Ahad, 2 November 2025

CONTOH MANUSIA BAIK



Peguam sebak lepas menang kes bantu 93 pekerja migran

Biasanya pekerja yang berdepan dengan proses peundanganlah yang menjadi emosional apabila kes mahkamah memihak kepada mereka. Tetapi kali ini bukan pekerja yang begitu.

Semasa menceritakan perjuangannya membantu 93 pekerja migran mendapatkan hak mereka, Sahain Nada Puthucheary, 28, bergelut untuk menahan air matanya daripada mengalir.

Dia bersama rakannya, Joachim Xavier, berjuang – dan menang – untuk menuntut gaji tertunggak para pekerja terbabit yang berjumlah lebih RM760,000. Para pekerja itu membuat tuntutan daripada bekas majikan mereka, Aecor Innovation Sdn Bhd (Aecor Innovation).

“Saya berasa gembira kerana mereka mendapat apa yang dijanjikan dan mereka tahu bahawa tak ada sesiapa yang boleh menipu mereka,” kata Sahain Nada kepada Malaysiakini semalam.

ADS

“Atau jika mereka ditipu, mereka ada hak untuk membetulkannya. Saya fikir itu yang paling penting – mereka tahu yang hak mereka dihormati.”

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengesahkan keputusan mahkamah buruh tahun lalu lepas bahawa Aecor Innovation berhutang gaji tertunggak kepada pekerja.

Para pekerja terbabit kemudian membawa kes berkenaan untuk dirayu di mahkamah tinggi.

Sepanjang tiga tahun, Sahain Nada berkata, cabaran paling sukar dihadapinya dalam kes itu ialah memahami realiti perjuangan pekerja untuk terus hidup, selain meneliti hampir 100 rekod individu untuk membuktikan hak mereka untuk dibayar.

ADS

Gambaran sebenar hari ini

Ia merupakan kes buruh pertama yang dikendalikan oleh sekutu kanan di firma Xavier and Koh Advocates and Solicitors itu.

“Memahami dari mana datangnya mereka adalah bahagian yang paling sukar bagi saya kerana saya tak pernah melihat cara kerja dalaman keadaan mereka - bagaimana mereka mendapatkan makanan, gas untuk memasak.

“Saya tak tahu apa-apa tentang ini, tetapi dengan kes ini saya banyak belajar,” katanya.

Kesedihan pekerja itu mula didedahkan dalam laporan berkaitan penipuan kuota oleh Malaysiakini pada Nov 2023.

Melalui laporan itu sindiket pengambilan pekerja migran melibatkan enam syarikat Malaysia didakwa membawa masuk ratusan warga asing menggunakan dokumen palsu dengan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem kerajaan.

Secara kolektif, enam syarikat itu didakwa memohon lebih daripada 4,000 pekerja namun mendapat kelulusan kuota seramai 1,625 warga asing. Mereka mula dibawa masuk ke negara ini pada Jan 2023 namun mendapati tiada sebarang pekerjaan di sini.

Semalam, peguam berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk memihak kepada 93 pekerja terbabit beserta kos dan lebih RM750,000 jumlah tuntutan, termasuk RM120,000 untuk potongan haram bagi bil telefon, tempat tidur, peralatan dan kos pembersihan.

ADS

Mahkamah menetapkan mereka perlu diberikan upah – namun sebelum ini tidak dibayar – antara RM2,000 hingga RM11,000 kepada setiap seorang selepas hakim menolak hujah Aecor Innovation bahawa pembayaran gaji adalah bersyarat pada kerja sebenar yang dilakukan.

Susulan penghakiman itu, Sahain Nada berkata kepada dua pekerja migran yang mewakili kumpulan itu: “Anda bekerja RM1,500 selama sebulan, anda mendapat RM1,500 selama sebulan. Jika anda melakukan kerja lebih masa, anda mendapat kerja lebih masa. Itulah yang dikatakan oleh mahkamah ini.

“Tiada siapa yang boleh mengatakan anda perlu menunggu permit kerja anda atau anda perlu potong (gaji) kerana anda merosakkan katil.

“JTK (Jabatan Tenaga Kerja) betul dan anda semua juga betul kerana menuntut wang anda.

“Jadi anda semua melakukan sesuatu yang sangat-sangat berani. Anda semua berjuang untuk hak anda dan hari ini mahkamah memberitahu anda, anda betul kerana berjuang,” jelasnya.

Tak masuk akal

Para pekerja sejak itu memperoleh pekerjaan dengan syarikat perkapalan gergasi multinasional, Maersk.

Dalam keputusannya semalam, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Narkunavathy Sundareson, mengulangi keputusan mahkamah buruh (JTK) bahawa majikan tidak boleh melayan pekerja asing sebagai “kumpulan buruh simpanan” dan menegaskan bahawa ia “salah sama sekali”.

Sahain Nada berkata dia membacakan petikan yang sama semasa penghujahan kerana ia penting untuk memberikan gambaran tepat bagaimana pekerja migran dilayan hari ini.

“Mereka menggunakannya sebagai stok. Tidak masuk akal sama sekali untuk membawa masuk orang dan membiarkan mereka menunggu anda berpeluang untuk menjana wang.

“Tiada siapa yang datang dari negara lain hanya untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Seorang pekerja yang hadir – tetapi enggan dikenali – berkata dia sangat gembira dengan keputusan mahkamah dan menyeru semua pekerja migran lain yang membuat tuntutan di JTK agar meneruskan usaha mereka.

“Insya-Allah, jika anda tidak melakukan kesilapan dalam proses (undang-undang) dan dengan perpaduan dan kepelbagaian kita, anda akan memenangi kes ini,” kata pekerja itu.

MANUSIA BAIK

BERADA DIMANA2

AMIN

 APAKAH NANTI

TRUMP AKAN

ARAHKAN

ANWAR IBRAHIM

UNTUK MERAYU

AMIN

KERANA INI

BAHAYA UNTUK

KAUM KAPITALIS

DAN SYARIKAT

AMERIKA

AMIN

KHALAS

PENCERAHAN DARI PEGUAM


PENCERAHAN

DARI PEGUAM

AMIN

ITAM BUNUH ITAM


Ribuan rakyat Sudan dalam bahaya besar selepas El-Fasher jatuh kepada RSF

PELABUHAN SUDAN: Ribuan orang awam dipercayai terperangkap dan berdepan bahaya besar di El-Fasher selepas bandar itu jatuh ke tangan pasukan separa tentera (RSF), kata pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) hari ini, sementara Menteri Luar Jerman menyifatkan keadaan di sana sebagai 'amat mengerikan'.

RSF yang berperang menentang tentera Sudan sejak April 2023, menawan El-Fasher Ahad lalu, sekali gus menyingkirkan tentera dari kubu terakhirnya di wilayah Darfur selepas pengepungan selama 18 bulan yang diselubungi kebuluran dan serangan udara.

Sejak kejatuhan bandar itu, timbul laporan mengenai pembunuhan tanpa bicara, keganasan seksual, serangan terhadap petugas bantuan, rompakan dan penculikan, manakala komunikasi masih terputus hampir sepenuhnya.

Mangsa yang terselamat dan tiba di bandar berhampiran, Tawila, memberitahu AFP mengenai pembunuhan beramai-ramai, kanak-kanak ditembak di depan ibu bapa mereka serta orang awam dipukul dan disamun ketika melarikan diri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan lebih 65,000 penduduk melarikan diri dari El-Fasher sejak Ahad, namun puluhan ribu lagi masih terperangkap.

Sebelum serangan terakhir RSF, dianggarkan 260,000 orang tinggal di bandar itu.

"Sebilangan besar penduduk masih berada dalam bahaya besar dan dihalang oleh RSF serta sekutunya daripada menuju ke kawasan yang lebih selamat," kata MSF.

Menurut pertubuhan itu hanya sekitar 5,000 orang berjaya tiba di Tawila, kira-kira 70 kilometer ke barat.

"Jumlah pelarian yang tiba tidak sepadan, sementara laporan mengenai kekejaman besar-besaran semakin meningkat.

"Di manakah semua mangsa yang sudah pun bertahan berbulan-bulan dalam kebuluran dan keganasan di El-Fasher?

"Jawapan yang paling mungkin, meskipun menakutkan ialah mereka dibunuh, dihalang atau diburu ketika cuba melarikan diri," kata Ketua Kecemasan MSF, Michel Olivier Lacharite.

Dalam pada itu, pada Jumaat, PBB memaklumkan bahawa angka korban akibat serangan RSF ke atas bandar itu mungkin mencecah ratusan orang, manakala sekutu tentera menuduh kumpulan separa tentera berkenaan membunuh lebih 2,000 orang awam.

Makmal Penyelidikan Kemanusiaan Universiti Yale pula pada hari sama menyatakan pembunuhan besar-besaran berkemungkinan masih berterusan di dalam dan sekitar El-Fasher.

Makmal yang menggunakan imej satelit dan maklumat sumber terbuka untuk mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia semasa konflik, berkata imej baharu yang diperoleh pada Jumaat menunjukkan 'tiada pergerakan besar-besaran' penduduk melarikan diri dari bandar berkenaan, menimbulkan kebimbangan bahawa sebahagian besar penduduk mungkin 'terbunuh, ditawan atau bersembunyi'.

Makmal itu mengenal pasti sekurang-kurangnya 31 gugusan objek yang dipercayai mayat di kawasan kejiranan, perkarangan universiti dan tapak tentera antara Ahad hingga Jumaat.

"Tanda-tanda pembunuhan besar-besaran masih berterusan jelas kelihatan," kata kenyataan makmal itu.

Pada satu persidangan di Bahrain hari ini, Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul menyifatkan keadaan di Sudan sebagai 'benar-benar apokaliptik' dan 'krisis kemanusiaan terbesar di dunia'.

Beliau menegaskan RSF sebelum ini berikrar untuk melindungi orang awam dan mesti dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka.

Dalam ucapan pada acara sama, Menteri Luar Britain, Yvette Cooper, turut menyifatkan laporan kekejaman yang berlaku sebagai 'amat mengerikan'.

"Pembunuhan beramai-ramai, hukuman mati tanpa bicara, kebuluran, dan penggunaan rogol secara kejam sebagai senjata perang dengan wanita serta kanak-kanak menanggung beban paling besar dalam krisis kemanusiaan terbesar abad ke-21," katanya.

Khamis lalu, RSF mendakwa menahan beberapa pejuang yang disyaki terbabit dalam kekejaman ketika menawan El-Fasher, namun Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher, mempersoalkan komitmen kumpulan itu untuk menyiasat jenayah berkenaan. - AFP


PERANG ITAM

SAMA ITAM

AMIN

ITAM MATI

ITAM  BULUR

TAK MAKAN

AMIN

ORANG PUTIH

JUAL SENJATA

AMIN

TOK ARAB 

YANG BAYAR

KHALAS

TOLAK AGEN ZIONIS AMERIKA


PARAMESWARA

DAH TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

BERSATU TOLAK

AGEN ZIONIS

AMERIKA

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

Unknown commented on
 "RAMAI AKAN DIBUANG KERJA ?"

Orang yang berusia 50 tahun keatas, belajar sejarah bermula dengan Parameswara, ini cerita putera raja yang melarikan diri dari Raja Majapahit, seterusnya kisah kancil menendang anjing buruan Parameswara, tetapi semua ini berlaku sebelum Islam masuk nusantara, tetapi semuanya ditukar diselia dialihkan menjadi sejarah buatan sendiri oleh prof prof Kangkung satu Malaysia kah kah kah 

terbaharu terjumpa kayu kapal zaman Parameswara, woit sudah mula bergaduh sudah mula kutuk mengutuk, sudah mula berdengkur tidur kah kah kah inilah tahap kemahiran pemikiran kita sekarang kah kah kah sejarah pun diputarkan mengikut kehendak pemerintahan, inikan pula penjajahan baru oleh Maharaja Trump, tak ada apa-apa yang pelik semuanya halal bagi belaka kah kah kah

TT CADANG BEKAS KETUA HAKIM NEGARA



TT CADANG

BEKAS KETUA

HAKIM NEGARA

AMIN

Unknown commented on 
"RAFIZI MULA BERSUARA BILA MADAKA GADAI NEGARA"

Ya sosok formula ganti pmx...tarak orang lain ka? Kita dah serik dengan sesiapa yang dari parti politik. Phuiiiiii...semua 100% semua tak bleh pakai..baik dari parti mana mana pon..semua cheebai....kita kena turun jalanraya..ambil alih pentadbiran negara...

maka dengan ini saya mencalonkan diri saya sebagai pm11..kakakaka..manifesto saya no.1 semua tukar ic..ada warga malaysia..dengan warga bukan malaysia tarak koling cina iban dusun asli bagai..fuck that..and fuck you too..kakakakaka

PAGI INI



PAGI INI 

PAGI INI

AHAD 2 NOVEMBER 2025

ZIONIS ISREAL


DUTA ISRAEL DI KUALA LUMPUR
Apakah kerajaan Awar Ibrahim akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Zionis Isreal apabila Saudi mengadakan hubungan diplomat dengan Isreal?

Turki yang  klim di pimpin oleh Pari Islam Ikhwan – adalah sahabat baik Israel  – Malah ramai Melayu tak sedar Turki NEGARA ISLAM PERTAMA IKTIRAF ISRAEL – bila ? Pada tahun 1949 – Amin

Negara Islam Arab seperti Moroko  dah iktiraf Zionis Israel.

Malaysia bila ?

Alangkan molek jika Anwar Ibrahim adakan hubungan diplomatik dengan Israel sekarang. Nama Anwar akan di ingat sepanjang masa – Sesudah  gadai Tanah  Melayu  pada Zionis Amerika makan jalan seterusnya ialah hubungan diplomatik dengan  Zionis Israel. KHALAS.

SELUDUP CHIP KE CHINA
Agensi berita Reuters telah melaporkan bahawa  seorang anggota KONGRES AMERIKA telah meminta Trump menamatkan seludupan chip dari Malysia ke China. Kenapa minta Trump uruskan kan – Trump bukan PM Malaysia kah kah kah.

INI lah hasil PERJANJIAN MADAFAKA dengan ZIONIS AMERIKA – kini  hal kepolisan Malaysia juga akan di urus oleh Trump. Amin.

BUAH MANGGIS
Kemarin gua di Chow Kit  - wow  - gua cari buah – gua suka  makan buah tempatan – tapi makan juga buah  luar  – Blueberry Apple   dan Kiwi –  ini gua  ikut nasihat Dr YouTube. Gua pilih buah tempatan dan tropika – ini janji gua pada diri gua kerana 20 tahun gua di nafi makan buat tropika.

Kemarin BUAH MANGGIS 23 RINGGIT sekilo – kah kah kah...  ini harga Manggis paling mahal – kerana berbuah di luar musim –manggis  ini dari  Medan ? dari Siam ? – untung betul tuan punya ladang manggis – biasanya  - harga manggis dari 12RM ke  8 RM – boleh juga turun ke 6RM. Kemarin satu rekod.

Tapi Kiwi dah turun  harga – musim dah masuk – 8 butir 10RM – paling menarik ialah BUAH DELIMA – dah musim – ada dari Sepanyol – ada dari Mesir – ada dari India – bole beli yang  4 bijik 10 RM dari Sepanyol – dari India dan Mesir mahal  sampai  10 Rm sebiji.  Kenapa ? Kerana isi merah – dari Sepanyol isi MERAH JAMBU.

GAZA
Bom terus meledak. Peluru terus bersimpang siur. Makanan  masih tak sampai – Warga masih di tembak mati – keyakinan terhadap GENCATAN  SENJJATA  merosot.

AMERIKA
Trump ancam akan hantar askar Amerika ke Nigeria. Ini kerana Orang Kristian dibunuh  beramai-ramai di Nigeria – Trump tuduh ada genosid terhadap penganut Kristian di negara ini.

CHINA
Di persidangan APEC – China mencadangkan di tubuh BADAN untuk mengawal AI.

ISREAL
Tiga mayat yang di hantar pulang oleh Hamas di tolak oleh Isreal. Menurut Israel ini bukan mayat tawanan.

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering – kemarin panas  berdesing. Matahari  bercahaya lembut.  KL & KL Sental berjerebu nipis.

Langit  dilihat biru dengan awan putih – tanda hari ini akan panas.

Tekukur dan Tiong bersuara. Mesin rumput juga bersuara. Pemotong rumput tak cuti hari Ahad.

Awalnya gua nampak dari jauh  di hadapan pokok Ara – kosong – mana dah pergi Siti dan keluarga?  – tapi bila gua hampiri semua turun – mereka berehat dalam Wakaf.

Pagi ini ada 10  ekor  datang makan.  Enam ekor Puppy dan  dua emak – Dua Jantan Baik – semua gumbira dapat makan nasi dengan debu daging.

Ha ha ha – berjalan pulang – di Hutan Tepi Pagar  - suara murai berkicau – indah merdu melayan pagi 

TERTIBA – gua terdengar suara HOW WOW –  burung ini dah datang kembali. Berlagu  dari pokok tinggi yang sama -  gua senyum -  Kemana menghilang selama ini?

Berapa lama How Wow akan singgah di Hokkien sebelum berkelana lagi ?

Hari ini akan panas – jika malam berangin – pasti enak santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

BRO
Jika lu bersendirian lu akan dapat dengar suara hati lu.

BRO
Bila lu bersendirian  lu akan bertemu kawan sejati yang paling baik. Kawan ini ialah diri lu sendiri.

BRO
Bila lu bersendirian – suasana hening – lu akan mula mencari makna hidup. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI