Rabu, 8 Oktober 2025

GAZA - DAMAI ATAU TERUS PERANG


Hamas tidak percaya Israel walau sesaat

KAHERAH: Pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya menegaskan bahawa pihaknya "tidak mempercayai rejim Zionis walau sesaat," lapor saluran berita Mesir yang dikaitkan dengan kerajaan, Al Qahera News.

"Kami mahukan jaminan yang sebenar," katanya, sambil menuduh Israel melanggar dua gencatan senjata sepanjang perang di Gaza.

"Sepanjang sejarah, penjajah Israel tidak pernah menunaikan janji, dan kami telah mengalaminya sendiri sebanyak dua kali dalam perang ini," katanya lagi.

Menurut Hamas, kumpulan itu bersedia mencapai persetujuan bagi menamatkan perang secara kekal serta melaksanakan pertukaran segera antara tebusan Israel dan tahanan Palestin.

Namun, setakat ini Israel masih belum bersetuju untuk menarik keluar sepenuhnya semua pasukannya dari Gaza.

Dalam perkembangan sama, al-Hayya berkata, Hamas komited memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, menamatkan perang dan memastikan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza.

Dalam wawancara bersama media kerajaan Mesir, Al Qahera News semalam, al-Hayya berkata, beliau akan mengadakan perbincangan gencatan senjata secara "bertanggungjawab dan serius" ketika berada di Mesir.

"Kami membawa bersama matlamat dan aspirasi rakyat kami – kestabilan, kebebasan, penubuhan negara serta hak menentukan masa depan sendiri," katanya.

Menurut al-Hayya, Hamas hadir dengan matlamat utama untuk menamatkan perang, mengusir penjajahan Israel dari Gaza dan melaksanakan pertukaran penuh tahanan – termasuk pembebasan semua tebusan Israel, sama ada yang masih hidup atau telah terkorban, sebagai pertukaran dengan pembebasan tahanan Palestin.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas "usaha gigihnya bagi menghentikan perang ini."

Pemimpin kanan Hamas itu turut memberi amaran bahawa serangan dan pengeboman masih berterusan, selain bantuan kemanusiaan yang disekat – khususnya di utara Semenanjung Gaza, dua tahun selepas Israel melancarkan serangan balas berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Al-Hayya berkata Hamas kini menuntut "langkah dan mekanisme" bagi memastikan penamatan kekal terhadap konflik.

"Kami mahu prosedur dan jaminan daripada negara penaja serta Presiden Trump supaya perang benar-benar dihentikan dan tidak berulang," katanya.


APAKAH 

RUNDINGAN

DAMAI INI

TAKTIK ZIONIS 

UNTUK SERANG 

IRAN?

KHALAS

PASTIKAN MAKAM HOKKIEN & KWANTUNG JADI JANTUNG HIJAU KUALA LUMPUR


TT AKAN

BERJUANG

 PASTIKAN

MAKAM HOKKIEN

DAN KWANTUNG

JADI  JANTUNG

HIJAU KOTA

KUALA LUMPUR

AMIN

Unknown commented on
 "JATUHKAN KERAJAAN
 ZALIM RASUAH !!!"

Kalau lah ditakdirkan TT menjadi PM nanti, semua projek akan dianugerahkan kepada teman rapat dia juga, pasti Tak Tak dan Ezi mendapat projek naik taraf kubur Cina, maka begitulah keadaan sekarang, 

siapa saja naik takhta orang sekeliling akan berjaya, memang depan TV semuanya baik belaka, bawa krew kamera audio video setiap masa merakamkan agenda sendiri dahulu, jadi dunia begitu sekarang, perangai asal usul tetap akan terserlah. 

Mahathir Mahiaddin dan sesiapa saja cuba kembali menentang bukan peduli sangat pasal negara rakyat bangsa kaum agama pun, semuanya kisah pasal diri sendiri, kah kah kah kalau ini difahami oleh majoriti rakyat tanpa mengira aliran maka negara akan lebih mencapai wawasan nanti kah kah kah

BILA NAK MASUKAN ROSMAH KE DALAM JIL ?

 


BILA NAK 

MASUKAN

ROSMAH MANSOR

KE DALAM JIL

AMIN

RAKYAT SUDAH

LAMA MENUNGGU

KHALAS

ORANG FIJI TAK REMBAT TANAH MELAYU


TAK DA SAPA

RASIS

AMIN

ORANG MELAYU

TAK MARAH 

ORANG FIJI

ORANG PAPUA

KERANA MEREKA

TAK REMBAT

TANAH MELAYU

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

ooi pukimak rasis, apasal pengerusi petronas boleh spray champagne? tiong king sing diberi amaran? kibar bendera china tak boleh, kibar bendera palestin boleh? lanciaolah anjing rasis!

ZAHID HILANG JAWATAN AKAN DI DAKWA




Haniff Khatri: Pemimpin Hadapi Kes Jenayah Wajar Berehat, Bukan Terus Kejar Jawatan


Kuala Lumpur, 7 Okt 25 — Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menegur tindakan menamakan  Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri walaupun masih berdepan perbicaraan jenayah, sambil menyifatkannya sebagai langkah tidak matang dan tanda ketaksuban terhadap kuasa.

Haniff berkata, pemimpin yang sedang didakwa di mahkamah sepatutnya menunjukkan teladan dengan berundur atau berehat sementara, bukannya terus mengejar jawatan tertinggi negara.

“Pemimpin politik yang menghadapi pertuduhan jenayah sepatutnya rehat. Ramai yang tak mahu berundur, tapi itu tak bermakna tindakan mereka betul,” katanya.

Menurut Haniff, langkah mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bukan sahaja mencemarkan imej Perikatan Nasional, malah menimbulkan persoalan tentang kejujuran perjuangan parti itu yang kononnya mahu membawa politik bersih dan matang.

“Daripada awal lagi bila pertuduhan dibuat, beliau sepatutnya relakan diri untuk berehat. Bila dicadangkan pula sebagai bakal Perdana Menteri, ia menunjukkan ketidakmatangan dan kepentingan peribadi lebih utama daripada kepentingan rakyat,” tegasnya.

Haniff turut menegaskan bahawa prinsip ini bukan hanya untuk Muhyiddin semata-mata, tetapi juga pernah beliau tekankan terhadap pemimpin lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Lim Guan Eng, dan Najib Razak ketika mereka berdepan pertuduhan mahkamah.
 
“Kita pernah desak pemimpin lain letak jawatan bila didakwa. Jadi prinsipnya mesti sama. Jangan bila kena pihak sendiri, tiba-tiba semua jadi sunyi,” katanya sinis.

Haniff berkata, dakwaan kononnya kes Muhyiddin adalah “pendakwaan terpilih” atau “konspirasi politik” bukan alasan untuk kekal berkuasa. Sebaliknya, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah.

“Kalau benar tidak bersalah, buktikan di mahkamah. Bila dibebaskan nanti, rakyat akan menilai dan beliau boleh kembali memimpin dengan lebih kuat,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, setelah beberapa percubaan Muhyiddin untuk menggugurkan pertuduhan gagal di mahkamah dan Pejabat Peguam Negara, langkah paling berani dan bermaruah kini ialah berehat sementara daripada politik.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, tunjuklah contoh. Selagi kes belum selesai, berehatlah dulu. Itu yang rakyat mahu lihat jika benar nak bawa politik matang,” katanya. @politiko.my


ZAHID AKAN

DI DAKWA JIKA

HILANG JAWATAN

AMIN

GUAN ENG

AKAN SELAMAT

KERANA ADA

JAWATAN

AMIN

BILA NAK 

MASUKKAN

ROSMAH

KE DALAM JIL

KHALAS

PERJUANGAN PATANI MERDEKA !!!



PERJUANGAN

PATANI MERDEKA

Letupan Bom Tiga Kali di Hadapan Pusat Belia Majlis Perbandaran Yala.

.
YALA, 7 Oktober 2025 — Sekitar jam 9.24 malam, tiga letupan berturut-turut berlaku di hadapan Pusat Belia Majlis Perbandaran Yala, di Jalan Siroros, kawasan perbandaran Yala. Lokasi kejadian merupakan tapak persiapan untuk perayaan tahunan “Larik Perahu Phra” (Sambutan Perahu Agama) bagi tahun 2025.
.
Laporan awal menyebut tiada mangsa cedera dalam kejadian tersebut. Menurut maklumat awal, tiga titik letupan berlaku di kawasan berhampiran antara satu sama lain, iaitu:

1. Di tepi tembok pintu masuk Laman Taichi, hadapan Pusat Belia,
2. Di kawasan pintu air bahagian Jalan Siroros, dan
3. Di dalam tong sampah di tepi jalan.
.
Selepas kejadian, polis dari Balai Polis Muang Yala bersama pasukan penyelamat tempatan telah menutup kawasan jalan Siroros — dari simpang Pusat Belia hingga ke hadapan Hospital Yala — bagi tujuan keselamatan. Pasukan pemusnah bom (EOD) turut dikerahkan untuk menjalankan siasatan terperinci di ketiga-tiga lokasi letupan.
.
Difahamkan, kawasan Pusat Belia berkenaan sedang dalam proses persiapan bagi acara “Sambutan Perahu Phra”, yang dijadualkan berlangsung esok, dengan penyertaan banyak perahu dari kuil-kuil seluruh wilayah selatan/patani. Acara ini merupakan tradisi budaya penting yang diadakan setiap tahun.
.
Pihak berkuasa kini sedang meneliti jenis bahan letupan dan menyemak rakaman CCTV di sekitar lokasi bagi mengesan pelaku dan motif sebenar di sebalik siri letupan tersebut.