Rabu, 18 Jun 2025

MUSTAHIL IRAN AKAN MENYERAH KALAH


MUSTAHIL IRAN

AKAN MENYERAH

KALAH

AMIN 

IRAN TIDAK AKAN MENGAKU KALAH




Trump gesa Iran menyerah kalah kepada Israel tanpa syarat


BAITULMAQDIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa Iran menyerah kalah tanpa syarat kepada Israel dan memberi amaran bahawa tahap kesabaran negaranya semakin tipis.

Bagaimanapun, Trump memaklumkan buat masa ini pihaknya tiada rancangan untuk membunuh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sebagai strategi menamatkan perang antara Israel dan Iran yang memasuki hari kelima.

Namun, beliau menegaskan AS boleh membunuh Khamenei pada bila-bila masa sekiranya ia mahu.

Kenyataan Trump yang dimuat naik di media sosial menggambarkan pendirian lebih agresif terhadap Iran, ketika beliau mempertimbangkan untuk memperluas pembabitan AS dalam konflik berkenaan.

"Kami tahu dengan tepat di mana 'Pemimpin Tertinggi' itu bersembunyi. Kami tidak akan menyingkirkannya (bunuh!), sekurang-kurangnya bukan buat masa ini… Kesabaran kami semakin tipis," tulisnya di laman Truth Social miliknya.

Tiga minit kemudian, beliau memuat naik mesej: 'SERAH KALAH TANPA SYARAT', yang ditujukan kepada Iran.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, turut memberi amaran bahawa Khamenei mungkin menerima nasib yang sama seperti bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, yang digulingkan dalam pencerobohan diketuai AS dan dihukum gantung pada 2006 selepas dibicarakan.

"Saya memberi amaran kepada Iran supaya tidak terus melakukan jenayah perang dan menembak peluru berpandu ke arah rakyat Israel," kata Katz kepada barisan kepimpinan tentera Israel.

Pendekatan Trump yang kadangkala bercanggah dan barbaur ugutan terhadap konflik antara sekutu rapatnya Israel, serta musuh lamanya, Iran, menambah kekeliruan terhadap krisis berkenaan.

Kenyataan umum beliau merangkumi daripada ugutan ketenteraan kepada pendekatan diplomatik, sesuatu yang tidak asing bagi seorang presiden terkenal dengan dasar luar yang mengelirukan.

Pada Isnin, Trump menyatakan beliau mungkin akan menghantar Wakil Khas AS ke Timur Tengah, Steve Witkoff atau Naib Presiden, JD Vance, untuk bertemu dengan pegawai Iran.

Ramai penasihat utama Khamenei dalam bidang ketenteraan dan keselamatan dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel, sekali gus melemahkan barisan dalaman beliau.

Keadaan itu meningkatkan risiko kesilapan strategik, menurut individu yang rapat dengan proses membuat keputusan pucuk pimpinan tertinggi Iran.

Tentera Israel sebelum ini memaklumkan mereka sudah membunuh Ketua Turus Perang Iran, Jeneral Ali Shadmani, empat hari selepas beliau dilantik menggantikan seorang komander kanan lain yang turut terbunuh dalam serangan terdahulu. - AFP


JIKA AMERIKA

SERANG IRAN

MAKA

SELURUH TIMUR

TENGAH 

BERPERANG

AMIN

TURKI PAKISTAN

TERPANGGIL SAMA

AMIN

SELAT HORMUZ

TERTUTUP

AMIN

CHINA JEPUN

TAK DAPAT 

MINYAK

AMIN

HARGA MINYAK

MELEDAK NAIK

AMIN

EKONOMI DUNIA

KACAU BILAU

AMIN

PERANG DUNIA

KE 3 BERMULA

KHALAS

TURUNKAN ANWAR CUKAI AKAN TURUN


TURUNKAN 

ANWAR

CUKAI AKAN

TURUN

AMIN 

Unknown commented on 
"RAKYAT AKAN DI CUKAI LAGI"

buat cukai madani madana madanu madano mahakaya mahakaYU kah kah kah wooitt turun non turun?

ANAK BERANAK FREE LOADER



ANAK BERANAK

FREE LOADER

KHALAS 


Unknown commented on 
"NIKMATI NASI LEMAK BARU"

Mahu cover golongan pemalas, nak bantu kepada fakir miskin yang semakin membesar, nak tampung gaji elaun perbelanjaan menteri haprak, nak tanggung keluarga anak beranak free loader di negara, padahal mereka ini sudah pun kaya raya dengan harta dalam luar negara, tetapi masih ditanggung makan berak mereka sekeluarga, untuk dapat bantuan SOCSO kena isi borang, nak dapat bantuan kebajikan kena berulang alik beratus kali, 

tetapi golongan keluarga ini senang sejak turun temurun menikmati segalanya tanpa apa-apa sumbangan pun kah kah kah susah woit nak tanggung ramai penumpang free, tak pulang modal, akhirnya rakyat tanggung hutang segala kecurian segala penyelewengan segala rompak mereka syukur alhamdulillah terima kasih kerana ini semua negara semakin cemerlang atas nama madani kah kah kah bagi lembu makan ada juga susu amin

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

RABU 18 JUN 2025

PERANG BERTERUSAN


AMERIKA AKAN SERANG IRAN?
Seperti yang di jangka Presiden Trump bertambah gila. Trump beri amaran kepada Iran : SERAH DIRI  TANPA SYARAT ATAU.....

Atau ini apa? Apakah Trump akan mengarahkan bala tentera Amerika untuk masuk  menyerang Iran ? 

Pada ketika ini Kapal Perang  Amerika dari Lautan Sunda dah beralih mara ke Timur Tengah.

Pada ketika ini pesawat mengebom Amerika telah sampai ke beberapa pangkalan di Timur Tengah.

Apakah UMPAN Setanyahu telah berjaya menjerut leher Trump?

TRUMP AKAN BUNUH AYATOLLAH
Trump juga dalam sosial media telah berkata : Kami tahu di mana pemimpin besar Iran tinggal. Kamu boleh menghapuskan dia bila-bila masa. 

SUASANA  MAKIN TEGANG – apakah Amerika Akan  masuk menyerang ? Jika ini berlaku apa pula langkah dan jawapan Iran. TIMUR TENGAH AKAN TERBARAI – perang merebak. Kita tunggu dan lihat. 

Keadaan berubah detik demi detik. AMIN

DEMO DEMO DEMO

JUMAAT INI 20 JUN 2025
JAM 2.00 PETANG KITA BERHIMPUN
DI DATARAN TABUNG HAJJI
BERSETIA KAWAN DENGAN IRAN
SEMUA DI JEMPUT DATANG

HEBOH  CUKAI MADANON
Orang ramai makin gelisah. Makin benci dengan kerajaan Madanon yang akan menaikkan cukai beribu-ribu barang.

Yang di heboh ialah AVOKADO – di katakan makanan elit. Juga apple , pisang dan oren – ini makanan untuk rakyat biasa. Jika  harga di naikkan apa Akan jadi?

HEBOH berita Ron95 akan naik. Heboh berita bil leterik naik.

Jika harga barang naik. Jika semua naik ertinya masa dah sampai UNTUK kita TURUNKAN  kerajaan Anak Beranak ini. AMIN

CANADA
Persidangan negara G7. Ramai pemimpin negara nak bincang dengan Trump hal TARIF.  Tap MAHARAJA  Trump pulang awal.

IRAN
Warga di kota Tehran mula berundur meninggalkan rumah mereka untuk mencari tempat yang lebih selamat. Trump dah beri amaran dan minta penduduk Tehran berundur.

CANADA
Presiden Zelensky datang ke Canada nak jumpa Trump tapi Trump dah cabut awal. Malah berita muncul Trump larang kenyataan G7 untuk mengkritik Rusia.

GAZA
Seramai 20 orang warga Gaza di tembak mati ketika menunggu makanan.

INDONESIS
Gunung berapi Lewotobi  di Nusa Tenggara  Timur Indonesia meledak.  Gunung ini memuntahkan asap hingga 11 kilometer ke udara.

HOKKIEN
Pagi ini kering segar cerah. Matahari dah keluar. Cahaya lembut. KL & KL Sentral cerah.  Langit berawan putih dan biru. Hujan petang kemarin membasuh   jerebu.

Gua terdengar suar Gak  Gak Gak – menangis seorang diri – terbang arah ke Kwantung. Di Udara gua dapat lihat pesawat berkipas menuju KLIA – ha ha pesawat ini terbang agak rendah.

Di  wilayah Pokok Ara gua dengar banyak suara burung – apakah Ara sedang berbunga?

Hari ini akan panas. Tak Tak  sedang  menjalar di balkoni menunggu cahaya matahari.

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI RABU

BRO
Setiap saat  adalah permulaan  yang baru.

BRO
Bro lu jangan menyesal  bila lu telah mencium anu Minah itu.

BRO
Jika lu buat apa-apa hari ini buat lah dengan baik. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Selasa, 17 Jun 2025

PEGUAM TAK YAKIN DENGAN PEGUAM NEGARA !!!

 


PEGUAM NEGARA

WAJIB

 DIREHATKAN

AMIN

MAKIN RAMAI 

PEGUAM

TAK YAKIN DENGAN

MAMAT INI

AMIN

WOW !!!

INI BERAT

AMAT BERAT

KHALAS