Khamis, 30 Januari 2025

BERGADUH - HARGA BARANG MAHAL



Peniaga, pelanggan bergaduh angkara barang mahal di Bazar Tahun Baharu Cina

PASIR GUDANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan harga yang didakwa mahal, seorang peniaga dan pelanggan bergaduh di Bazar Tahun Baru Cina di Johor Jaya di sini Isnin lalu.

Video yang berdurasi 1 minit 40 saat itu memaparkan tiga lelaki bergaduh dan cuba ditenangkan seorang wanita tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya  terkesan dengan video itu dan siasatan mendapati kejadian berlaku berlaku pada pukul 11.30 malam, kelmarin.

“Susulan itu pihak polis menahan kedua-dua lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun kira-kira pukul 6 petang kelmarin di sekitar kawasan Taman Johor Jaya.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula 29 Januari hingga esok bagi membantu siasatan.

Hasil semakan ujarnya, mendapati kedua-dua suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing ke atas mereka negatif dadah.

Menurut Mohd Sohaimi, seorang lagi suspek lingkungan usia 30-an dipercayai pelanggan yang turut terbabit dalam pergaduhan masih diburu dan diminta tampil membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar, Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hamizan menerusi talian 010-4338032 atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3871422,” ujarnya.- 

WOIT

APA DAH JADI

HARGA BARANG

MAKIN MAHAL

AMIN

RAKYAT JADI

SUSAH GADUH

SESAMA SENDIRI

AMIN

PROJEK BERSIHKAN PALESTIN DARI RAKYAT PALESTIN



Mesir tidak akan terbabit dalam pemindahan paksa penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai 'satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai', lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Kenya William Ruto, di Kaherah, al-Sisi mengulangi pendirian tegas Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.

"Pendirian Mesir mengenai isu Palestin sejak dahulu lagi adalah tidak boleh dirunding," katanya sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap penyelesaian dua negara.

Keselamatan negara Mesir tidak boleh ditolak ansur. Kami bertekad untuk bekerjasama dengan Presiden (Donald) Trump bagi mencapai penyelesaian damai berasaskan penyelesaian dua negara," katanya.

Trump sebelum ini menggesa supaya Gaza 'dibersihkan' dan rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, menyifatkan wilayah itu sebagai 'tapak runtuhan' susulan serangan genosid Israel.

Bagaimanapun, Kaherah dan Amman menolak keras sebarang cadangan pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah mereka.

Cadangan Trump itu dibuat selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Januari, dan menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Oktober 2023.

PROJEK

MELUASKAN

ISREAL DENGAN

BUNUH & HALAU

WARGA PALESTIN

AMIN

INI RANCANGAN

ZIONIS

BLACKROCK

KHALAS

MALAPETKA IKLIM DAH SAMPAI !!!



SAHIH

MALAPETAKA

IKLIM DAH SAMPAI

MADANI LAWAN RASUAH ?


DAKWA ZAHID

DULU BARU

RAKYAT PERCAYA

MADANI LAWAN

RASUAH

AMIN

Unknown commented on 
"ANWAR BLACKROCK
 DAN RASUAH"

x retard tapi nampak baik , prima facie tarik diri heitech padu kata nak check lepas tu diam, nak hapus x hapus tambah 3R sakau47 bebas dll kahkahkah ramai hanya boleh tengok!;

TENGKU FRAUD

 

BETUL JUGA

MACAM MANA

TENGKU FRAUD

JADI BILIONAIRE?

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"KES RASUAH TERBONGKAR 
DALAM DBKL"

sejak bila pula dbkl tak ada rasuah? 
Kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 30 JANUARI 2025
HARI INI
HARI KE DUA  RAYA CHINA
RAMAI MASIH BERCUTI
ADA YANG AMBIL  HINGGA
UJUNG MINGGU

SETAHUN SEKALI
MASA RAYA CHINA
NAK MASUK KE LE CHATEAU
AMAT SUSAH
JEM GILA
KERANA  RAMAI CHINA
PERGI SEMBAHYANG
ADA  TOK PEKONG
DI SEBELAH LE CHATEAU

JEM MALAM SEBELUM RAYA
JEM PAGI RAYA
JEM DI HARI RAYA
HARI INI HARI KEDUA
 GUA TAK TAHU

TAPI KAMI NASIB BAIK
ADA JALAN BELAKANG
IKUT TEPI KUBUR
MASUK KE BELAKANG ISTANA
LALU DEPAN DEWAN BAHASA
KAH KAH KAH
JALAN INI TAK POPULAR
RAMAI TAKUT NAK MASUK
KERAN  LALU DALAM KUBUR
KAH KAH KAH

AMERIKA
TRUMP NAK  GUNAKAN
PENJARA GUANTANAMO BAY
UNTUK 30 RIBU
PENDATANG HARAM

ISRAEL
JENIN DI TEBING BARAT
TERUS DISERANG DARI UDARA
10 PALESTIN  TERKORBAN
 DIBUNUH 
OLEH ZIONIS BLACKROCK

INDIA
40++ MATI TERPIJAK
DALAM PERAYAAN AGAMA
DI TEPI SUNGAI GANGES

AMERIKA
META BAYAR TRUMP
25 JUTA DOLAR
KERANA DULU
BATALKAN AKAUN TRUMP

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERSAMA
AWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

HA HA
DI TEPI PAGAR
GUA DI SAMBUT OLEH
KOKOK JANTAN
BUKAN MUDAH
DALAM KOTA KUALA LUMPUR
ADA AYAM BERKOKOK 
DI BELAKANG RUMAH

PAGI INI TIDAK ADA
BUNYI RUMPUT DI POTONG
HANYA KAMI BERTIGA
DALAM HOKKIEN

TERKUKUR BERSUARA
HOW WOW BERLAGU
DARI POKOK TINGGI

DARI WILAYAH JAUH
SUARA GAGAK MENDAYU
MENJADIKAN PAGI INI INDAH

DI JALAN PULANG
JANTAN BERKOKOK LAGI
INDAH SUNGGUH
BUMI KITA INI

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
YANG PENTING
KITA LAKUKAN
BUKAN KITA
SEMBANGKAN

BRO
JIKA LU SEDANG BERCINTA
SEMUA INDAH
KENTUT PUN
JADI WANGI

BRO
JIKA DIA PAKAI SERBAN
TAK BERMAKNA DIA
TAK JILAT BURIT
PEREMPUAN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI