Rabu, 18 Jun 2025

PARTI ANAK BINI SUSAHKAN RAKYAT


MADANI

PARTI ANAK

BINI SUSAHKAN

RAKYAT

KHALAS 

Unknown commented on 
"ANAK BERANAK
 FREE LOADER"

xx easy madani? anak bini daddi reformasi? sst & yg lain2 lagi kah kah kah lapiji pun lari & nazmi!!

INI JANJI SUCI IRAN


INI JANJI 

SUCI  IRAN

KHALAS 

BEBAN CUKAI SST



Epal digemari semua orang, tak wajar dikenakan SST -Peniaga

KUALA LUMPUR – Menjelang pelarasan dan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), masih kedengaran keluhan dan kebimbangan rakyat dengan langkah terbaru kerajaan itu yang bakal berkuat kuasa 1 Julai ini.

Tinjauan  di sekitar Perumahan Awam Sentul dan Kompleks Pasar Raja Bot, Chow Kit, di sini mendapati, pemahaman dasar kerajaan itu masih rendah, disulami kerisauan cukai itu bakal memberi kesan langsung kepada kos sara hidup.

Menurut seorang peniaga, Rohana Ujang, 37, langkah kerajaan memasukkan buah-buahan import dalam senarai SST merupakan sesuatu yang tidak wajar dilakukan sedangkan ia sudah menjadi makanan rakyat sejak berdekad lamanya.

“Pada saya memang tak patut buah-buahan import dikenakan SST sebanyak 5 peratus kerana tiga jenis epal bukan sahaja ‘best seller’, bahkan ia boleh dimakan semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.

“Buah epal ini semua orang boleh makan, sama ada sihat mahupun sakit, dan digemari rakyat sejak dulu lagi, bukan golongan tertentu sahaja.

“Kalau buah-buahan import ini dikenakan SST, kesianlah kepada rakyat, mereka yang tanggung kesannya, sudah pasti harganya akan naik, pelanggan akan terkesan,” katanya hari ini.

Bermula 1 Julai ini, kerajaan akan menguatkuasakan SST 2.0 dengan peluasan skop Kadar Cukai Jualan (CJ) dan skop baharu Cukai Perkhidmatan (CP).

Sebanyak tiga kategori diperkenalkan dalam peluasan Skop SST CJ iaitu Barangan Berkadar sifar peratus (0%), Barangan Berkadar lima peratus (5%) dan Barangan Berkadar 10 peratus.

Sebanyak enam kategori perkhidmatan baharu diperkenalkan dalam Peluasan Skop SST CP iaitu sewaan/pajakan (8%), pembinaan (6%), kewangan (8%), kesihatan swasta (6%), pendidikan swasta (6%) dan kecantikan (8%).

Rohana juga berkata, walaupun dia sudah bersedia dengan penguatkuasaan kadar baharu SST itu, namun tetap bimbang dengan penerimaan pelanggannya yang tidak menentu sejak pasca Covid-19, empat tahun lalu.

“Buah-buahan import hanya boleh bertahan tiga hari sahaja, sudah jumlah pelanggan tidak seramai sebelum ini, jika ia dikenakan SST, saya risau lagi susah buah-buahan ini nak dijual, kami pula tanggung rugi,” katanya.

Sementara itu, bagi Zuhairi Pane, 36, peluasan CJ SST ini hanya mengundang kegelisahan pelanggannya kerana memberi kesan kepada kenaikan harga.

“Sekarang pun harga lemon yang dijual pada harga RM1.70 sebiji, itu pun ramai yang mengadu mahal, memang ia dijual pada harga itu dari pemborong, kita tiada pilihan lain untuk menaikkan harga.

“Jika buah-buahan import ini dikenakan SST, sudah pasti harga akan lebih mahal. Ia jadi bahan asas digunakan dalam masakan dan bancuh air, mahu atau tidak,  pelanggan kena terima, memang orang akan marahlah,” katanya.,

Walau bagaimanapun, Zuhairi berkata, sebagai peniaga tempatan, dia terpaksa akur kepada arahan itu termasuk membayar SST kepada kerajaan.

“Selama ini, kita hanya ikut arahan kerajaan saja, kalau suruh bayar SST, kita bayar saja, Cuma perluasan produk yang dikenakan SST kali ini saya tidak berapa tahu dan tidak dimaklumkan pun,” katanya.

Katanya lagi, agak terkilan jika buah-buahan import dikenakan SST sedangkan ia bagaikan makanan rugi kepada rakyat Malaysia sejak puluhan tahun lalu.

“Buah-buahan import ini sudah jadi buah rakyat, dari dulu kalau kita pergi pasar malam, memang oren, apple dan lemon jadi makanan harian dan makanan kesihatan.

“Selain buah-buahan tempatan, buah import jadi pelengkap kepada makanan lain.

“Sepatutnya tidak dikenakan SST sebab ia sudah jadi makanan ruji rakyat Malaysia, makan nasi hari-hari orang beli dan makan, kalau boleh jangan kenakan SST,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

MASA DAH SAMPAI

KITA TURUNKAN

KERAJAAN

ANAK BERANAK

AMIN

JIKA TUNGGU

LAMA NEGARA

AKAN HANCUR

KHALAS 

HARGA BARANG NAIK - ANWAR WAJIB DI TURUNKAN


HARGA BARANG

NAIK

AMIN

ANWAR WAJIB

DI TURUNKAN

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Pisang naik juga kah? Ingat pisang diminati oleh ramai? Kah kah kah buatlah apa pun sebab kamu berkuasa sekejap tetapi tunggu masa kamu akan sampai jua nanti, tetapi tak kira siapa naik kemudian akan pasang lukah sama, harga naik tidak pernah turun, hanya pisang Rathwer tidak sanggup dihisap kah kah kah tak nampak kah dunia tertawa dengan perangai kamu sekarang? Sampai bila nafsu pisang nafsu harta nafsu segala kekayaan kamu akan hapus? 

Setiap masa setiap hari sembang mohong demi agama bangsa negara tetapi kamu tetap sama perangai penyamun siang malam kononnya nak bantu fakir miskin? Mana ada fakir miskin lagi? Sejak 1970 sampai 2025 fakir miskin masih wujud? Sebabnya satu kamu terus guna nama fakir miskin mencuri merompak dan membiayai free loader semakin ramai,. walaupun billion tetapi masih tidak puas masih kedarah masa depan rakyat kah kah kah



 

BERITA BAIK UNTUK UMAT ISLAM DAN WARGA DUNIA


BERITA BAIK

UNTUK UMAT ISLAM

DAN WARGA DUNIA

AMIN 

BERUNDING : TRUMP JADIKAN UMPAN


BERUNDING : TRUMP JADIKAN UMPAN 



Jumaat 13 hari bulan , hari yang secara meluas dianggap malang dalam budaya Barat. Tahayul ini menggabungkan perkaitan negatif yang dirasakan kedua-dua nombor 13 dan hari Jumaat. Manakala dalam mitologi filem  Holywood Jumaat 13  adalah tarikh  dan masa  hantu dan polong keluar menghiruk dunia.  

Pada  subuh Jumaat 13 Jun 2025 tarikh ini telah dipilih  oleh Netanyahu untuk menyerang Iran.  Israel menamakan serangan ini Operasi Singa Bangun. Iran menangkis dan bangun melawan dengan Operasi  Janji Suci 3. 

Ketika tulisan ini di garap perang sedang rancak berjalan. Serang menyerang berterusan. Mati, musnah , runtuh dan punah sedang berlaku  di Tel Aviv dan di Tehran.

Netanyahu mengumumkan tujuan utama menyerang Iran ini ialah untuk menghancurkan fasilitas makmal program nuklear Iran. Justeru sasaran utama  pada subuh itu ialah bandar Natanz – pusat fasilitas makmal nuklear Iran   yang terletak 289 kilometer di Selatan Tehran.

Fasilitas nuklear ini terletak dalam perut bumi dan dilindungi oleh perisai konkrit dengan ketebalan lebih kurang 7.6 meter. Menurut pihak berkuasa Iran, alat emperan di pusat ini dibina di bawah tanah, pada kedalaman 40 hingga 50 meter dalam bumi.

Ini bukan kali pertama fasilitas nuklear Natanz ini diserang. Pada 21 April 2021 fasilitas ini telah meledak.   Iran menuduh ini  sabotaj yang telah di jalan oleh Israel dan Mossad. Sabotaj ini berlaku satu minggu sesudah Presiden Biden bersetuju untuk kembali berbincang dengan Iran.  Biden mahu menghidupkan kembali  Perjanjian Nuklear  Dua Negara – Iran Amerika -  yang telah di batalkan oleh Trump.

Pada  subuh Jumaat itu Israel telah menggunakan lebih dari 200 buat jet pengebom.  Selain dari Natanz lebih dari 100 tempat  lain telah menjadi sasaran – termasuk Tehran.

Serangan ini   telah menewaskan beberapa orang pakar saintis ilmuwan nuklear Iran. Turut sama di bunuh pada subuh itu ialah Hossein Salami Ketua Pengawal Revolusi Iran, Muhamad Bageri Ketua Angkatan Tentera Iran dan Gholamali Rashid Ketua Markas Pusat Pengawal Revolusi Iran.

Dari apa yang telah berlaku jelas Operasi Singa Bangun ini telah lama di rancang. Sosok-sosok yang tewas ini telah  dibunuh melalui drone yang telah diseludup dan disediakan berada dalam wilayah Iran.  Ini taktik yang sama seperti Operation Spider’s Web yang digunakan oleh Ukraine ketika menyerang Rusia baru-baru ini.

Ini bermakna Mossad dan kuncu-kuncu barua upahan Israel telah lama  mengintip dan mengenal pasti sosok-sosok yang wajib dibunuh. Mereka yang dibunuh adalah sosok yang berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan Iran. Mereka bukan kecik anak.

Wajib di ingati ketika serangan ini berlaku perundingan antara Amerika dengan Iran sedang berjalan di Oman. Malah dari laporan berita rundingan ini telah sampai ke tahap positif.

Justeru kerana ini umum telah membuat andaian  bagaimana Trump telah di gunakan oleh  Netanyahu dalam projek menyerang Iran.  Malah ada pemerhati politik seperti Scott Ritter – pegawai PBB  yang bertanggungjawab menyelidik fasilitas nuklear Saddam Hussein yang menganggap Trump bersubahat dan tahu akan rancangan Netanyahu.

Mengikut pandangan Scott Ritter – yang juga bekas pegawai Marine Corps soldadu Amerika ini -  rundingan di Oman ini sengaja di jalankan untuk mengkaburi mata Iran. Walhal Netanyahu sedang merancang untuk menyerang.

Rundingan ini bertujuan untuk melalaikan Iran. Juga memberi harapan jika rundingan berjaya maka segala sekatan ekonomi yang di kenakan terhadap Iran akan di tarik balik.

Malah pemerhati dan penganalisa geo-politik seperti bekas penasihat Presiden Reagan dan Gorbachev :  Profesor Jeffrey  Sachs dari Universiti Columbia berpendapat Trump telah membuat teater untuk membantu Netanyahu dan Israel.

Lawatan Trump dan ucapan Trump ketika melawat Saudi Arabia  kini dilihat sebagai  taktik untuk memperlihatkan bahawa   Trump dan Netanyahu  tidak lagi tidur sebantal. Trump secara disusun menyanyi lagu Nina Bobo untuk  Iran.

Bila perang pecah  Marco  Rubio Setiausaha Negara Amerika terus berkata : Kami tidak tahu apa-apa. Amerika tidak terlibat.

Apakah Trump terlibat ? Apakah Amerika terlibat ?

Walau apa pun kenyataan yang menafikan keterlibatan Trump dan Amerika – tidak ada sesiapa yang akan percaya.  Umum – dunia tahu tanpa kuasa dan sokongan Amerika - Zionis Israel telah lama terkubur.

Iran membalas serang Israel dengan pantas sekali.  Ratusan peluru berpandu Iran telah meluncur  masuk ke wilayah Israel.   Sasaran Iran ialah pusat-pusat dan bangunan strategik ketenteraan. Depot menyimpan peluru dan pangkalan soldadu.

Malah laporan awal telah memberitakan bagaimana Iran telah berjaya menembak jatuh 3 pesawat F35 buatan Amerika. Jika berita ini sahih makan jelas Iran memilik keterampilan pertahanan yang  unggul.

Apa yang jelas ialah berjayanya peluru berpandu  hipersonik Iran yang di panggil Fattah1  menembusi Iron Dome – benteng anti peluru berpandu buatan Amerika. Iron Dome ini di hebohkan sebagai benteng pertahan  yang mustahil di tembusi. 

Dari klip video yang kini jadi tontonan awam dalam YouTube jelas  terbukti bahawa Iron Dome ini telah gagal menembak jatuh  Fattah 1 yang lajunya 16,000 ke 18,000 kilometer sejam. Dari Iran ke Israel  Fattah 1 akan mengambil masa hanya 12 minit sebelum meledak.

Iran bukan sahaja menyerang dengan peluru berpandu. Malah beratus-ratus drone yang membawa bahan peledak telah berjaya meluncur masuk ke Israel. Drone Iran aktif   diseluruh Israel. Banyak yang gagal meledak tapi yang berjaya telah membawa malapetaka  kepada Zionis Israel.

Amat jelas bentuk perang kali  ini telah berkalih jauh dari zaman Perang Dunia Ke dua atau Perang Vietnam atau Perang Iraq.  Hari ini teknologi  AI dan sistem satelit saling bantu membantu untuk serang menyarang. 

Ketika tulisan ini di garap  belum dapat dilihat apa penyudah perang  ini. Apa yang dunia lihat sekarang ialah  Iran semakin banyak mendapat sokongan.  Rusia  yang ada Perjanjian Pertahanan dengan Iran jelas menyokong Iran. China  juga telah menyatakan simpati kepada Iran.  China membeli minyak dari Iran walau pun Iran  menghadapi sekatan ekonomi.

Apa bentuk bantuan dari negara-negara ini mustahil akan kita ketahui.

Apa yang paling menarik ialah sikap  Putera Muhamad Bin Salman (MBS) dari Saudi Arabia. Umum tahu bahawa Saudi ialah tanah jajahan Amerika tetapi kali ini MBS telah membuat kenyataan  menyelar dan mengutuk Israel.

Sikap Turki dan Pakistan cukup jelas. Dua negara yang memiliki kekuatan tentera ini mengutuk Israel dan mahu Israel menghentikan  serangan.

Satu negara Arab yang dilihat belot ialah Jordan. Bukan sahaja tidak  bersimpati terhadap Iran malah peluru berpandu yang melintasi ruang udara Jordan telah di tembak jatuh oleh tentera Jordan. 

Tabik hormat wajib diberikan  kepada Kim Jong Un dari Korea Utara. Negara ini  kini menjadi rujukan  bukan sahaja kepada Iran malah kepada banyak negara lain di Dunia Ke Tiga. Korea Utara dibuli. Ekonomi disekat tetapi tidak ada sesiapa berani menyerang negara ini kerana Korea Utara memiliki senjata nuklear.

Akhirnya Iran jika terus di sekat, jika terus di serang jika  terus di asak ke dinding maka Iran akan mengambil dasar seperti Korea Utara yang memiliki senjata nuklear.  Malah telah di dengar suara dari  Tehran bahawa ada kemungkinan Iran akan  keluar dari Perjanjian Nuklear IAEA – Internasional Atomic Energy Agency. 

Perjanjian IAEA ini tidak membenarkan mana-mana negara untuk membuat bom nuklear.  Negara  yang menanda tangani perjanjian ini hanya dibenarkan menggunakan tenaga nuklear untuk kegunaan  tenaga leterik. Pegawai dan pakar dari lembaga IAEA akan memeriksa  fasilitas nuklear  mana-mana negara dari masa ke semasa.

Pada ketika ini Netanyahu dan Israel sedar bahawa projek untuk memusnahkan fasilitas nuklear Iran ini adalah mustahil. Israel tidak memiliki bom Bunker Buster. Bom ini boleh menerbus masuk sejauh 200 kaki  ke dalam bumi untuk meledak.

Fasilitas  nuklear Iran semuanya  di simpan dalam perut bumi di wilayah gunung ganang. Justeru Netanyahu mahu  menjerut leher Amerika untuk turun sama memerangi Iran.  Hanya pesawat B2 dari Amerika sahaja yang berupaya membawa bom seberat 13,600 kg  atau yang kecil sedikit beratnya 2,300 kg.

Netanyahu sedaya upaya sedang membuat helah agar Amerika masuk sama memerangi Iran.  Justeru jangan terperanjat jika Israel membuat Operasi Salah Bendera -  dimana Israel sendiri akan mengebom kapal Amerika dan menuduh ini kerja Iran.  Projek  seperti ini bukan satu yang mustahil untuk Israel.

Akhir-akhir ini Netanyahu telah menambah satu lagi tujuan menyerang  Iran : Regime Change – Mengubah Kerajaan.  Dalam ucapan kepada media Netanyahu telah menyeru agar warga Iran bangun memberontak dan menjatuhkan Kerajaan Republik Islam Iran. 

Netanyahu sedar bahawa selagi kerajaan Republik Islam Iran wujud di bawah  garis politik Islam yang dipimpin oleh Alim Ulama – Zionis Israel akan terus berhadapan dengan Iran.  Republik Islam ini  mustahil dimandulkan seperi Mesir atau Iraq.

Iran dengan garis politik Islam  telah  menjanjikan bahawa regime Zionis Israel akan di kebumikan.  Palestin dari sungai ke laut pasti  merdeka. Umat  Islam di seluruh dunia boleh kembali bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.  Inilah janji suci Iran kepada umat dunia. Amin. (TT)



TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/news/746429