong Palestin.

Ini berita buruk untuk Zionis Israel.

Seminggu sebelum Ismail Haniyeh dibunuh Netanyahu telah datang ke Amerika untuk memberi ucapan resmi di hadapan Dewan Kongres di Washington DC.

Antara isi kandungan ucapan Benjamin Netanyahu pada  Rabu 24 Julai 2024 ialah ‘..... our enemy is your enemy... our fight is your fight... our victory will be your victory....’ Musuh Israel ialah musuh Amerika. Perang Israel ialah perang Amerika. Kemenangan Israel ialah kemenangan untuk  Amerika.

Ucapan Netanyahu di Kongres mendapat tepukan berdiri dari para politikus Amerika. Amat jelas menunjukkan bahawa para politikus Amerika kini mengikut telunjuk Israel.

Jelas semua telah di rancang. Jelas semua telah disusun. Netanyahu ke Amerika untuk memastikan Amerika akan terus bersama membantu moral dan material -  membantu dana  dan senjata untuk Israel.

Pada 27 Julai 2024 – Sekretariat Hamas di Qatar telah mengeluarkan. Kenyataan Ismail Haniyeh ini meminta warga dunia untuk keluar  ke jalan raya pada Sabtu 3 Ogos 2024 -  gerakan Solidariti Dunia Bersama Gaza

Tiga hari kemudian – pada Rabu 31 Julai 2024 Ismail Haniyeh dibunuh.

Apa di belakang kenyataan sebelum Ismail dibunuh ?

Nyata dan jelas Ismail Haniyeh telah tahu bahawa rundingan antara Hamas dengan Israel telah gagal. Nyata dan jelas niat dan cita-cita Presiden Biden yang mahu gencatan senjata dan mencari jalan damai ini telah di sabotaj oleh Netanyahu melalui ucapan di Kongres.

Ismail Haniyeh yang memimpin perundingan antara Hamas dan Israel lebih tahu perincian keadaan sebenar tentang sikap dan niat Netanyahu. Amerika mahu gencatan senjata secepat mungkin sebelum bulan November dimana pemilihan Presiden akan berjalan. 

Manakala Netanyahu mahu perundingan ini gagal. Bukan saja gagal malah Netanyahu mahu Amerika terlibat sama dalam perang ini.

Israel mahu Amerika berperang dengan Iran.

Jelas tak perlu bersuluh Netanyahu dan Israel mahu Amerika terlibat. Telah begitu lama Israel mengotek-otek dan mengacah-acah untuk memulakan perang dengan Iran.

Iran kini menjadi sasaran utama Israel. Iran wajib dimandulkan. Negara yang bernama Iran ini adalah penyokong kuat Hamas. Iran mempersenjatai bukan hanya Hamas tetapi semua kumpulan yang bergerak menentang .
Israel.

Hizbullah di Lebanon, Islamik Jihad  dan  Houthi dari Yaman adalah apa yang dikenali sebagai  Kumpulan Penentang Israel. 

Sama seperti Perang Teluk  Pertama 1991 yang telah memandulkan Iraq. Perang Telok Kedua  2003 telah menamatkan riwayat Saddam Hussein.

Pembunuhan Ismail Haniyeh  dengan jelas  bertujuan untuk membatalkan segala perundingan damai dan menjerut Amerika masuk sama berperang.

Akhbar Washington Post pada 2 Ogos membuat laporan dimana  Presiden Biden berkata ‘...assassination of Hamas political leader Ismail Haniyeh in Tehran has “not helped” efforts to negotiate a hostage-ceasefire deal in Gaza. 

Hizbullah di Lebanon telah berjanji akan membalas kematian Komander Fuad Syukr. Hassan Nasrallah pemimpin Hizbullah telah memberi amaran bahawa Israel telah melintasi garis merah.

Iran pasti akan membalas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

Dari laporan media 6 Ogos 2024 dunia diberi tahu bahawa  Iran akan mengambil tindakan yang serius dan menghalangnya dengan "kekuatan dan ketegasan" untuk menghukum "penyerang" berdasarkan haknya dan prinsip undang-undang antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanaani.

Seyogia diberi tahu bahawa Rusia dan Iran telah memperbaharui Perjanjian Strategik antara dua negara hingga ke tahun 2025. Perjanjian ini bermula tahun 2001.

Dunia telah diberitahu pada 5 Ogos 2024 Ketua keselamatan Rusia Sergei Shoigu telah melawat Tehran untuk berbincang dengan pihak Iran. Laporan juga menunjukkan  Moscow telah mula menghantar peralatan pertahanan udara dan radar canggih yang didakwa diminta oleh Republik Islam.

Lawatan Sergei Shoigu dibuat ketika Iran dan sekutu serantaunya mempertimbangkan skala tindak balas mereka terhadap pembunuhan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh. Iran telah berjanji untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Haniyeh.

Jelas suasana di Lebanon, Jordan, Syria , Iraq dan Iran dalam keadaan tegang – perang akan meledak bila-bila masa.  Banyak negara telah meminta warga mereka meninggalkan Lebanon.

Apakah Hizbullah akan mengubah strategi   dari membedil Utara Isreal terus menembak peluru berpandu   ke Tel Aviv? Apakah Israel akan menggunakan jet pejuang untuk mengebom kota Beirut ? Apakah warga Jordan yang majoritinya Palestin akan bangun bersama untuk melawan Israel ?

Semuanya bergantung kepada apakah tindakan Iran. 

Ketika tulisan ini habis digarap apa yang kita dengar hanyalah  kata-kata. Jet pejuang belom mengebom. Peluru berpandu Iran belum dilepaskan ke arah Tel Aviv. Hizbullah hanya membedil Utara Isreal.

Justeru kita  semua menunggu. Dunia makin tegang. Pasaran saham New York ,  Tokyo, London dan Kuala Lumpur jatuh mendadak. Apakah perang besar akan meledak ? Apakah senjata nuklear akan digunakan? Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM OPRTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/714636






BUKAK MULUT BOHONG INI HASILNYA




Rakyat rompak 

kediaman Hasina
BANGLADESH: Orang ramai mengambil kesempatan merompak pelbagai barangan di kediaman Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas beliau meletakkan jawatannya dan melarikan diri ke luar negara, menurut rakaman siaran tempatan.

Berdasarkan laporan The New York Times, rakaman itu menunjukkan orang ramai memanjat pintu pagar kediaman itu, melemparkan barang ke dinding, merosakkan potret dan membuang makanan.

Peletakan jawatan Hasina disifatkan satu perayaan kepada rakyat Bangladesh yang meraikan keputusan berkenaan.

Siaran di media sosial dan rakaman televisyen secara langsung juga menunjukkan orang ramai mengambil ternakan dari kediaman itu termasuk ayam, itik dan arnab serta beberapa orang lagi bergambar dengan haiwan berkenaan.

Penduduk, Monsur Ali, berkata dia antara ribuan orang yang memasuki kediaman perdana menteri itu dan mengambil barangan di dalamnya.

"Kami pergi ke sana kerana marah. Tiada apa-apa yang tinggal di sana," katanya.

Hasina, 76, digulingkan dari jawatannya melalui protes yang berjalan selama beberapa minggu susulan konflik dalam jawatan kerajaan yang diinginkan setiap rakyatnya, hingga membawa maut.

Hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan itu.

Rakyat di negara itu juga menentang peningkatan autoritarianisme Hasina selepas 15 tahun berkuasa.

BUKAK MULUT

BOHONG

AMIN

JANJI NAK

HAPUS KOUTA 

KERJA TAPI

TAK BUAT

AMIN

DAKWA

PEMBANGKANG

SEKAT INTERNET

KAKI  RASUAH

 DIPILIHARA

AMIN

AKHIRNYA RAKYAT

TURUN KE JALAN

AMIN

KHALAS

DAH BERANI PERLI ANWAR


PATUTLAH KENA

TUKAR

KAH KAH KAH

BERANI PERLI

 ANWAR..OPPS..

SILAP....BERANI

PERLI ZAHID

AMIN

KHALAS

CONTOH TERBAIK PENULIS SAKIT OTAK


CONTOH TERBAIK

PENULIS

SAKIT OTAK

KHALAS

Unknown commented on 
"HIDUP ISRAEL!!! 
ZAHID SAKIT OTAK"

Parti pas sakit otak gila biol nak mampus terroris ekstremis babi puki mak!

BEBAQ; MACAM LOKMAN ADAM


JANGAN JADI

BEBAL

AMIN

70% EKONOMI

NEGARA DIMILIKI

CHINA ERTINYA

DI JAJAH

KHALAS


Unknown commented on
 "APAKAH BANI MELAYU AKAN JADI RED INDIAN DI TANAH MELAYU ?"

melayu dah biasa dijajah... melayu dah lama berdagang dengan china sejak zaman melaka lagi. tapi tak pernah dijajah china..

HIDUP ISRAEL !!!


HIDUP ISREAL


RABU 7 OGOS 2024
ZAHID MELAUNGKAN
HIDUP ISRAEL
SATU   STADIUM
TERPERANJAT

BILA KLIP ZAHID KELUAR
DI X
DI FB
DI INSTA
DI TIK TOK
SATU MALAYSAI TEPERANJAT

MACAM MACAM TEORI KELUAR
ZAHID NYANYOK
ZAHID HILANG PEDOMAN
ZAHID KALUT
ZAHID MENTAL
ZAHID SAKIT OTAK
TAK TAHU MANA YANG BETUL

APA YANG SAH LAGI SAHIH
IALAH ZAHID PERNAH BERTEMU
DENGAN EHUD BARAK
PADA TAHUN 2009 DI PARIS
JENG JENG JENG

APA BERLAKU DI PARIS
APA DIBINCANG DI PARIS
TAKDA SAP TAHU
JENG JENG JENG

TOK MAT KATA
KES BLACKROCK
TAK BINCANG DALAM KABINET
ZAHID  KATA INI
PANDANGAN PRIBADI TOK MAT
JENG JENG JENG

WAT IS DE BEKOS
ZAHID PERTAHANKAN
BLACKROCK
JENG JENG JENG

BANGLADESH
SHEIKH HASINA
LETAK JAWATAN DAN LARI
KE INDIA
MENUNGGU SUAKA KE LONDON
ASKAR TUBUH KERAJAAN SEMENTARA

AMERIKA
KAMAL HARRIS
LANTIK TIM WALTZ
GABENOR MINNESOTA
SEBAGAI CALON
 TIMBALAN PRESIDEN

UNITED KINGDOM
LEBIH 400 BUMIPUTERA UK
TELAH DITANGKAP
KERANA MENENTANG KERAJAAN

GERMAN
MAHKAMAH GERMAN
DENDA SEORANG AKTIVIS WANITA
YANG MELAUNGKAN
SLOGAN 
FROM THE RIVER TO THE SEA
PALESTIN WILL BE FREE

AFRIKA
1/5 UBAT DI AFRIKA
TIDAK BERKUALITI
ATAU UBAT PALSU

UKRAINE
MENGIKUT LAPORAN 
FINANCIAL TIMES
800,000 JANTAN UKRAINE
TELAH MENGHILANGKAN DIRI
DARI BERPERANG

BANGLADESH
POLIS MOGOK
BANYAK BALAI POLIS
DI BAKAR

GAZA
YAHYA SINWAR
KETUA GERILA  DILANTIK
SEBAGAI KETUA POLITIK HAMAS
MENGGANTI ISMAIL HANIYEH

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KL & KL SENTRAL CERAH
MATAHARI MASIH DILINDUNG AWAN
LANGIT BIRU INDAH
DENGAN AWAN PUTIH

PIPIT TERBANG BERKAWAN
DARI JAUH SUARA GAGAK MENDAYU
SEPERTI SUARA ITIK
TERKUKUR BERLAGU
TIONG RIUH SEPERTI BIASA

HARI INI
SALAKAN WARGA ASAL
DATANG DARI DUA PENJURU
HEBOH SATU HOKKIEN

HARI INI AKAN PANAS
HINGGA KE PETANG
DI HARAPKAN 
BUKAN PANAS MEMBAKAR

BRO
SENYUM
SENYUM HARI RABU
SEPERTI BIASA

BUAH DOKONG RASA MANIS
MAKAN BERSAMA NASI PULUT
ZAHID MELAUNG SOKONG ZIONIS
DALAM KEPALA KELUAR DIMULUT

BULUH TERLANJUR JADI GALAH
DUKONG DI BELI PAGI KHAMIS
ZAHID JUJUR BUKAN SALAH
SOKONG BLACKROCK ANGKAT ZIONIS

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA