Sabtu, 27 Januari 2024
Jumaat, 26 Januari 2024
PENCEN AMBIL LANGKAH BIJAK
Gaji penjawat kecil, caruman KWSP tidak bantu simpanan hari tua – CUEPACS
KUALA LUMPUR – Menghapuskan pencen wakil rakyat lebih tepat sekiranya tujuan kerajaan mahu menarik skim berkenaan dalam kalangan penjawat awam baharu disebabkan kekangan kewangan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Dr. Adnan Mat berkata, kebanyakan wakil rakyat berkhidmat sekitar lima tahun sahaja.
Ketika ini ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri serta dilantik ke dalam jawatan eksekutif seperti exco, menteri dan timbalan menteri.
“Kumpulan ini bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan yang tinggi semasa berkhidmat, malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.
“Keutamaan kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji bagi kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam sahaja,” tegasnya.
Adnan berkata, beliau tidak bersetuju kerajaan memansuhkan skim pencen kepada penjawat awam baharu.
Apatah lagi caruman ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu kakitangan kerajaan mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kerana gaji yang rendah.
Jelasnya, ketika ini penjawat awam telah pun dibenarkan membuat pilihan sama ada memilih skim berpencen ataupun caruman KWSP.
Bagaimapun ramai memilih skim berpencen kerana ia dianggap sebagai lebih baik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan.
“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya dalam kenyataan.
Justeru beliau berpendapat, kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus terlebih dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu.
Tegas beliau, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.
Katanya, kerajaan juga harus memastikan gaji yang diterima kakitangan awam mampu memberi kesejahteraan hidup dan dalam masa yang sama gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.
Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen, ia hendaklah terpakai hanya kepada lantikan politik, ujar Adnan. –
KESATUAN WAJIB
BERI PENCERAHAN
KEPADA UMUM
AMIN
BUAT FORUM
SUSUN CERAMAH
AMIN
SUDAH CUKUP
MASAK KELUAR
KE JALAN RAYA
AMIN
BERCAKAP DIMEDIA KERAJAAN
BUAT PEKAK
JALAN RAYA
LANGKAH BIJAK
KHALAS
PEKERJA BANK NAIK MINYAK
NUBE gesa PM bubar kartel bank sakiti kumpulan B40, M40
KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk melindungi kebajikan pekerja seiring keuntungan dinikmati.
Bagaimanapun ia mengecewakan apabila melihat bank milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak seiring objektif kerajaan, kata Setaiusaha Agung NUBE, J. Solomon.
Menurutnya, ketiadaan penjajaran ini semakin jelas apabila GLC beroperasi bertentangan dengan arahan kerajaan, tidak ubah seperti ‘bunga kembang berbalik kuncup’.
“Keengganan bank-bank berkenaan baru-baru ini untuk memberikan gaji pokok sebulan sebagai Bantuan Perayaan kepada kumpulan B40 dan M40 jelas menggambarkan kedegilan ini.
“Keputusan sesuka hati bank-bank ini melanggar perjanjian sedia ada dengan NUBE yang dimaktubkan tahun lalu dan bertujuan untuk memberi sokongan kepada pekerja ketika sambutan perayaan keagamaan utama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan Krismas.
“Perjanjian itu menyatakan minimum gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan dengan pihak bank diberi pilihan untuk menawarkan jumlah lebih tinggi jika mereka mahu.
“Walaupun ada perjanjian untuk menyemak semula bayaran itu pada 2024, MCBA secara unilateral meletakkan had sebanyak RM500 tanpa mengendahkan terma yang telah dipersetujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keputusan itu, menurut Solomon, tidak berasas khususnya melihat kepada peningkatan 15 peratus dalam produktiviti pekerja sektor kewangan dari 2021 hingga 2023, berbanding tempoh 2018-2020 yang membawa kepada hasil lebih tinggi oleh setiap pekerja.
Memandangkan margin untung ini, bank-bank berkenaan amat mampu memberikan jumlah melebihi gaji sebulan untuk Bantuan Perayaan, katanya.
Pengurangan jumlah Bantuan Perayaan, khususnya dengan sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi meletakkan tekanan kewangan yang tidak wajar terhadap pekerja yang telah menjangka akan
menerima sokongan seperti dijanjikan.
Keputusan yang dibuat oleh wakil GLC terlibat menggambarkan ketakadilan teruk kepada semua pekerja bank kumpulan B40 dan M40, dan membayangkan amalan korup yang membelenggu kumpulan berpendapatan rendah serta pertengahan dalam kemelut kewangan.
“Kami menggesa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, supaya menangani amalan eksploitasi ini dengan membubarkan kartel bank korup seperti ini.
“Tindakan ini penting bagi menjajarkan amalan sektor perbankan dengan objektif kebajikan pekerja oleh kerajaan, seterusnya memastikan perkongsian keuntungan secara berekuiti,” jelasnya. –
KESATUAN SEKERJA
NAIK MINYAK
AMIN
INI BERITA BAIK
KALAU SEMUA
BERSATU
JENG ENG JENG
BUKAN SAJA
BERTAMBAH
MUTU MALAH
GAMIN MATI KUTU
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)



