Rabu, 28 Mei 2025

ANWAR BLACKROCK NAK JADI MAHARAJA



Menjelang bicara saman serangan seksual, Anwar mohon kekebalan dari Mahkamah Persekutuan


Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah membawa soal kekebalannya dari tindakan sivil terhadapnya ke Mahkamah Persekutuan menjelang bicara saman serangan seksual yang akan bermula bulan depan, menurut dokumen yang difailkan di mahkamah.

Peguamnya yang baru dilantik, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie, turut memohon penangguhan perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 16 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman yang difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther, yang pernah bekerja di pejabat banglo Anwar di Petaling Jaya, mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada Oktober 2018, iaitu beberapa hari sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

- Iklan -
Yusoff kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh selepas didakwa dengan tuduhan dadah dan senjata api susulan serbuan kontroversi polis ke atas kenderaannya pada September tahun lalu.

Pemuda berusia 33 tahun itu telah berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, dan menyatakan beliau menjadi mangsa mereka yang berkuasa dengan menamakan Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador sebagai antara pihak yang menyimpan dendam terhadapnya.

Dalam afidavit baharu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, peguam Anwar Megat Munir memohon penangguhan bicara kes saman Yusoff sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan berkenaan beberapa persoalan perlembagaan dan implikasi undang-undang.

Memetik Perkara 39, 40 dan 43 perlembagaan yang berkait dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik perdana menteri, Anwar memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada "seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan sivil berhubung dakwaan perlakuan peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya", sambil menambah saman sivil tersebut akan "menjejaskan keupayaan beliau untuk melaksanakan fungsi eksekutif dengan berkesan".


BM: Sama ada Mahkamah Tinggi, dalam membenarkan suatu tindakan sivil terhadap seorang Perdana Menteri yang memegang jawatan, tetapi beliau telah mengemukakan pembelaan kukuh terhadap proses (termasuk dakwaan sabotaj reputasi yang bermotifkan politik dan tuntutan yang direka), melanggar jaminan Perlembagaan mengenai kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8(1).

Anwar juga memohon mahkamah memutuskan persoalan sama ada dalam membenarkan sesebuah tindakan saman sivil melibatkan dakwaan terhadapnya sebelum menduduki jawatan akan "menjejaskan kestabilan sebuah institusi teras kerajaan".

Soalan-soalan lain dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan membabitkan kesan terhadap maruahnya di sebalik "litigasi yang menyusahkan yang disusun secara strategik atau diperalatkan secara politik bagi menjejaskan keupayaan beliau untuk mentadbir".

- Iklan -
Beliau turut merujuk kepada tanggungjawab mahkamah "melindungi kebebasan dan maruah seorang penyandang jawatan awam daripada tindakan litigasi yang boleh menjejaskan keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas awam, dalam keadaan tiada jenayah dibuktikan".

Di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong dan sultan sesebuah negeri yang kebal daripada tindakan sivil atau jenayah atas kapasiti peribadinya, melainkan tindakan itu mendapat kebenaran peguam negara.

WOIT

ANWAR

BLACKROCK

NAK JADI 

MAHARAJA KEBAL

MACAM AGONG

KAH KAH KAH

NAK KEBAL

KENA MINUM

MUNTAH HANTU

MACAM BADANG

AMIN

BUKAN MINUM

AIR DUIT

YUSOFF RAWTHER

KAH KAH KAH

KHALAS

HAMAS KEMBALI MENYERANG


HAMAS  KEMBALI

MENYERANG

AMIN 

AL-FATAH SENYAP - TEBING BARAT DISERANG


Pelampau Israel serang penduduk Palestin Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Satu perarakan besar di Baitulmaqdis bagi memperingati penguasaan Israel ke atas timur kota itu pada perang 1967 semalam bertukar huru-hara apabila pelampau Yahudi menyerang penduduk Palestin.

Perarakan tahunan yang dikenali sebagai 'Flag March' itu menarik puluhan ribu peserta yang melaungkan slogan, menari dan mengibarkan bendera Israel.

Keadaan bertambah gawat selepas selepas Menteri Keselamatan Nasional sayap kanan, Itamar Ben Gvir, melawat kawasan Masjid Al-Aqsa, lokasi panas ketegangan Israel-Palestin.

Keganasan tercetus di Kota Lama Baitulmaqdis Timur apabila peserta perarakan, kebanyakannya remaja Israel dari penempatan haram di Tebing Barat, mengganggu peniaga Palestin yang belum menutup perniagaan.

Mereka kemudian menyasarkan aktivis Israel berhaluan kiri dan wartawan selain penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Slogan seperti 'Kematian kepada orang Arab' dilaungkan, dan saksi Reuters melaporkan seorang wanita Palestin serta wartawan diludah oleh sekumpulan remaja Israel.

Polis Israel yang berada berhampiran tidak bertindak dan tiada tangkapan dilaporkan setakat petang semalam.

Seorang pegawai polis berkata peserta muda tidak boleh ditahan kerana masih bawah umur.

Ketua pembangkang berhaluan kiri, Yair Golan, menyifatkan kes itu sebagai 'mengejutkan' dan berkata ia bukan cinta kepada Baitulmaqdis, tetapi 'membawa mesej kebencian, perkauman dan sikap pembuli'.

"Kita akan mempertahankan Baitulmaqdis sebagai kota yang bersatu, utuh dan di bawah kedaulatan Israel," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan di Baitulmaqdis Timur semalam.

Sementara itu, Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, yang berpangkalan di Tebing Barat, mengecam perarakan itu serta lawatan Ben Gvir ke kawasan Masjid Al-Aqsa.

"Perang berterusan Israel di Gaza, pencerobohan berulang ke kawasan Masjid Al-Aqsa dan tindakan provokatif seperti mengibarkan bendera Israel di Baitulmaqdis yang diduduki mengancam kestabilan seluruh rantau," katanya dalam satu kenyataan.

Pertempuran tercetus sepanjang hari apabila aktivis Israel berhaluan kiri cuba mengiringi rakyat Palestin menjauhi kumpulan pelampau muda Yahudi berhaluan kanan mengugut orang yang lalu-lalang, menurut saksi.

Wartawan membuat liputan perarakan itu juga diganggu secara berterusan dan ada yang diserang secara fizikal, kata saksi Reuters.

Terdahulu, Ben Gvir melawat kawasan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount sementara umat Islam sebagai Al-Haram Al-Sharif (Tanah Suci), iaitu lokasi ketiga paling suci dalam Islam.

Dalam sebuah video yang dirakam di kawasan tinggi itu, Ben Gvir menyatakan kawasan tersebut 'dibanjiri' orang Yahudi.

Mengikut perjanjian lama berdekad-dekad, kawasan itu ditadbir oleh wakaf Islam Jordan. Orang Yahudi dibenarkan melawat tetapi tidak dibenarkan bersembahyang di situ.

Ben Gvir, yang lawatannya dikecam oleh Pihak Berkuasa Palestin dan Jordan, bersama beberapa pihak pelampau kanan lain di Israel, sekian lama mendesak orang Yahudi dibenarkan beribadat di kawasan itu.

Perarakan 'Flag March' tahun ini berlangsung ketika perang di Gaza memasuki bulan ke-20, di samping operasi ketenteraan Israel yang semakin meningkat terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat.

Baitulmaqdis turut menyaksikan peningkatan serangan oleh peneroka Yahudi ke atas penduduk Palestin. - REUTERS

KENAPA

AL-FATAH

SENYAP TAK

MELAWAN

AMIN

KHALAS

PARTI KELUARGA RESMI


PARTI

KELUARGA 

RESMI

AMIN


Unknown commented on 
"SPRM IALAH ALAT"

tak dak KABEL..tak dapatlah makan gaji..Cina tak pa..kalau tak dapat makan gaji kat Malaysia..depa pi Thailand..sebulan beribu-ribu kenderaan keluar masuk Thailand..rakyat Malaysia berbangsa Tionghua laaa...MLEAYU nak pi mana??...Indonesia??..Rakyat depa banyak yang mai Malaysia..depa kaaaatttaa BATU..berniaga la...ada yang pi Arab Saudi..Arab Saudi dengan Pakistan habis kuat rakyat Malaysia!!


Unknown commented on 
"HASUT UNTUK BENCI 
KERAJAAN MADANI"

Hasut lubang kunyit tak jalan sebab kau pun kaki lubang kunyit jugak. Orang lain hasut parti anak beranak (MA) ma, (DA) di, (NI) Nurul Izah, dalam dua hari majoriti akar umbi PKR dah mula berontak. Otak kau lain kali jangan letak kat jubor. Dah tua pun bodoh. Kah kah kah





 

BUAT BERITA SAJELAS MUNGKIN


BUAT BERITA

BERI LAPORAN

SAJELAS MUNGKIN

AMIN 

Unknown commented on 
"RASAKAN NIKMATNYA"

Kita semua tahu tahap wartawan negara ini kesemuanya lulusan universiti kangkung, bidang apa sekalipun mengikut kuota mengikut kaum mengikut identiti bangsa agama bukan kelayakan, kalau ikut kelayakan sudah lama negara jadi maju, 

semuanya demi mengekalkan tahap kronisme di tahap disiplin tertinggi kah kah kah sebab itu mamat tidak pandai berbahasa asing terus jadi diplomat kah kah kah mi rest mi case mi lord kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 28 MEI 2025

SABTU NI RAYA AJI


LETAK JAWATAN
Orang ramai semua menunggu apakah Rafizi akan letak jawatan.  Semasa  HIRUK Rafizi kata jawatan dalam parti bawa jawatan dalam kerajaan.  Ini dasar PKR. Dasar yang baik. Ada sokongan parti maka boleh duduk dalam kabinet kerajaan.

Tapi apakah Rafizi akan lakukan apa yang dia cakap jeng jeng jeng. Politikus  bijak bercakap. Jika Rafizi tak letak jawatan ramai akan  Mat Formula ini  cakap tak serupa bikin kah kah kah.

Mesti ada kawan  dalam parti merayu pada Rafizi  agar jangan letak jawatan kerajaan. Kita lihat dan tunggu. Kalau Rafizi tulis surat  pada Anwar Blackrock maka Anwar wajib buat keputusan terima atau TIDAK jeng jeng jeng.

Bagaimana dengan geng yang lain – Nik Nazmi, Chan Lih Kang dan MB Negeri Sembilan. Chan Lih Kang  dari awal dah belot buat kenyataan nak sokong Anwar untuk penggal ke dua. MB N9 – menang Timbalan –  Akmal pun menang MPP - bagaimana dengan Nik Nazmi – jeng jeng jeng

Tapi YAKINLAH – bila dah merasa nikmat TAK ADA TRAFIK JEM – agak susah nak letak jawatan... kah kah kah AMIN

RUSIA
Heli yang di naiki oleh Putin hampir meledak diserang drone Ukraine. Putin marah kerana itu Rusia kini serang hebat Ukraine.

AMERIKA
Maharaja Trump mahu  bakal pelajar luar negara yang nak belajar di Amerika di kaji dulu adakah mereka pro Palestin dan anti Zionis Blackrock.   Siasatan akan di lakukan melalui FB  dan laman sosial media. Sapa anti Israel jamin tak dapat visa.

NEPAL
Rita Sherpa – memecahkan rekod sendiri.  Rita telah mendaki ke kemuncak Everest sebanyak 31 kali. Ini rekod dunia.

ARAB SAUDI
Lebih dari 1 juta bakal jemaah haji telah sampai ke Saudi.

GERMAN
Kucing hilang  semenjak tahun lalu di Munich German. Sepasang suami isteri telah belanja 20,000 Euro atau 96,000 ringgit untuk mencari kucing kesayangan mereka. Masih belum jumpa.

UKRAINE
Presiden Ukraine akan melawat German.  Canselor baru Merz telah berkata German  akan membenarkan senjata peluru berpandu jarak jauh buatan German masuk ke Ukraine

HOKKIEN
Pagi ini segar tapi langit pucat.  Arah Shah Alam ada awan biru yang lain awan pucat. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Kemarin panas terik.

Di Pintu masuk gua dengar chip chip chip entah burung apa. Dari bukit kiri dari bukit kanan Tekukur berlagu. Dari arah Mid Valley gua dengar suara gagak – gak gak gak .

Tiga orang Abang Rumput sedang bekerja. Kali ini Hokkien  nak dijadikan macam padang bola. Baik sekali. Racun  bunuh rumput semakin kurang di gunakan.

Berjalan pulang matahari mula muncul. Sinar lemah. Gua yakin hari ini akan panas macam kemarin. Malam gua harap berangin – sejuk enak jika tidak  badan berlengas.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

Naik haji ikut bulatan
Singgah di Dubai beli perencah
Apakah Rafizi akan letak jawatan
Atau hanya temberang acah- acah

Pokok cermai tepi perigi
Pungut buah dalam bakul
Rakyat  ramai sokong Rafizi
Hanya pembodek sokong Nurul

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA