Jumaat, 16 Mei 2025
HANTAR BANTUAN ASKAR KE GAZA
ZIONIS
TERUS MEMBUNUH
DAH SAMPAI MASA
LIGA ARAB & OIC
HANTAR SOLDADU
KE GAZA UNTUK
HENTIKAN GENOSIDA
AMIN
DEBAT POLITIK PKR
Nurul Izzah patut sahut cabaran debat dengan Rafizi – Aktivis PKR
KUALA LUMPUR – Datin Sri Nurul Izzah Anwar wajar menyahut cabaran debat dengan Datuk Sri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada hujung bulan ini.
Pemerhati politik yang juga aktivis PKR, Fairul al-Qasas berkata, debat sudah lama menjadi budaya dalam PKR malah ketika menjadi pembangkang, pemimpin PKR juga sering mencabar pihak lawan berdebat dalam pelbagai isu.
Apatah lagi, ujar beliau, Nurul Izzah sebelum ini juga pernah mencabar bekas Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berdebat pada 2013 berhubung dakwaan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
“Jadi, jangan beri alasan dalam pemilihan parti tidak perlu berdebat.
“Sebab sebelum-sebelum ini dalam pemilihan Keadilan, kita juga ada debat dalam kalangan pemimpin yang bertanding seperti antara Saifuddin Nasution Ismail dengan Rafizi dan antara calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 2022.
“Maka Nurul Izzah perlu sahut cabaran debat ini dan buktikan cara debat berhemah dan damai yang beliau laungkan,” katanya.
Lebih daripada itu, tambah Fairul, debat itu juga perlu disahut Nurul Izzah supaya para perwakilan dapat menilai dasar-dasar beliau serta Rafizi terhadap parti sekiranya berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden.
“Tak kisahlah namanya debat, wacana atau forum, Nurul Izzah dan Rafizi perlu dipertemukan dan menyatakan dasar masing-masing,” katanya yang juga bekas Ketua Penerangan Cabang PKR Kuala Krau.
Rafizi sebelum ini dilaporkan bersedia berdebat Nurul Izzah dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR hujung bulan ini bagi meredakan suhu panas dalam kalangan penyokong mereka ketika ini.
Bagaimanapun, Nurul Izzah menyifatkan keutamaan beliau ketika ini bukan kepada aktiviti yang boleh memburukkan lagi pertikaian dalaman PKR.
Terdahulu, Naib Ketua Pemuda PKR, Prasanth Kumar Brakasam mencadangkan debat umum antara dua calon Timbalan Presiden itu bagi membentangkan idea, strategi dan visi mereka dalam memperkukuh parti, Kerajaan Perpaduan serta PH. –
WOIT
NAK DEBAT
MEMANG BOLEH
KAH KAH KAH
TAPI APA YANG
DATIN SERI NURUL
BOLEH CAKAP
KAH KAH KAH
KESIAN PADA
DATIN SERI NURUL
LUNYAI DIBELASAH
OLEH MAT BIJAK
BERNAMA RAFIZI
KAH KAH KAH
AMIN
RAFIZI JADI MANGSA
Kritikan Rafizi petunjuk tiada ruang memilih secara bebas dalam PKR – Awang
KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli merupakan gambaran tekanan yang berlaku dalam parti itu menjelang pemilihan tidak lama lagi.
Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia sindiran yang boleh ditafsirkan sebagai sindiran dan ‘terjemahan’ berlakunya ‘paksaan’ terhadap ahli untuk menyokong calon tertentu demi menjaga reputasi pimpinan tertinggi.
Dalam isu itu, pimpinan tertinggi yang dimaksudkan sudah tentulah, Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana puteri sulungnya, Nurul Izzah bertanding untuk merebut jawatan yang kini disandang oleh Rafizi.
“Rafizi menyatakan kekalahan Nurul Izzah dalam pemilihan (nanti untuk jawatan) Timbalan Presiden PKR akan memberi gambaran bahawa bapanya ditolak oleh parti sendiri. Beliau menegaskan kemenangan Nurul Izzah adalah satu-satunya pilihan walaupun mungkin bertentangan dengan pilihan peribadi ahli parti.
“Kenyataan seperti ini boleh ditafsirkan sebagai sindiran terhadap tekanan dalaman parti yang memaksa ahli untuk menyokong calon tertentu demi menjaga imej kepimpinan tertinggi.
“(Ia juga) Petunjuk sindiran dan kritikan tersirat bahawa ungkapan; “Undilah Nurul Izzah… “Sebab kita tiada keputusan yang lain” seolah-olah tiada ruang untuk pilihan bebas dalam pemilihan parti, mencerminkan tekanan untuk menyokong calon tertentu demi kepentingan imej parti,” katanya.
Terdahulu, polemik di antara Rafizi dan Nurul Izzah dilihat tercetus baru-baru ini selepas anak Presiden PKR itu mengesahkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.
Rafizi kemudian berkata, Anwar bakal menerima impak paling besar sekiranya puteri sulungnya itu kalah kali ini.
Katanya, kekalahan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya akan membawa mesej bapanya sudah ditolak parti sendiri.
Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, Rafizi dalam masa yang sama secara jelas merujuk kepada amalan nepotisme dalam PKR yang sedang berlaku dengan memberi merujuk sejarah sebelum ini yang dilihat bakal menjejaskan sebuah gerakan atau parti.
Katanya, Ahli Parlimen Pandan itu menggunakan pendekatan sindiran untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap hala tuju PKR.
“Ini ditafsir sebagai sindiran terhadap individu dalam parti yang lebih mementingkan jawatan daripada prinsip perjuangan. Beliau menggunakan pendekatan ini untuk menyuarakan kebimbangan terhadap arah tuju parti dan kepimpinan, sambil mengekalkan kesetiaan kepada prinsip demokrasi dan integriti dalam perjuangan politik,” tambahnya.
Bagaimanapun, sebagai orang yang berpengalaman dalam politik dan ahli setia PKR, penganalisis politik itu menyarankan supaya Rafizi menggunakan pendekatan berterus terang demi membawa mesej yang jelas sepanjang kempen pemilihan parti kali ini, sekaligus dapat membawa informasi tepat kepada akar umbi.
“Namun Rafizi perlu lebih berterus terang tanpa perlu menyindir dan kritikan halus agar mesej kempennya lebih jelas dan tidak kabur,” ujarnya lagi. –
DULU EZAM KENA
DULU KHALID KENA
DULU AZMIN KENA
SEKARANG
KENA PADA RAFIZI
KAH KAH KAH
LU NAK CAKAP
APA ?
KAH KAH KAH
PANGGIL BABI
PUN TAK GUNA
KAH KAH KAH
KHALAS
ANAK CHINA KAYA BEBAS
Nahas FRU: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
TELUK INTAN – Pemandu lori muatan batu yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memandu dengan cara berbahaya di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini.
Tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, membuat pengakuan itu sebaik sembilan pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norhamizah Shaiffuddin yang bertindak sebagai majistret.
Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang itu didakwa memandu sebuah lori jenis Hino dengan cara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian kepada sembilan individu.
Mereka adalah, Sarjan S Perumal, 44; Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit Ak Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 serta Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik di daerah Hilir Perak pada pukul lebih kurang 9.05 pagi.
Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara antara lima sehingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 sehingga RM50,000.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan sementara tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S Francis.
Terdahulu ketika prosiding berlangsung Izzuddin Fakri menawarkan wang jaminan RM10,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap kes serta syarat tambahan penggantungan lesen sehingga kes selesai dan perlu melaporkan diri seminggu sekali di balai polis berhampiran dikenakan.
Francis memohon agar mahkamah menawarkan wang jaminan minima terhadap anak guamnya memandangkan lelaki dari Kampung Kota Hilir Perak itu menyara hidup sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan, dengan membenarkan semua syarat tambahan seperti yang dikemukakan.
17 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.
Dalam kejadian pada pagi Selasa, lori yang dipandu lelaki itu bertembung dan merempuh trak yang membawa 18 anggota FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas sempena perayaan Chitrapournami di sini.
Akibat kemalangan itu sembilan anggota FRU yang menaiki trak berkenaan maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan. –
KALAU DIA
ANAK CHINA
KAYA PASTI
AKAN BEBAS
KAH KAH KAH
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)



