Khamis, 19 Jun 2025

TAHNIAH PARTI ISLAM PAS !!!




PAS Serah Memorandum, Nyata Sokongan Kepada Iran


KUALA LUMPUR, 19 Jun 25 – PAS menyatakan solidariti dan sokongan rasmi kepada Iran yang sedang menghadapi konflik dengan Israel.

Sokongan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang dihantar secara rasmi kepada kedutaan republik Iran.

Delegasi PAS diketuai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi serta Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

“Ini jelas merupakan satu bentuk pencerobohan terhadap sebuah negara berdaulat.

“Iran telah menandatangani perjanjian antarabangsa berkaitan program nuklear, sedangkan Israel langsung tidak terikat dengan mana-mana konvensyen dan perjanjian, bahkan terus bertindak secara unilateral dan ganas,” katanya, dalam sidang media  selepas pertemuan rasmi di Kedutaan Iran di ibu negara.

Tegas Khalil, serangan Israel terhadap Iran adalah melampaui batas, lebih-lebih lagi berlaku ketika negara tersebut sedang mengadakan rundingan diplomatik bersama kuasa-kuasa besar dunia berkaitan program nuklearnya di bawah seliaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Khalil tidak menolak tindakan Israel itu bermotifkan dendam terhadap pendirian tegas Iran yang secara konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang penubuhan negara haram Israel sejak tahun 1948.

“Umat Islam di seluruh dunia harus menolak sikap was-was dan curiga terhadap sesama umat. Sudah tiba masanya kita bangkit bersatu — tanpa mengira mazhab, kaum atau latar belakang — untuk menunjukkan pendirian bersama terhadap kezaliman yang berlaku,” katanya.

Dalam pertemuan tersebut, memorandum rasmi dari Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut diserahkan kepada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia.

Memorandum itu antara lain menyatakan kecaman terhadap tindakan Zionis serta menyeru agar seluruh dunia Islam bertindak balas secara kolektif dalam platform diplomasi dan advokasi global.

PAS juga memberi jaminan akan menggerakkan pelbagai usaha lanjutan termasuk membawa usul khas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) bagi mengutuk serangan tersebut.

PAS turut merancang mengadakan siri program kesedaran seperti siaran langsung, ceramah, forum dan wacana umum bagi memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap isu yang berlaku. @politiko.my


TAHNIAH !!!

PENDIRIAN TEGAS

AMIN

BUKAN WAYANG

PELOK PELOK

ISMAIL HANIYEAH

TAPI JUAL

LAPANGAN TERBANG

MALAYSIA

PADA  YAHUDI ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

KHALAS

ANWAR TERUS DILIHAT BODOH


ANWAR TERUS

DILIHAT BODOH

KHALAS 

KAMBOJA JADI PROVINSI CHINA MERAH



Kemboja adalah pusat penipuan dalam talian global - PBB


BRUSSELS: Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) mendedahkan Kemboja sebagai hab utama global bagi pelbagai kes jenayah dalam talian.

Antara kes utama termasuk penipuan berkaitan jenayah terancang rentas sempadan, jenayah siber dan operasi penipuan dalam talian.

Kajian terbaharu UNODC itu turut menerbitkan peta pusat penipuan global, sekali gus memberikan gambaran jelas skala serta geografi aktiviti berkenaan.

Peta yang disusun UNODC itu menunjukkan beberapa pusat penipuan wujud di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.

Menariknya, berbeza dengan anggapan umum bahawa Myanmar menjadi pusat utama penipuan di rantau ini, dapatan baharu mendapati Kemboja kini muncul sebagai lokasi paling aktif dalam operasi penipuan siber.

Antara lokasi utama yang dikenal pasti ialah Sihanoukville, yang disenaraikan UNODC sebagai antara pusat penipuan terbesar di Kemboja.

Laporan itu turut menumpukan kepada pelaburan asing secara besar-besaran di kawasan berkenaan, yang berkembang menjadi 'markas selamat' dan tapak operasi bagi sindiket penipuan global.

Ia menyasarkan mangsa dari serata dunia termasuk Thailand, baik untuk ditipu atau dikurung dan dipaksa bagi melakukan penipuan dalam talian selepas diperdaya dengan peluang pekerjaan bergaji lumayan.

Poipet, sebuah bandar sempadan bersebelahan Aranyaprathet di wilayah Sa Kaeo, Thailand, turut dikenal pasti sebagai pangkalan strategik rangkaian jenayah yang berhasrat menembusi pasaran Thailand.

Bagi kawasan selatan dan lebih pedalaman, ibu negara Kemboja, Phnom Penh, bandar Bavet dan wilayah Preah Sihanouk turut tersenarai.

Ini mencerminkan bahawa industri penipuan itu kini tidak lagi tertumpu di kawasan sempadan sahaja, malah sudah berkembang ke bandar utama termasuk ibu negara.

Perkembangan ini menunjukkan betapa meluas dan berakar umbinya kegiatan jenayah siber di Kemboja.

Laporan UNODC turut mengaitkan fenomena itu dengan gabungan rumit kuasa politik, tekanan ekonomi dan jenayah rentas negara yang kini membentuk cabaran dalaman serta antarabangsa buat negara itu.

Antara kebimbangan utama masyarakat antarabangsa dan UNODC ialah bukti yang semakin kukuh mengenai kaitan kewangan secara langsung antara elit politik Kemboja dengan industri penipuan siber.

Sebahagian besar 'pusat penipuan' beroperasi dengan bertopengkan pelbagai perniagaan sah.

Antara kes utama membabitkan Kumpulan LYP, yang memegang konsesi di Zon Ekonomi Khas Koh Kong. Anak syarikatnya termasuk Koh Kong International Resort Club dan Export-Import.

Kumpulan ini sudah disenarai hitam dan dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan terbabit dalam rasuah, pemerdagangan manusia, buruh paksa dan penipuan dalam talian.

Lebih mengejutkan, seorang anak saudara bekas Perdana Menteri, Hun Sen, turut dikaitkan dengan operasi penipuan dalam talian berskala besar, termasuk menggelapkan aset digital melebihi AS$49 bilion (RM230 bilion) sejak 2021.

Beliau juga dikatakan mempunyai hubungan dengan Kumpulan Huione, iaitu konglomerat besar yang dituduh menjalankan transaksi kewangan haram merangkumi pengubahan wang haram dan kecurian siber di seluruh rantau ini - AGENSI


NEGARA

KAMBOJA & BURMA

JADI PROVINSI

CHINA MERAH

AMIN

BOSS SCAM INI

INI ADALAH

WARGA CHINA

KHALAS

PATRI ANAK BERANAK SUSAHKAN ORANG RAMAI


PARTI ANAK

BERANAK

SUSAHKAN 

ORANG RAMAI

AMIN 

Unknown commented on 
"PARTI ANAK BINI 
SUSAHKAN RAKYAT"

& rakyat tunggu apa lagi jom turun ramai ramai turun !! non dah ada penasihat deputy kat qumah & pencen kah kah kah sosok turun rakyat dan negara naik boleh enjoi d menjoi.

Unknown commented on 
"TURUNKAN ANWAR
 CUKAI AKAN TURUN"

nuar tak akan turun sentiasa naik.. tengok bangla pun naik..you suka... sambil tunjuk pisang naik

MENTERI CAP PELIR


BUKAN MENTERI

CAP SARDIN TAPI

MENTERI CAP 

PELIR

AMIN


Unknown commented on
 "BEBAN CUKAI SST"

Mana Pak Menteri Tin Sardin? Nanti dia kata makan buah tempatan, buah kurma buah epal buah oren semuanya import masuk, tidak untung, kah kah kah kan dah biasa karenah orang bodoh kita, dia akan cari Nas Nas yang sesuai nanti, apabila tersilap tersasul cepat minta maaf, tersilap tetapi apabila cuba menyembunyikan kebodohan nampak sangat pusing cerita kah kah kah GST pun dia cakap General Service Tax kah kah kah, 

inilah tahap penasihat sekarang, yang pasti yang ada keliling dia sengaja kot menghancurkan atau sengaja sabotaj, itulah jadi apabila yang dapat C dinaikkan jadi JUSA, yang dapat A jadi kerani saja kah kah kah semuanya berakhir dengan kelemahan akademik kelemahan pemikiran kelemahan syawat ops silap syawat diutamakan kriteria utama yang kahwin dua tiga akan jadi bakal Ketua Negara kah kah kah




 

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 19 JUN 2025

IRAN TERUS SERANG ISRAEL 

 ESOK KITA BERDEMO


FATTAH 1 SENJATA CANGGIH
Iran terus melancarkan peluru berpandu Fattah 1 membedal Israel. Ini  peluru berpandu hiper sonik – saya ulang -  hiper sonik.  Peluru ini berjaya menggagalkan IRON DOME buatan Amerika. Perisai ini dikatakan tercanggih dan terhebat dalam dunia. Hampeh karut  - Iran membuktikan kemandulan Iron Dome . Amin.

LARANG LARANG 
Israel kini melarang warga dari mengambil klip video yang menunjukkan runtuh rantah dalam Israel. Ini kerana  klip klip yang keluar dalam media sosial membuktikan kejayaan Iran. Kah kah kah.

BUNGKER BUSTER
Fasilitas nuklear Iran tersimpan dalam bumi. Bukan saja bumi malah dalam gunung. Hingga ke hari ini Zionis Israel gagal memusnahkan fasilitas ini. Justeru Setanyahu mahu Amerika masuk memerangi Iran.  Hanya Amerika ada bom BUNGKER BUSTER yang berat 2000+++ pound yang boleh meledakkan gunung. Bom berat ini hanya boleh di angkut dengan pesawat B2 – hanya Amerika ada.

MINYAK MINYAK MINYAK
Jika Amerika masuk campur perang akan merebak. Harga minyak akan melonjak naik. Selat Hormuz wilayah Iran akan  menghalang laluan minyak. China dan Jepun akan  gelabah tanpa  bahan bakar minyak petrol.

ESOK JUMMAT KITA BERDEMO
Kawan-kawan  mari kita turun beramai-rami esok – jam 2.00 petang. Kita BERHIMPUN di Dataran Tabung haji.  Dari sana kita berarak ke kedutaan Amerika.

Marilah bersama-sama bersetia kawan – bersolidariti – dengan Iran.

IRAN
Ayatollah Khamenei berkata – Amerika jangan masuk perang ini. Nanti menyesal. Ayatollah juga berkata: Iran TIDAK akan menyerah kalah.

RUSIA
Timbalan Menteri Luar  Rusia Sergei Ryabkov memberi Amaran kepada Amerika : Jangan serang Iran.

AMERIKA
Trump berkata dia belum membuat keputusan nak serang atau tidak serang Iran.

GAZA
144 mati dalam masa 24 jam kemarin di bunuh oleh Zionis Blackrock.

JEPUN
Mencatat cuaca panas yang bukan bukan.  Suhu naik ke 35 Celsius dalam 14 bandar di Jepun.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Matahari dah keluar. Cahaya amat lembut Langit biru pucat macam ada air nak gugur.

Di Pintu Masuk atas bukit kiri Tekukur bersuara. Dalam gaung kanan Jantan berkokok.  Dalam belukar Cengkerik bersimponi.

Ha ha Kiok Kiok Kiok – suara kuat – gua tak tahu burung apa. Ini suara baru.  Di langit  deraman pesawat nak ke KLIA.

Hari ini pasti panas. Tak Tak dan berjemur di balkoni.

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
Kebahagiaan bukan datang dengan sendiri. Semua bergantung dari apa lu buat.

BRO
Hidup ini pertanyaan. Bagaimana kita menjalani hidup itulah jawapannya.

BRO
Kerja lu kemarin tak siap lu sambung dan teruskan hari ini. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA