Ahad, 27 September 2020

JANJI SANA JANJI SINI

 


JANJI SANA

JANJI SINI



FILEM TAMIL NOW SHOWING

 




FILEM TAMIL 

NOW SHOWING

Unknown commented on 

"YDP SABAH BEREHAT"

ini taktik filem Tamil purba, kalau polis nak masuk tangkap, sakit jantung, kalau perlu buat keputusan sukar, masuk hospital, biasa biasa saja, dalam hospital atur rundingan kowtim lah kah kah kah

MAT SOGEL SAILANG LAGI

MAT SONGEL

SAILANG LAGI

KAH KAH KAH 



Kalah di Sabah, 

Shafie dan Anwar

 bakal ‘perang besar’

Perang dingin antara Anwar Ibrahim dan Shafie Apdal walaupun parti mereka bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bakal bertukar menjadi perang terbuka selepas keputusan malam ini menyaksikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didokong Perikatan Nasional (PN).

Dan perang ini bukan sahaja bakal meretakkan lagi Pakatan Harapan (PH), akan tetapi bakal meranapkan harapan gabungan pembangkang itu untuk kembali ke Putrajaya, walaupun Anwar mengumumkan minggu ini beliau sudah cukup sokongan untuk mengambil alih kerajaan.

PH adalah platform di mana PKR dan Warisan bekerjasama pada pilihan raya umum lepas walaupun kedua-dia pemimpin parti itu “tidak satu kepala”.

Sumber yang dekat dengan Shafie berkata, bekas ketua menteri itu tidak teragak-agak untuk menyalahkan Anwar kerana hilang kuasa, 26 bulan selepas Warisan mengambil alih Sabah pada 2018.

Punca utama kekalahan dikatakan daripada sidang media Anwar di Kuala Lumpur minggu ini apabila presiden PKR itu mengumumkan beliau mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Pengumuman itu mengalihkan perhatian berkempen di Sabah apabila sebilangan besar pemimpin kanan PKR yang berkempen di Sabah pulang ke Kuala Lumpur ‘kononnya’ untuk menubuhkan kerajaan,” kata seorang pemimpin kanan PKR kepada MalaysiaNow.

Pada Rabu, Anwar ditemani isterinya dan pemimpin PKR, mengadakan sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, mengumumkan kerajaan Muhyiddin Yassin “tumbang” selepas majoriti ahli Parlimen menyokongnya termasuk daripada Umno.

MalaysiaNow difahamkan, selepas pengumuman Anwar, beberapa pemimpin tertinggi PH termasuk dari DAP yang sedang berkempen di Sabah, diminta untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk membentuk kerajaan di bawah pimpinan presiden PKR itu.

“Akan tetapi, antara yang buat keputusan untuk kekal berkempen di Sabah ialah Lim Guan Eng, walaupun ramai yang sudah pulang,” kata sumber PKR itu.

Ketiadaan pemimpin kanan ini untuk berkempen di Sabah menjejaskan Warisan Plus, gabungan antara Warisan, PKR, DAP, Amanah, dan Upko.

Pergeseran antara ‘bakal PM’

Shafie dalam perbualan tertutup mengatakan tidak akan membenarkan Anwar menjadi perdana menteri.

Persaingan antara Anwar dan Shafie bukanlah satu rahsia dalam kalangan pemain-pemain politik.

Shafie, seorang pemimpin politik Sabah yang berpengaruh dan pernah menjadi anggota Kabinet semasa zaman Najib Razak, dinamakan sebagai calon perdana menteri sekiranya PH cukup angka untuk kembali ke Putrajaya.

“Jadi, apa yang kita saksikan sekarang ialah dua calon bakal perdana menteri ke 9 berperang secara terbuka,” kata seorang pemimpin Umno di Kuala Lumpur apabila dihubungi MalaysiaNow.

Seorang ahli politik kanan yang dekat dengan pemimpin Umno dan PKR memberitahu MalaysiaNow perseteruan antara Shafie dan Anwar sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

“Dalam banyak perbualan tertutup, Shafie dengan jelas mengatakan Anwar tidak layak menjadi perdana menteri dan beliau tidak akan membenarkannya berlaku,” kata seorang bekas pemimpin PKR.

“Dan dengan keputusan PRN Sabah yang menyaksikan Shafie hilang apa yang dimenanginya pada 2018, beliau tidak akan menyembunyikan lagi kebenciannya kepada presiden PKR itu.”

Kedinginan hubungan kedua-dua pemimpin itu sudah menjadi rahsia terbuka.

Ia tergambar apabila Anwar terbang sendiri ke Sabah untuk meminta Shafie bersetuju PKR bertanding 14 kerusi.

Akan tetapi Shafie dengan tegas menolak permintaan itu dan PKR hanya diberikan tujuh kerusi dalam gabungan Warisan Plus.

Pada ketika ini, PRN Sabah mengukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin, sepertimana hujah Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu mengatakan sebelum ini, PRN Sabah bukan sahaja bakal menentukan siapa ketua menteri Sabah akan tetapi bakal perdana menteri.

Lim berkata, Muhyddin “goyang” dengan sidang media Anwar yang mengatakan kerajaan PN tumbang.

“Muhyiddin sudah menjadikan PRN Sabah sebagai isu nasional, terutamanya selepas sidang media Anwar Ibrahim yang mengatakan kerajaan ’tidak sah’ Muhyiddin sudah tumbang dan beliau (Anwar) sudah mempunyai angka untuk menjadi perdana menteri,” kata Lim pagi tadi.

Pada ketika ini, pengumuman Anwar beliau sudah cukup kerusi Parlimen untuk menjadi perdana menteri, bukanlah menjadi isu utama.

GUA UDAH BILANG

PROJEK GEMPAK

JATUHKAN MUHYIDIN

ADALAH PROJEK

SAILANG APDAL 

GAGALKAN APDAL

AMIN 

JIKA APDAL  BERJAYA

APDAL JADI POP 

UNTUK CALON 

PAKATAN HARAPAN

 DAP DAN AMANAH 

 TINGGALKAN ANWAR 

KAH KAH KAH





REHJHAT UNTUK NEGARA

 


YDP AGONG 

YDP SABAH

WAJIB REHAT

AMIN

INI KEPUTUSAN

 BESAR

ARAH DAN GARIS

POLITIK NEGARA

AMIN 



YDP Sabah perlu waktu lantik ketua menteri

YANG di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta sedikit masa untuk memutuskan siapa yang akan menjadi ketua menteri baharu berikutan keputusan pilihan raya semalam, kata ketua Barisan Nasional Sabah Bung Mokhtar Radin.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan istana Sabah hari ini, Bung berkata Juhar meminta sedikit tempoh untuk memutuskan ketua menteri baharu negeri itu.

“Dia minta tempoh… (keputusan) dapat waktu terdekat.” kata Bung kepada wartawan petang ini.

Bung adalah antara pemimpin Gabungan Rakyat Sabah yang menemui Juhar petang ini setelah mereka gagal mencapai kata sepakat mengenai siapa yang akan menjadi calon ketua menteri mereka. – 27 September, 2020


JANGAN JADI

TAK SABAR

NAK JADI PM

TIPU SINI

TIPU SANA 

AKHIRNYA

KERAJAAN RUNTUH

AMIN

YANG KENA TIPU

MENYESAL

YANG MENIPU NAK

CUBA LAGI

KAH KAH KAH




ANWAR SHAFIE BERPERANG

 


PERANG JANGAN

TAK PERANG 

Kalah di Sabah, Shafie 

dan Anwar bakal 

‘perang besar’

BERITA MENYUSUL

ANWAR ADA JANDA BAIK

 



ANWAR TAK RISAU 

 DIA ADA JANDA BAIK 

Unknown commented on

 "POPULAR DALAM PENJARA"

TT nak tahu betapa bodoh Anwar? Dah ditipu dan diperguna UMNO untuk rampas Sabah. 3 hari sebelum PRN buat Pengumuman Majoriti, kacau Warisan. Sekarang UMNO dah menang, boleh cicir Anwar, terus tekan Bersatu diperingkat negara. Cam mana ada manusia yang begitu bodoh dan berangan nak jadi PM?