Selasa, 7 November 2023

AD APA DENGAN TELO ?


Kekurangan bekalan telur tidak kritikal, kata peniaga


MEMANG ada masalah kekurangan bekalan telur di pasaran tetapi keadaannya belum mencapai paras kritikal, kata Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia (FSGMAM).

Presiden FSGMAM Hong Chee Meng berkata masalah bekalan telur berbeza di setiap negeri kerana ia perlu dilihat kepada kemungkinan ladang telur mengurangkan pengeluaran sebagai langkah mengurangkan kos.

“Jika mereka mengurangkan pengeluaran, maka negeri itu akan berdepan dengan masalah kekurangan bekalan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata subsidi telur akan dikekalkan kerana bekalan masih belum stabil, dengan timbalan menterinya, Chan Foong Hin berkata kawalan harga telur akan diteruskan.

“Kos pengeluaran telur masih tinggi.

“Jika harga diapungkan, sebiji telur dijangka meningkat kosnya sekurang-kurangnya 10 sen, di mana ia sama dengan kenaikan RM3 bagi 30 biji telur,” kata Chan.

Beliau berkata bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan memutuskan untuk kawalan harga jualan telur diteruskan menerusi pemberian subsidi.

“Sebaik saja keadaan lebih baik dan stabil, kerajaan akan mengkaji semula keputusan itu.”

Hong berkata keputusan kerajaan untuk meneruskan subsidi telur ada kebaikan dan keburukannya.

“Baiknya adalah rakyat boleh beli telur pada harga stabil, tetapi buruknya adalah pembekal telur tidak akan memperoleh keuntungan,” katanya.

Beliau berkata jika keadaan ini berterusan dan harga makanan ayam naik, maka pengeluar telur akan kerugian dan bakal menjejaskan pengeluaran.

“Saya harap kerajaan boleh melihat keadaan ini. Apa yang paling penting adalah mengelak kekurangan bekalan kerana telur adalah sumber makanan utama rakyat.”

Pengerusi Persatuan Peniaga Bekalan Barangan Runcit Klang Tan Teck Hock berkata ramai peniaga menyimpan stok apabila mendengar telur akan kehabisan stok, yang akan menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

“Sekarang, masih sedikit peniaga yang simpan stok, jadi telur masih ada. Kekurangan bekalan tidak serius.

“Tetapi keseluruhan bekalan telur masih tidak mencukupi, kerana di sesetengah kawasan luar bandar, jika telur habis dan perlu ditambah, mereka terpaksa tunggu hingga seminggu untuk penghantaran.

“Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan telur buat sementara.”

Tan berkata pada masa ini beliau bimbang kekurangan bekalan telur akan berlaku pada musim perayaan.

“Dengan sambutan Deepavali minggu depan dan diikuti Tahun Baru Cina beberapa bulan lagi, kami risau akan berlaku kekurangan bekalan telur.”

Katanya, beliau berharap kerajaan akan mengapungkan harga telur tidak lama lagi, kerana jika kawalan harga diteruskan, pengeluar telur akan kerugian.

“Keuntungan daripada telur pada masa ini kadang-kala menyebabkan kerugian, kerana bagi 30 biji telur, peniaga hanya untung 30 sen.

“Telur juga sangat mudah pecah, menambah kerugian peniaga,” kata Tan. – 7 November, 2023.





TELO ADA

SABSIDI

AMIN

DAH MULA

KURANG SATU

TANDA NAK

NAIK HARGA

JENG JENG JENG

PENGELUAR MAHU

HAPUS SABSIDI

AMIN

BILA HAPUS SABSIDI

HARGA BOLEH

NAIK

AMIN

UNTUK LAGI

MANYAK

KAH KAH KAH AMIN

SOLDADU ZIONIS MENANGIS TAKUT


SOLDADU ZIONIS

MANANGIS TAKUT

MELAWAN 

GERILA HAMAS

SEPERTI MELAWAN

HANTU

AMIN

BANGLA DI AUSTRALIA IALAH MELAYU


BANGLA 

DI AUSTRALIA

IALAH MELAYU

KAH KAH KAH

KHALAS


Unknown commented on 
"40 RIBU GERILA SIAP MENUNGGU !!!"

Bersedia untuk bekerja di negara-negara lain seperti Indonesia Vietnam Myanmar Bangladesh India selama ini mereka datang bekerja sini sekarang sudah sampai masa rakyat negara terpaksa berhijrah mencari kerja di negara-negara ketiga kah kah kah

TEKNOLOJI AI DAN PROPAGANDA



TEKNOLOJI AI

DAN PROPAGANDA

KHALAS

Unknown commented on
 "SOLDADU ZIONIS MATI DIBUNUH"

Gambar palsu ni, Isham. A.I

panglimo potaseh commented on 
"SOLDADU ZIONIS MATI DIBUNUH"
Laskar2 Israel lengkap berunifom, topi bisi .. tapi .. tapi gwa bilom dapat bayangkang rupa inipom Laskar Pelestin .. kedebooom.

Unknown commented on 
"SOLDADU ZIONIS MATI DIBUNUH"

MACAM AI JE TT

BANJIR


BANJIR 

SELASA 7 NOVEMBER 2O23
HUJAN TURUN
BANJIR SAMPAI

APA YANG KITA DI BERI TAHU
KALI INI ADA KAWASAN BANJIR
YANG SEBELUM INI
TIDAK PERNAH BANJIR
KINI DILANDA BANJIR

MUNGKIN KAWASAN RENDAH
KAWASAN MOLEK UNTUK
BUAT RUMAH
TAPI IKLIM BERUBAH
KAWASAN BEBAS  BANJIR
KALI INI DI LANDA BANJIR

TIAP KALI BANJIR
SAMPAI KE SELANGOR
GUA INGAT
TAMAN SERI  MUDA
GUA INGAT
HULU SELANGOR

KALI INI
DI MANA BANJIR
AKAN MENYERANG ?
JENG JENG JENG

GAZA
HARI INI 7 NOVEMBER
MASUK SEBULAN
PADA 7 OKTOBER
GERILA QASSAM MASUK MENYERANG
ZIONIS ISREAL

CHINA MERAH
KINI JADI ALONG
NAK PUNGUT HUTANG
DARI NEGARA MISKIN
DI AFRIKA

AMERIKA
PARTI DEMOKRAT GELABAH
TAKUT RISAU
KINI MINTA BIDEN JANGAN
BERTANDING
KERANA LAPORAN PUNGUTAN SUARA
TRUMP AKAN MENANG
JIKA LAWANAY BIDEN
JENG JENG  JENG

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
LOPAK LOPAK AIR DI JALAN
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR PAGI YANG INDAH

KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS

SAEKOR KENG KENG
MENJERIT BISING
TERKUKUR BERLAGU DALAM
SAWAH RUMPUT
WARGA ASAL HOKKIEN
MENYALAK DARI JAUH

HARI INI AKAN PANAS
HUJAN PETANG
MALAM NYAMAN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SEALSA
SEPERTI BIASA


ANAK JANTAN BERNAMA AJAN
TURUN KE SUNGAI BERMAIN PASIR
NAIK KE LANGIT MENJADI HUJAN
TURUN KE  BUMI MENJADI BANJIR

AYAM DIKEJAR ITIK TERBANG
PASIR DI SUNGAI TENGGELAM HILANG
BILA  HUTAN  BALAK DITEBANG
BANJIR MELANDA TANPA PENGHALANG

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSELASA

Isnin, 6 November 2023

MAHATHIR DI PROGRAM GLOBAL FORSEA


MAHATHIR

DI PROGRAM

SETIAKAWAN 

SEDUNIA ANJURAN

FORSEA

AMIN