Selasa, 11 November 2025

TANAH MELAYU JADI TANAH JAJAHAN AMERIKA



Duta AS diselar 'kurang ajar' selepas kerajaan Anwar diberi amaran jangan langgar garis merah

Pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid berkata duta Amerika Syarikat ke Malaysia melanggar batas diplomatik apabila membayangkan akan ada kesan sekiranya Putrajaya meneruskan permohonan menganggotai blok BRICS susulan sebuah perjanjian kontroversi yang dimeterai bersama Washington pada 26 Oktober lalu.

Menurutnya, kenyataan Duta Besar AS Edgard D Kagan itu mengesahkan Washington berhak menentukan hala tuju Malaysia berdasarkan perjanjian timbal balik AS–Malaysia yang kini berdepan kecaman orang ramai.

"Dalam perjanjian ini, kalau kita nak masuk perjanjian dagang lain, kita tak boleh merisikokan kepentingan AS. Jika kita nak masuk BRICS, kena tanya AS.

"Ataupun nak jadi ahli BRICS, kena tanya AS. Nak buat rundingan perjanjian dengan EU, kita kena tanya AS. Itu yang kita kata tindakan ini sudah melampaui batas, sampai ada yang kata negara ini dihina dan dipijak sesuka hati," katanya dalam podcast Tiger Show baru-baru ini.

BRICS merupakan blok ekonomi yang asalnya dibentuk oleh Brazil, Rusia, India dan China, di mana Malaysia turut memohon menjadi anggota. Meskipun BRICS dilihat persaingan hebat kepada negara-negara barat khususnya AS, keahlian dalam BRICS bakal membuka pasaran luas untuk negara berdagang seperti Malaysia.

Kagan baru-baru ini menegaskan kemakmuran jangka panjang Malaysia kekal berpaksikan rantaian bekalan Barat, sambil menyambut baik perjanjian ditandatangani Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Presiden Donald Trump di Kuala Lumpur.

Di sebalik bantahan semakin lantang terhadap perjanjian itu yang disifatkan ramai pihak sebagai menggadaikan kedaulatan negara dan hak Malaysia menentukan dasar perdagangannya, Kagan berkata Washington menghormati hak kedaulatan tetapi "menetapkan beberapa garis merah dan akibatnya jika dilanggar".

Kagan juga dilaporkan berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS tidak seharusnya bercanggah dengan hubungan ekonomi kukuhnya dengan AS.

Antara komitmen Malaysia dalam perjanjian dengan AS itu termasuk janji untuk membekalkan sumber mineral tanpa had kepada AS, melonggarkan sekatan terhadap produk Amerika, serta menerima piawaian pengguna AS bagi sektor makanan dan farmaseutikal.

Baca: Belum pernah seorang PM atau menteri Miti serah kedaulatan, jadikan Malaysia 'pak turut', kata pakar

Ia juga menetapkan bahawa jika Washington mengenakan sekatan atau tarif terhadap mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara, Malaysia juga perlu turut mematuhinya.

Muhammed berkata syarat tersebut menjejaskan dasar bebas Malaysia dalam hubungan antarabangsa dan menggugat kepercayaan rakan dagang utama seperti China.

"China pun banyak melabur di sini. Kita sejak dahulu lagi merupakan negara dagang  dari zaman Melaka sampai sekarang. Kita selalu berdagang dengan semua pihak dan tidak pernah memihak kepada mana-mana kuasa.

"Tapi sekarang, macam mana kita nak kekal di tengah-tengah kalau kita sudah ambil sisi? Kawan yang satu lagi itu (China) jauh lebih besar, lebih kaya, dan lebih berpengaruh di rantau ini berbanding Amerika.

"Kalau China nampak kita dah belah sana, apa mereka akan buat? Mereka takkan percaya lagi pada kita," tambahnya.

"Sebab itu duta Amerika berani bercakap dengan lantang, sampai berani kata 'be careful who you choose'."

Dalam podcast yang sama, seorang wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)  turut mengecam Kagan.

Yazid Othman, felo kanan MTEM, berkata kenyataan "kurang ajar" Kagan "sedikit sebanyak menggambarkan apa yang mereka rasa tentang diri mereka terhadap Malaysia". 

"Walaupun perjanjian itu belum aktif, kenyataan seperti ini menzahirkan semangat sebenar perjanjian timbal balik," katanya.

Tegasnya, amaran seperti itu tidak sepatutnya diterima mana-mana negara berdaulat.

"Sejak bila maruah kita diperkotak-katikkan begini? Itu hak kita. Kita nak berniaga dengan siapa pun, itu hak kita. China pun tak pernah paksa kita," katanya.

Yazid berkata Malaysia sepatutnya mengekalkan dasar diplomasi seimbang yang selama ini membolehkan negara bekerjasama dengan semua pihak tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar.

"Inilah seni diplomasi yang kita banggakan  Malaysia mampu bekerjasama dengan semua pihak. Kita pernah menjadi suara utama dunia ketiga, memimpin OIC, menggerakkan Asean, dan menjalin hubungan rapat dengan China sejak 1970-an, waktu negara itu masih dianggap komunis dan dihina oleh Barat."



PERJANJIAN

ANWAR TRUMP

JADIKAN

TANAH MELAYU

TANAH JAJAHAN

AMERIKA

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA 

HUMBANKAN

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

SHUT THE FAK UP !!!



SHUT THE FAK UP

KAH KAH KAH

AMIN

PUSAT PENIPUAN SIBER DI ROBOH !



150 bangunan pusat penipuan siber dirobohkan junta Myanmar


YANGON: Tentera Myanmar memaklumkan telah merobohkan hampir 150 bangunan dalam operasi membanteras pusat penipuan internet terkenal berhampiran sempadan Thailand termasuk sebuah gimnasium, spa dan pusat karaoke.

Pusat penipuan itu berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar yang porak-peranda dan kurang dikawal, menempatkan pekerja menyasarkan pengguna internet yang diperdaya melalui penipuan cinta dan perniagaan bernilai puluhan bilion dolar setiap tahun.

Ramai pekerja ditipu dan dipaksa bekerja di pusat penipuan dalam talian itu, tetapi ada juga yang pergi atas kehendak sendiri, di mana mereka yang memperoleh habuan lumayan dan ketua sindiket hidup dalam kemewahan.

Bulan lalu, tentera Myanmar mengumumkan serbuan ke atas pusat penipuan terkenal, KK Park, dan berjaya menemui lebih 2,000 anggota sindiket selain menyebabkan 1,500 orang melarikan diri ke Thailand.

Dalam laporan terkini akhbar rasmi kerajaan The Global New Light of Myanmar, junta berkata ia menemui 148 bangunan termasuk asrama, sebuah hospital empat tingkat dan kompleks karaoke dua tingkat.

"Sebanyak 101 bangunan telah dirobohkan, manakala 47 bangunan lagi sedang dalam proses," lapor akhbar itu.

Setakat ini, AFP tidak dapat mengesahkan dakwaan itu, tetapi penduduk tempatan di Myanmar dan di seberang sempadan di Thailand melaporkan terdengar bunyi berbalas letupan sejak serbuan tentera Myanmar bermula.

Pakar berkata serbuan junta itu kemungkinan terhad, dirancang rapi dan disengajakan dihebahkan kerana tentera cuba menyeimbangkan tekanan antarabangsa untuk membanteras pusat penipuan tanpa terlalu menjejaskan keuntungan.

China adalah penyokong ketenteraan utama junta, tetapi penganalisis berkata Beijing kini semakin marah dengan penipuan meluas yang menyasarkan dan merekrut warga negaranya.

Namun, menurut pemerhati, tindakan terlalu keras boleh mengurangkan keuntungan yang membiayai keperluan kumpulan bersenjata (militia) yang menjadi sekutu utama junta dalam perang saudara melanda negara itu sejak rampasan kuasa 2021.

Pada Februari lalu, satu tindakan mendesak yang dipimpin China menyaksikan kira-kira 7,000 pekerja penipuan dihantar kembali ke negara asal dalam perpindahan besar-besaran yang mendapat liputan meluas di Myanmar.

Sementara itu, Thailand melaksanakan blok internet merentas sempadan bagi membendung operasi pusat penipuan itu.

Tentera Myanmar mengumumkan serbuan awal ke atas KK Park pada 19 Oktober selepas siasatan AFP mendapati pusat-pusat termasuk KK Park berkembang walaupun terdapat serbuan.

Malah, penerima internet satelit Starlink dipasang secara besar-besaran untuk mengatasi pemotongan internet oleh Thailand.

Selepas siasatan AFP, syarikat induk Starlink, SpaceX, berkata pihaknya telah memutuskan isyarat kepada 2,500 terminal internet satelit di kawasan berhampiran yang disyaki premis operasi pusat penipuan Myanmar. - AFP

APAKAH INI

BETUL BERLAKU

ATAU HANYA

TEATER

AMIN

ASKAR MYANMAR

CARI  DANA DARI

PENIPUAN INI

AMIN

ASKAR SIAM

PUN  DAPAT

BAYARAN

AMIN

INI MASALAH

ASEAN LEBIH

BESAR DARI

PERANG SEMPADAN

KHALAS

PANTASTIK


PANTASTIK

PANTATTIK

PANTAT TAIK

KHALAS

Unknown commented on
 "WARGA SABAH JANGAN TERLALU KERAS DENGAN ANWAR"

jangan marah... cakap pantatstik 3 kali saja.. jangan kata 40% .. 100% pun dia bole kasi..

kah kah kah

DEMO SEDANG DI RANCANG


JANGAN RISAU

DEMO SEDANG

DI RANCANG

MADAFAKA AKAN

DI JATUHKAN

KHALAS

Unknown commented on 
"KENAPA KITA 
TERUS JADI BODOH"

dah jadi doktor? berapa petani ketum serta ganja dah upah? macam nie doktor mana boleh cari makan? kau dah sapu semua! salah anwar juga ke? tak bagi awak khayal sepanjang masa? cubalah isap gam basikal lama-lama sikit. kah kah kah!


Unknown commented on 
"FUNG - WONG AKAN SAMPAI JUGA KE KAMPUNG GUA DI JELEBU"

salah anwar juga ke? bila nak demo? bila fung-wong nak tibai brickfield? kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 11 NOVEMBER 2025

DUNIA MAKIN PANAS


COP30
Persidangan Tahunan Iklim dunia sedang berjalan di Belem – kota paling hampir dengan hutan tropika AMAZON di Brazil. Setiap  tahun COP akan adakan perbincangan – Politikus – NGO – Aktivis – dan Pakar Iklim – Para Saintis – semua akan hadir. 

COP di bawah anjuran PPB. 

Dunia kita sedang sakit – menuju nazak – panas panas suhu panas makin naik – Ini bukan Tukar Tiub yang cakap – ini pendapat Para Saintis Iklim -  malah kajian mereka akan di bentang dan di debat – saban tahun di Persidangan COP.

Menakutkan : Kenyataan SU Agong PBB Antonio Guterres kata : Panas dah melintas tahap garis merah – kita belum ada jalan pulang.

Ini bermakna saban tahun dunia makin panas  - makin panas – iklim – cuaca – akan terus berubah.

Wahai umat manusia – tidak kah kamu  tahu bahawa MALAPETAKA KINI MENUNGGU  DI TEPI PINTU.

Yang Puki Mak  ialah orang seperti Trump yang kata Pemanasan Dunia ini berita palsu – Ini betul cibai busuk – Untuk gua amat mudah  untuk faham Global Warming – gua anak Jelebu – kawasan paling KERING DI MALAYSIA – kebelakangan ini dah ada banjir – Kemarin MET MALAYSIA  kata  Jelebu akan ada hujan lebat – INI TANDA IKLIM DAH BERUBAH. 

PANAS bawa mudarat – TEHRAN kini tak ada air – ada cadangan agar ibu kota Iran di pindah.

BANJIR – Kota Jakarta makin tenggelam – akan pindah ke Nusantara di  Kalimantan.

TAUFAN : Lihat sahaja – di Jamaica – taufan Melissa – memusnahkan pulau ini. Lihat saja – NOW SHOWING – Taufan sedang melanda Filipina dan Taiwan – Tempiasnya sampai ke Jelebu.

PANAS – Lihat saja di Afrika – tanaman mati – ternakan mati – warga  jadi PELARIAN IKLIM – kebuluran bila  sawah – jagung – gandum tak dapat di tanam kerana tak ada air.

Wahai umat manusia : tidak kah kamu sedar orang-orang terdahulu dari kamu – yang telah musnah di telan banjir di telan pasir. Lihat lah kota-kota mereka kini hancur musnah. Amin.

LALU GUA BERTANYA : sapa ganti NIK NAZMI – menteri alam sekitar ? Sapa wakil kita di COP30? Khalas

INDIA
Bom meledak dekar Red Fort New Delhi – lapan mati. Ini sapa punya kerja?

KAMBOJA – SIAM
Dua negara ini kembali bergaduh. Perjanjian di hadapan Trump yang di buat di ASEAN2025  tak jalan. Ini kerana Siam jumpa periuk api.

AMERIKA
Lebih dari 3000 penerbangan BATAL – ini kerana  PENGAWAL TRAFIK UDARA – tak datang kerja – gaji tak bayar . Bajet kerajaan Trump  dah lebih sebulan belum lulus.

CHINA
Karbon Co2 makin  menurun  hampir sifar di China. Ini kejayaan besar untuk melawan pemanasan dunia.

PERANCHIS
Bekas Presiden Sarkozy – telah 3 minggu dalam penjara - di benar keluar dari penjara untuk menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Mamat ini kena 5 tahun penjara KES RSUAH.

HOKKIEN
Pagi ini segar sejuk – kemarin hujan. KL & KL Sentral berkabus. Langit pucat putih – ada awan mendung – Matahari tak kelihatan.

Tapi di pintu masuk gua di sambut oleh Murai. Atas bukit Tekukur bersuara. Dalam belukar ada suara  Tiuk Tiuk Tikuk – entah burung apa – suara kuat. Di udara sebuah pesawat melintas ke KLIA.
Siti dan Warga Hokkien semua menunggu gua di Wakaf Pertama – mereka dah berhijrah dari Wakaf Ke Dua  - Pagi kemarin gua tak beri makan kerana hujan  – tapi petang gua sampai – PAGI INI   semua seronok makan.

Gua harap  hari ini akan panas –  ketika gua menulis cahaya matahari masih lemah – apakah akan hujan ?  Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM
SENYUM DI PAGI SELASA

BRO
Lu tak perlu balas dendam pada musuh lu.  Nak balas  dendam cara terbaik ialah lu jangan jadi macam dia.

BRO
Apa yang berlaku lu takda upaya untuk kontrol. Tapi lu ada  upaya untuk kontrol respons lu.

BRO
Bahagia ialah bila keinginan lu selari dengan kenyataan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAAT BEKERJA