Rabu, 14 Ogos 2024

MEI 13 DI ENGLAND


 MEI 13 

DI ENGLAND


Mei13 di Kuala Lumpur berlaku pada tahun 1969. Tragedi berdarah Mei13 adalah manifestasi kemarahan Bani Melayu terhadap pendatang asing. Kemarahan Bani Melayu telah lama membara. Ianya meletus sesudah berlangsung PRU3 pada Sabtu 10 Mei 1969.

Mei13 adalah manifestasi kemarahan.

Mei13 di England berlaku pada Rabu  29 Julai 2024. Kenapa di panggil Mei13 walhal ianya berlaku pada bulan Julai ? Bentrokan berlaku  di England dan di United Kingdom – di Wales dan Ireland.

Untuk saya Mei13 ini telah menjadi nama khas. Mei13 bermakna kesedaran anak tempatan – bumiputera – bangun melawan pendatang asing.

Persoalan Mei13 di United Kingdom (UK ) ini akan cuba dituntaskan dalam tulisan ini. Bila saya menggarap tulisan ini tunjuk perasaan, keganasan penunjuk perasaan, pembakaran masih lagi sedang berlaku di beberapa buah bandar di England. 

Media dunia sedang heboh melapor apa yang sedang terjadi di UK.

Latar belakang Mei13 di England ini bermula pada 29 Julai 2024. Satu  serangan pisau telah berlaku di bengkel yoga dan tarian kanak-kanak. Tiga kanak-kanak maut dan lapan kanak-kanak lain cedera, dengan lima daripada mereka dalam keadaan kritikal. Dua orang dewasa pada majlis itu turut cedera parah.

Tragedi berdarah ini berlaku dalam bandar Southport. Bandar ini  tidak jauh dari kota Liverpool. Bandar Inggeris kecil indah ini terletak di tepi laut. Bandar ini tempat  bercuti dan bercanda-canda. 

Bila tersebar  berita anak gadis mati di tikam maka semua warga    UK  terperanjat. Berita awal tersebar melalui media sosial. Nama Si Penikam tidak muncul.  Lalu berita palsu tersebar melalui media sosial. Di beritakan yang menikam pendatang haram. Di beritakan yang menikam  warga asing bukan bumiputera Inggeris berkulit putih.  Diberitakan yang menikam penganut agama Islam.

Kepantasan laporan media sosial ini tidak dapat di bendung. Merebak macam jerami padi dalam sawah  dibakar di masa kemarau.

Nama Si Penikam tidak muncul di media kerana Si Penikam berumur di bawah 18 tahun. Mengikut hukum dan perundangan United Kingdom sosok yang di bawah 18 tahun perlu dilindungi dari media.

Beberapa hari kemudian  Si Penikam  akan menyambut   hari jadi ke 18. Justeru mahkamah membenarkan nama disebar. Langkah mengumumkan nama ini cuba digunakan  untuk meredakan keadaan. 

 Si Penikam – Axel  Rudakubana sosok  bukan bumiputera. Berkulit hitam lahir di Cardiff Wales.  Emak dan ayah pendatang dari   Rwanda.

Kepalsuan maklumat awal telah dibetulkan. Tapi warga bumiputera England masih keluar mengamuk. Mereka turun ke jalan raya membakar kereta ketika polis  cuba meredakan keadaan. Rumah dan kedai juga cuba di bakar.

Hotel penempatan  pendatang haram dan pencari suaka juga cuba dibakar. 

Kemarahan bumiputera berkulit putih   terhadap pendatang asing meluap dan merebak.  Dari Southport merebak ke Cardiff ke Sunderland ke Liverpool ke Manchester ke Leeds ke Nottingham, ke Belfast  dan sampai ke Croydon di London. 

Bumiputera berkulit putih naik minyak.

Perdana Menteri Keir Starmer dari Parti Buruh yang baru  naik takhta tanpa berfikir panjang  telah  menyalahkan puak  ekstrem kanan.

Media dunia melapor -  British Prime Minister Keir Starmer on Thursday (August 8, 2024) vowed no “let up” in moves to prevent further far-right riots across England – ini laporan awal dari media UK.

Apakah ini benar ? Apakah ini rusuhan dari puak garis politik kanan? 

Apakah  makna garis politik kiri dan garis politik kanan ?

Dari segi teorinya mereka yang memiliki pandangan dunia politik kanan ini dianggap kolot tidak progresif. Tidak progresif ini bermakna tidak maju malah mengguna rujukan agama dalam pandangan dunia mereka. Mereka dibaca sebagai penganut fahaman politik konservatif yang menolak perubahan.  Dalam politik mereka merayakan kapitalisma.

Garis politik kanan ini ada yang ekstrem memiliki pandangan Nazi. Ini bermakna mereka di pengaruhi oleh pandangan dunia yang melihat kulit putih lebih bijak dari yang tidak berkulit putih.

Garis politik kiri pula memiliki pandangan dunia yang berasakan hak asasi manusia.  Pandangan dunia yang lebih terbuka.  Merayakan apa yang di kenali sebagai kepelbagaian budaya. Kau kiri klim buta warna. 

Hakikatnya garis politik kiri dibaca sebagai yang tidak sehaluan dengan sistem ekonomi kapitalis. Kaum sosialis dianggap berhaluan kiri.

Untuk saya tuduhan dan hujah  PM Kier Starmer dibaca terlalu mudah – over simplified. Puak kanan marah pada puak kiri  dan puak kiri juga memiliki dendam yang sama. Ini hujah dari sosok yang malas berfikir.

Ini sama  seperti menuduh Bani  Melayu benci pada pendatang China kerana mereka China. Khalas. Tidak lebih dari itu. Hujah mudah  ini meninggalkan budaya, tidak menyentuh  ekonomi, tidak ambil kira  sejarah dan tanpa analisa kelas. 

Pada 20 April 1968 Enoch Powell seorang YB dari Parti Konservatif telah memberi ucapan apa yang di kenali hari ini sebagai ucapan River of Blood – Sungai Berdarah.

Ucapan YB dari parti pembangkang  di Birmingham  ini memberi ingatan akan bahaya – pergaduhan berdarah  jika pendatang yang bukan berkulit putih menerbus masuk beramai-ramai ke United Kingdom. Ucapan ini berlaku ketika kerajaan Parti Buruh sedang membincangkan  Akta Hubungan Kaum dan Akta Imigresen.

Pada 29 Julai 2024 dan hari-hari  berikutnya darah  tumpah di jalan raya di beberapa pekan dan kota di England. 

Sekali lagi saya nyatakan tiga anak  perempuan  yang mati ditikam di Southport  bukan penyebab. Mereka hanya retak menunggu belah. Tunjukan perasaan yang ganas dari bumiputera UK  wajib dibaca sebagai manifestasi.

 Jika kemarahan ini  hanya manifestasi maka persoalan  muncul :  apa sebab musabab yang melahirkan manifestasi ini.

Jawabnya mudah saja – kemasukan imigran ke United Kingdom – inilah puncanya.  Seawal 1968 lagi telah ada pemimpin politik yang memberi ingatan hal ini. Tetapi pada tahun 1968  Enoch Powell di tuduh , di cap sebagai  pemilik fahaman selari dengan Hitler.  

Wal hal pada tahun 2024  apa yang diramalkan oleh Enoch Powell   pada tahun 1968 telah berlaku sekarang.

Pasca perang dunia ke dua ekonomi UK mula berkembang. Ketika ini ramai pelarian perang – Yahudi dari Eropah - yang masuk ke United Kingdom. Pelarian perang dan pelarian politik  disambut dengan tangan terbuka oleh bumiputera UK. 

Karl Marx pelarian politik yang paling terkenal dalam dunia yang diburu oleh mata-mata  German telah melarikan diri ke London. Karl Marx telah mendapat suaka politik pada tahun 1849.

Saya sendiri juga telah mendapat suaka politik di London. Malah ketika saya di London  saya bertemu dengan pelarian politik dari Afrika Selatan, Iran, Iraq  dan Rusia.

Sikap keterbukaan bumiputera Inggeris menerima pelarian politik ini  wajib dirayakan. Pada tahun 60’an ke 80’an  sosok bukan berkulit putih  disambut datang tanpa banyak soal bicara.

Ramai juga pendatang yang bukan pelarian politik atau pelarian perang masuk ke UK. Mereka diterima masuk untuk bekerja  dan memburuh.  Warga dari   West Indies , Caribbean, India  dan Pakistan  –  negara bekas  tanah jajahan. Mereka datang sama seperti kita mengalu-alukan Bangla dan Indon datang untuk bekerja dalam negara kita. 

Sikap  dan nilai kemanusiaan bumiputera Inggeris ini telah disalah gunakan. Hari ini kita terus membaca saban hari ada bot kecil dan pelampung  getah dari Peranchis melintas  Selat Inggeris membawa pendatang haram  untuk diseludup  masuk ke United Kingdom.

Data terbaru menunjukkan ada antara 800,000 ke 1.2 juta pendatang haram kini berada di UK. Tahun 2023 saja ada 52,530  yang  diseludup masuk.

Kira-kira 29,000 orang dikesan menyeberangi Selat Inggeris dengan bot kecil pada 2023, turun daripada 46,000 pada 2022. Pada awal 2024, bilangan sementara lintasan yang dikesan adalah sekitar 12,600 - meningkat 16% berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Pendatang haram ini bila ditangkap oleh pihak berwajib di UK  maka mereka akan di beri tempat tinggal makan  minum dan duit saku   ketika permintaan suaka mereka diuruskan.

Langkah kemanusiaan – hak asasi orang pelarian -  ini adalah sebahagian dari hukum hakam UK. Langkah ini tidak menyenangkan bumiputera Inggeris. Mereka merasa dana telah digunakan untuk memelihara pendatang haram. Walhal anak tempatan merasakan mereka di pinggir.

Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. 

Inilah perasaan yang telah  membara dalam sanubari bumiputera Inggeris di kebelakangan ini. Bumiputera UK merasa hati baik mereka telah diinjak-injak oleh pendatang haram yang baru.

Bagaimana pula sikap bumiputera Inggeris terhadap yang telah lama  sampai?
Warga yang telah lama sampai ini juga memberi masalah kepada bumiputera. Pendatang asing ini walau pun telah tinggal lama dan diberi hak yang sama tetapi   tidak mengamalkan budaya dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung,

Ramai imigran yang  telah bermastautin lama di UK menimbulkan masalah. Mereka hendak menjadikan Manchester atau Liverpool atau London seperti Karachi atau Islamabad.

Ada kumpulan mereka yang mahu hukum Syariah diguna pakai di England. Permintaan ini samalah seperti DAP bahagian Titi Jelebu  mahu  Sosok China di lantik menjadi Datuk Undang di Jelebu. Cacing telah naik ke mata.

Pada satu ketika dulu jawapan dari sosok yang tidak berkulit putih ialah : rasis. Kumpulan berkulit hitam akan meluangkan mantera rasis.

Konsep rasis ini telah digunakan sebagai bom nuklear untuk meledakkan apa saja kritikan dan bantahan  dari  bumiputera tempatan.

Masuk ke kurun ini ada satu lagi mantera muncul : Islamophobia.

Apabila bumiputera Inggeris marah maka mereka dituduh sebagai Islamophobia. Walhal tuntutan mereka ini tidak masuk akal. Pendatang yang bukan berkulit putih ini mahu mengubah tatasusila cara hidup masyarakat Barat. 

Pada ketika tulisan ini di garap lebih dari 700 tangkapan telah dibuat oleh  polis. Seramai 300 telah di bawa ke mahkamah. Pendakwaan dipercepatkan dalam usaha untuk meredakan keadaan.  

Apakah keadaan tegang ini akan reda. Sila tunggu minggu  hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI .COM
https://www.malaysiakini.com/columns/715495

MASJID AL-AQSA DI CEROBOH


Negara Arab kutuk pencerobohan Israel di Masjid Al-Aqsa

ANKARA: Negara-negara Arab mengutuk pencerobohan oleh menteri Israel dan peneroka haram di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).

Lebih 2,200 peneroka haram memasuki kompleks itu pada Selasa untuk memperingati Tisha B'Av, hari puasa tahunan Yahudi yang menandakan beberapa bencana dalam sejarah Yahudi.

Menteri Keselamatan Negara sayap kanan Itamar Ben-Gvir dan Negev, Galilee dan Menteri Ketahanan Nasional, Yitzhak Wasserlauf antara penceroboh.

Jordan mengecam pencerobohan peneroka itu sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis.

Kementerian Luar Jordan mengulangi Masjid Al-Aqsa ialah tempat ibadat umat Islam, menyeru tindakan antarabangsa yang tegas untuk mengutuk pelanggaran dan pencabulan ini dan memberikan perlindungan yang diperlukan untuk rakyat Palestin memandangkan pencerobohan berterusan kerajaan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Kementerian Luar Mesir menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan pencabulan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan provokatif ini ialah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis, yang memerlukan usaha untuk menghentikan tindakan ini dengan segera dan komited untuk memelihara status quo undang-undang di Al-Aqsa," tambahnya dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Arab Saudi mengecam pencerobohan peneroka sebagai pelanggaran terang-terangan dan menekankan kepentingan menghormati kesucian agama.

Negara itu menyeru dunia untuk bertanggungjawab untuk menghentikan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan, menekankan provokasi ini mengancam untuk memburukkan lagi ketegangan dan menyinggung perasaan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia.

Begitu juga, Kementerian Luar Qatar mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh menteri Israel dan peneroka haram sebagai tindakan provokatif dan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

"Percubaan berulang kali untuk menjejaskan status agama dan sejarah Masjid Al-Aqsa ini bukan sahaja serangan terhadap rakyat Palestin tetapi terhadap berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia," tambahnya dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Palestin menyifatkan pencerobohan peneroka itu sebagai contoh terbaru Israel menyasarkan Baitulmaqdis dan tapak suci Islam dan Kristian.

Kumpulan Palestin Hamas menggelar serbuan peneroka ke Masjid Al-Aqsa sebagai provokasi sentimen Islam.

"Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, pembunuhan di Tebing Barat, pencabulan sistematik di Baitulmaqdis dan Al-Aqsa dan percubaan untuk Yahudi mencurahkan minyak ke atas api di rantau ini dan menimbulkan ancaman langsung kepada keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa," tambahnya dalam satu kenyataan.

Masjid Al-Aqsa dianggap sebagai tapak ketiga paling suci dalam Islam. Orang Yahudi merujuk kawasan itu sebagai Temple Mount, mempercayai itu sebagai tempat dua kuil Yahudi purba. – BERNAMA-ANADOLU


ZIONIS CEROBOH

MASJID AL-AQSA

AMIN

SENJATA ISREAL

DI BEKAL

OLEH BLACKROCK

AMIN

ANWAR IBRAHIM

JUAL 39 AIRPORT

KITA PADA SYARIKAT

BLACKROCK

AMIN

INI CONTOH

PALING PUNDEK

 SOKONG

PALESTIN

KHALAS

MADEY BOCORKAN HUBUNGAN ANWAR DENGAN ZIONIS


MADEY 

PECAH  LUBANG

KAH KAH KAH

ANWAR 

ADA HUBUNGAN

DENGAN ZIONIS

JENG JENG JENG

KHALAS

RAJA JORDAN AJEN ZIONIS


RAJA JORDAN

AJEN ZIONIS

KHALAS


Unknown commented on 
"NEGARA BARAT
 SELAMATKAN ISRAEL"

Cantik punya pusingan. Yang tembak jatuh semua sampah dari Iran tu Jordan bukan Amerika. Pusing lagilah bodoh!


Unknown commented on 
"PANAS HINGGA KE PETANG"

Kalau jumpa ular tedung dan TT, mana perlu dikatuk dulu? Mengapa senyap dengan Jordan?


Unknown commented on 
"JANJI PUTAR ALAM"

Jordan apa cerita?


Unknown commented on
 "LEBONG MAT LEBONG"

Jordan oh Jordan? Apasal senyap TT? Ada udang sebakik meekah?

TAKDA MANDAT RAKYAT


KERAJAAN INI

TAKDA MANDAT

RAKYAT

KHALAS

Unknown commented on
 "SUP TULANG BABI
 LAGI BAHAYA"

sebenarnya kerajaan ni yang patut ditukar.. kerajaan ni tak ada mandat rakyat... tapi buat macam negara ni bapak deme punya.. ini bukan negara .. biar rakyat pilih semula

PERANG


PERANG


RABU 14 OGOS 2024
DUNIA SEDANG MENUNGGU
BILA IRAN AKAN SERANG ISRAEL
UNTUK 
BASUH JENAYAH ZIONIS
KEMATIAN ISMAIL HANIYEH

AMERIKA DAH HANTAR
KAPAL PERANG
KAPAL SELAM
SEMUA MENUJU KE IRAN

ESOK  KHAMIS 15 OGOS 2024
ADA PERTEMUAN
GENCATAN SENJATA
ANTARA HAMAS DENGAN ISRAEL
DI CAIRO
AMERIKA QATAR MESIR
JADI ORANG TENGAH

APA AKAN JADI ?
JENG JENG JENG

RUSIA
SEDANG MENYERANG BALAS
TENTERA UKRIANE
YANG MASUK KE RUSIA
DI WILAYAH KURSK

IRAN
IRAN MENOLAK SARANAN
NEGARA NEGARA  BARAT AGAR
TIDAK MENYERANG
BALAS PADA ISRAEL

GREECE
API HUTAN TERBAKAR
DI MUSIM PANAS 
MEREBAK
HINGGA KE PINGGIR
ATHEN IBU KOTA  GREECE

INDIA
SEORANG YOUTUBER
DI TAHAN KERANA
BUAT VIDEO
MASAK KARI BURUNG MERAK

PALESTIN
ZIONIS ISRAEL LARANG
IMAM BESAR MASJID AL-AQSA
MASUK KE DALAM MASJID

BANGLADESH
BEKAS PM HASINA
SEDANG DISIASAT
ATAS  SATU KES PEMBUNUHAN

KOREA SELATAN
21 MATI AKIBAT
SERANGAN HABA PANAS
YANG SEDANG  BERSINAR

TEBING BARAT
SATU KUMPULAN ZIONIS
TELAH MEREMPUH MASUK
KE KAWASAN MASJID AL- AQSA

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
LANGIT BIRU LEMBUT BERAWAN PUTIH
MATA HARI BELUM BERSINAR

DI PINTU MASUK
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
DARI JAUH SUARA GAGAK
MENANGIS

HOKKIEN SEDANG DI RACUN
RUMPUT KELIHATAN KERING
INI PROJEK MAHU
MENJADIKAN HOKKIEN
PADANG RUMPUT
TIDAK LAGI BELUKAR

GUA  YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
PANAS SAMPAI KE PETANG
MALAM  JADI ENAK 
JIKA BERANGIN

BRO
SENYUM
SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO
JIKA MUSIK ITU KUAT
PADAMKAN RADIO
JIKA TAK SUKA
PROGRAM TV
ALIH STESEN
JIKA NAK NAK TENGOK
PORNO DALAM INTERNET
JANGAN LANGGAN 
TAK PERLU ADA UNDANG UNDANG

BRO
JANGAN SEBARKAN
VIRUS KOMPUTER
WALAU PUN MELAWAK
YANG DAPAT AKAN TERTEKAN

BRO
JIKA LU TANYA KAWAN LU
DAPAT KE TAK E MAIL ITU?
MAKNANYA KAWAN LU
TAK AMBIK POT DENGAN LU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA