Isnin, 9 Disember 2024
TITAH TAMBAHAN - ENGGAN PULAAAK
Titah adendum: Nizar terima dokumen daripada Istana Pahang
PUTRAJAYA - Anak sulung Najib, Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Rayuan, Muhammad Shafee Abdullah berkata, dokumen tersebut diterima Nizar pada 2 Disember atas arahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai butiran dokumen berkenaan selain menjelaskan kandungannya menyatakan Najib perlu menjalani baki hukuman penjara di rumah.
PASAI APA
ENGGAN ULAS
KAH KAH KAH
KENAPA NAK
DRAMA LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
TERUSKAN PERANG
Gencatan senjata Hizbullah-Israel sukar bertahan
BEIRUT: Gencatan senjata antara Hizbullah dengan Israel, yang dipelopori oleh Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, memberikan kelegaan sementara kepada konflik yang berlarutan selama lebih setahun, namun kurang diyakini akan berjaya.
Ini kerana ketegangan terbaru akibat pelanggaran perjanjian oleh kedua-dua pihak menimbulkan persoalan sama ada gencatan senjata itu dapat bertahan dalam keadaan yang semakin tidak menentu.
Berdasarkan perjanjian itu, Hizbullah bersetuju untuk berundur ke utara Sungai Litani, manakala Israel perlu menarik balik tenteranya ke selatan Garisan Biru.
Kawasan selatan Lubnan akan diawasi oleh Tentera Lubnan (LAF) bersama Pasukan Pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).
Langkah itu bertujuan memastikan tiada serangan daripada Hizbullah atau kumpulan bersenjata lain terhadap Israel, dan pada masa yang sama, Israel dilarang melancarkan operasi ketenteraan dalam wilayah Lubnan.
Namun, sejak perjanjian itu berkuat kuasa, kedua-dua pihak telah saling menuduh melanggar syarat-syarat gencatan senjata.
Kejadian terbaru pada 2 Disember menyaksikan Hizbullah melancarkan dua tembakan ke wilayah Shebaa Farms, sebuah kawasan yang dipertikaikan, mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap 'pelanggaran berulang' syarat gencatan senjata oleh Israel.
Tentera Israel pula melancarkan serangan udara ke seluruh Lubnan, mendakwa menyasarkan pelancar roket Hizbullah dan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang. Serangan itu mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan perjanjian.
Perbuatan itu secara teknikal melanggar Perkara 2 perjanjian, yang melarang serangan ketenteraan dalam wilayah Lubnan," katanya.
Dalam ucapan pertamanya selepas gencatan senjata, Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem, menegaskan komitmen kumpulannya terhadap perjanjian itu.
"Koordinasi antara tentera Lubnan dengan pasukan kami akan berada pada tahap tertinggi," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak menjangkakan sebarang konflik dengan tentera Lubnan.
Namun, serangan balas Hizbullah menunjukkan bahawa kumpulan itu bersedia untuk bertindak terhadap tindakan yang dianggap provokasi dan sejarah membuktikan bahawa Hizbullah tidak mudah berdiam diri terhadap serangan.
Israel pula, walaupun pemimpinnya, terutama Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menyatakan komitmen untuk mematuhi terma gencatan senjata, kenyataan seperti 'kami akan bertindak balas terhadap sebarang pelanggaran, sama ada kecil atau besar' mencerminkan pendekatan agresif.
Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, turut menegaskan bahawa Israel telah bersedia dengan rancangan ketenteraan untuk menghadapi sebarang ancaman daripada Hizbullah. - AGENSI
ISRAEL SETUJU
GENCATAN SENJATA
KERANA RAMAI
ASKAR MATI
AMIN
TERUS PERANG
HINGGA ISRAEL
HANCUR
AMIN
ZIONIS YG BAIK
ADALAH ZIONIS
YANG DAH MATI
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)

