Isnin, 10 November 2025

BEKAS PRESIDEN INDONESIA TIBAI ANWAR MAADAFAKA


Selepas Anwar dilabel 'pengintip' di Thailand, bekas presiden Indonesia pula 'malu' Asean libatkan Trump


Sebuah kenyataan oleh Susilo Bambang Yudhoyono, di mana bekas presiden Indonesia itu melahirkan rasa kecewa dengan pengiktirafan diberikan Asean kepada Donald Trump sebagai pendamai dalam konflik Thailand–Kemboja, mula tersebar secara meluas di Malaysia.

Ia ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang meraikan presiden AS itu bulan lalu cuba menepis kritikan yang semakin meningkat termasuk daripada seorang jeneral Thailand yang melabel beliau "musuh dalam selimut".

Yudhoyono, yang diangkat sebagai presiden Indonesia selepas pilihan raya bebas pertama negara itu, berkata Asean selama ini berjaya memastikan kedua-dua Thailand dan Kemboja mengekalkan gencatan senjata selama lebih sedekad, sambil menambah ia menunjukkan blok tersebut mempunyai pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah sesama negara anggota.

"Ini berbeza (sekarang) apabila terjadi konflik antara Kemboja dan Thailand, tiba-tiba Donald Trump yang menjadi orang tengah dan saya merasa malu dan dihina," kata Yudhoyono pada forum anjuran sebuah badan pemikir di Jakarta minggu lalu.

Kenyataan oleh Yudhoyono, yang terkenal dengan panggilan SBY, merancakkan lagi kemarahan terhadap Anwar, di mana orang ramai membantah keputusan menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik dengan Trump pada 26 Oktober lalu, ketika presiden AS itu hadir di Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur.

Pendekatan Anwar memperlekeh Rangsi mungkin sukar digunakan dalam menjawab kritikan Yudhoyono, presiden Indonesia selama dua penggal antara 2004 dan 2014.

Pada hari sama, Anwar menjadi tuan rumah kepada majlis menandatangani perjanjian gencatan senjata, di mana beliau memuji Trump sebagai pendamai yang berjaya menamatkan pertempuran di sempadan Thailand dan Kemboja.

Ia diikuti presiden AS itu yang mendakwa dirinya berjaya menamatkan "perang keenam" sejak kembali ke White House.

Pakar serantau bagaimanapun bersikap sinis terhadap sebarang percubaan untuk menggambarkan Trump sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam gencatan senjata itu, sebaliknya menganggap majlis itu dianjurkan secara tergesa-gesa sekadar untuk memuaskan ego Trump, malah perjanjian tersebut juga tidak langsung menangani isu utama pertikaian wilayah antara dua negara Asean tersebut.

Butiran diterbitkan White House serta penelitian pakar mengenai gencatan senjata dan perjanjian perdagangan yang ditandatangani Trump di Kuala Lumpur mendedahkan matlamat yang lebih besar daripada sekadar mengelakkan tarif perdagangan atau menamatkan pertempuran sempadan.

Antara yang menjadi punca utama kecaman orang ramai ialah AS berjaya mendapatkan bekalan nadir bumi dari Malaysia dan Thailand, langkah yang dilihat sebagai melemahkan China yang sebelum ini mengharamkan eksport mineral itu ke AS, iaitu sebahagian strategi Beijing memberikan tekanan kepada Washington dalam perang dagang antara kedua-dua kuasa besar itu.

Salah seorang pengkritik yang mendapat perhatian ialah seorang jeneral bersara Thailand, Rangsi Kitiyanasap.

Beliau menuduh Anwar sebagai "musuh dalam selimut" yang menyebabkan kerugian ekonomi kepada Thailand apabila membawa masuk Washington sebagai orang tengah dalam gencatan senjata itu.

"Anwar seorang pengintip," kata Rangsi dalam sebuah temubual seperti dilaporkan Thai PBS World.

"Dia benar-benar menyusahkan dan membawa malapetaka kepada kami. Kenapa mencampuri urusan kami?" kata Rangsi, yang kini seorang ahli politik yang terkenal dengan kelantangannya dan kerap muncul di media utama Thailand.

Walaupun Rangsi tidak menyatakan kepada siapa Anwar menjadi pengintip, label itu dianggap sensitif bagi pemimpin Pakatan Harapan itu yang selama lebih dua dekad terpalit persepsi sebagai boneka AS.

Temubual Rangsi itu menjadi tular di media sosial Malaysia.

Dalam reaksinya, Anwar tidak menjawab tuduhan Rangsi, sebaliknya mempersoalkan kredibiliti Rangsi dan menyifatkannya seorang ahli politik yang "tidak pernah menang pilihan raya".

Yudhoyono: Kenapa libatkan AS dalam urusan Asean?

Pendekatan Anwar memperlekeh Rangsi mungkin sukar digunakan terhadap Yudhoyono, presiden Indonesia selama dua penggal antara 2004 dan 2014.

Memetik portal berita Indonesia Kompas, Yudhoyono yang pernah menjadi pengerusi Asean pada 2011 berkata beliau kecewa melihat peranan pemimpin Asean sendiri yang semakin lemah dalam menyelesaikan konflik serantau, sambil menambah blok itu kini tidak lagi "sekohesif dulu".

"Dulu juga ada konflik antara Kemboja dan Thailand. Saya masih bicara sebagai Asean, Kita diminta menjadi orang tengah dan kita lakukan. Ia berjaya dan bertahan selama 13 tahun," katanya.

Yudhoyono berkata beliau tidak nampak sebarang alasan untuk menjemput kuasa asing terlibat dalam konflik di Asean.

"Kan masih ada Indonesia, kenapa? Masih ada pemimpin Asean. Kita boleh. Kalau sayalah, Trump lebih baik menjadi peacemaker yang menghentikan perang dunia ketiga, atau menghentikan konflik di Asia, Eropah dan Timur Tengah. Level beliau di situ," Tambahnya. 

Perjanjian gencatan senjata Thailand-Kemboja itu menyusuli perjanjian perdagangan yang ditandatangani Anwar bersama Trump, sebuah dokumen yang disifatkan pakar sebagai menggadaikan kedaulatan negara di sebalik syarat mewajibkan Malaysia patuh kepada dasar perdagangan dan dasar luar AS dalam sebarang perjanjian dua hala masa depan dengan negara lain.

Selain perlu membekalkan sumber mineral tanpa had, menamatkan pelbagai sekatan terhadap produk AS, dan menerima piawaian pengguna AS bagi barangan makanan serta perubatan, perjanjian itu turut menetapkan bahawa Malaysia perlu bertindak selari dengan apa-apa sekatan atau tarif yang dikenakan Washington atas mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara.

Kemarahan awam terhadap perjanjian itu dizahirkan dengan pelbagai sindiran dan jenaka di media sosial yang menggambarkan Anwar sebagai boneka AS, label yang pernah diberikan oleh Dr Mahathir Mohamad ketika krisis mata wang Asia pada lewat 1990-an.

Sejak tercetus kempen genosida Israel di Gaza, Anwar dilihat bersungguh-sungguh cuba mengubah imej tersebut khususnya di kalangan umat Islam, yang kebanyakannya masih tidak menyokong pentadbirannya. 

Antara lain, Anwar cuba menampilkan dirinya sebagai pemimpin yang lantang mengkritik kuasa Barat kerana membantu Israel, di samping mengerah penjawat awam menghadiri perhimpunan solidariti Palestin anjuran kerajaan.

Bagaimanapun, rata-rata pemerhati dan pembangkang menganggap retorik pro-Palestin itu sekadar lakonan.

Sambutan meriah diberikan Anwar kepada Trump pada 26 Oktober, di mana beliau berjoget bersama pemimpin AS yang dianggap presiden paling rapat dengan negara Zionis Israel, dilihat sebagai petanda bahawa perdana menteri sudah berputus asa dalam usaha meraih sokongan orang Melayu kepada kerajaan.

JENERAL SIAM

TUDUH ANWAR

SPY AMERIKA

AMIN

BEKAS PRESIDEN

INDONESIA MARAH

KERANA ANWAR

BAWA TRUMP 

CAMPUR POLITIK

ASEAN

AMIN

PADAN MUKA

 BARUA SETIA

ZIONIS  TRUMP

KHALAS

KAPAL PADAT TENGGELAM


KAPAL PADAT

TENGGELAM

AMIN

SERANGAN ZIONIS KINI BERALIH KE TEBING BARAT


Penduduk Tebing Barat diserang peneroka haram Israel ketika tuai zaitun


BAITULMAQDIS: Sekumpulan peneroka Israel menyerang penduduk Palestin, aktivis, dan wartawan, ketika mereka sedang menuai buah zaitun berhampiran sebuah pos peneroka di wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel.

Dua kakitangan Reuters iaitu seorang wartawan dan seorang penasihat keselamatan yang mengiringinya, antara yang cedera dalam serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu, belantan dan batu besar, berhampiran kampung Palestin, Beita.

Kawasan itu terletak di selatan bandar Nablus, yang sebelum ini sering menjadi lokasi konflik atau serangan peneroka dan kini perbuatan itu semakin ketara di seluruh Tebing Barat sejak perang Gaza bermula dua tahun lalu.

Keganasan juga semakin meningkat sepanjang musim menuai zaitun tahun ini, yang biasanya bermula pada Oktober dan satu-satunya mata pencarian penduduk Palestin di Tebing Barat.

Apabila jumlah serangan semakin meningkat, aktivis Israel dan antarabangsa sering menyertai penduduk Palestin bagi melindungi hak mereka menuai hasil tanaman serta mendokumentasikan sebarang kes keganasan.

Biasanya, aktivis atau penduduk tempatan memaklumkan wartawan mengenai rancangan menuai itu supaya mereka boleh hadir membuat liputan, terutama di kawasan panas seperti pos peneroka haram.

Pos peneroka biasanya terdiri daripada beberapa karavan atau struktur sementara dan ia tidak mendapat kelulusan rasmi kerajaan Israel.

Palestin dan kebanyakan negara menganggap semua penempatan Israel menyalahi undang-undang antarabangsa, walaupun Israel menafikan dakwaan itu.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, mereka sudah menghantar askar ke lokasi selepas menerima laporan mengenai 'satu konfrontasi' tetapi saksi mendakwa tiada askar Israel kelihatan di tempat kejadian.

"IDF mengecam sebarang tindakan keganasan dan akan terus berusaha mengekalkan keselamatan serta ketenteraman di kawasan berkenaan," kata tentera dalam kenyataan kepada Reuters, sambil berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.

Pihak polis dan jurucakap Majlis Serantau Shomron, yang mewakili penempatan Israel di kawasan itu, setakat ini belum memberi sebarang maklum balas.

Menurut saksi, pada hari kejadian, kira-kira 30 penduduk kampung dan aktivis serta 10 wartawan berkumpul untuk menuai zaitun tetapi puluhan lelaki turun dari pos peneroka di atas bukit dan menyerang mereka.

Penyerang memukul mangsa dengan kayu dan menyerang jurugambar Reuters, Raneen Sawafta, berulang kali ketika beliau cuba melindungi diri.

Seorang aktivis hak asasi manusia Israel yang menyaksikan insiden itu, Jonathan Pollak berkata, kira-kira 50 peneroka bertopeng terbabit dalam serangan itu.

"Mereka memukul Raneen tanpa belas kasihan, terus membaling batu walaupun dia sudah terbaring di tanah malah menyerang sesiapa sahaja yang cuba menolongnya," katanya.

Pollak berkata, penyerang juga menjerit dalam bahasa Ibrani dengan kata-kata seperti 'berambus dari sini!'

Raneen yang ditemani Grant Bowden, penasihat keselamatan Reuters, turut dipukul ketika cuba melindunginya.

Peralatan kameranya juga dihancurkan.

Kedua-duanya memakai topi keledar dan jaket dengan tanda jelas 'Press' (media). Topi keledar Raneen juga kelihatan mengalami kemek besar akibat dipukul. Beberapa individu lain turut cedera dalam serangan itu.

"Kami menyeru pihak berkuasa Israel untuk menyiasat kejadian ini, mendakwa mereka yang bertanggungjawab dan memastikan wartawan dapat bekerja dengan bebas serta tanpa ancaman," kata Reuters dalam kenyataan rasmi. - REUTERS

LEPAS GAZA

ZIONIS SERANG

TEBING BARAT

AMIN

PROJEK

ISRAEL RAYA

DI TERUSKAN

AMIN

KHALAS

POLITIKUS SELUDUP DUIT


POLITIKUS

SELUDUP DUIT

AMIN

Unknown commented on 
"NAK MERASA JADI JUTAWAN
 PERGI KE INDON SEKARANG"

Ramai seludup dollar USD, seludup RM, seludup Rupiah, jadi terpaksa nak bawa keluar membuat pertukangan, bayangkan rumah kondo Najib ada 1 billion pelbagai matawang, tempat lain bagaimana? 

Pot pot lain tidak dijumpai kah kah kah sekadar berkongsi pandangan amin syukur alhamdulillah orang kita semakin bijak dengan ilmu-ilmu terbang duit terbaik kah kah kah

BAIK KITA SOKONG - DEMO DI TERUSKAN

 


YANG BAIK

YANG BETUL

WAJIB SOKONG

AMIN

DEMO WAJIB

DITERUSKAN 

UNTUK

TUKAR KERAJAAN

KHALAS

Unknown commented on 

"JANGAN SILAP - BUKAN DAUN KETUM DAUN KESUM"


Tahniah dari aku kepada hang kali lagi. Kalau kau sokong macam ini baru ada akal. Ini asyik demo. Bosan

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 10 NOVEMBER 2025

TENGGELAM


PEDAGANG MANUSIA
Pagi ini kita semua terbaca berita LIMA MAYAT TERAPONG -  mereka ini mati lemas dalam perjalanan naik perahu – sampan -  boat – kapal  untuk datang sebagai  ke Malaysia – mencari pekerjaan.

Yang mati ini di katakan dari Myanmar.  Ada yang selamat. Tapi ramai yang mati lemas -  perahu mereka karam  di pukul ombak – boat mereka tenggelam kerana terlalu ramai penumpang – minyak habis tengah jalan – semua dalam perjalanan untuk sampai  ke Malaysia.

Ada   PELARIAN PERANG  - ROHINGYA DARI BURMA -  ada dari Indonesia – semua datang  dengan harapan membaiki kehidupan – INI TIDAK  SALAH.

APA YANG SALAH ialah mereka ini wajib membayar pada TOKAN – yang  akan membawa mereka ke Malaysia.  Berapa bayaran ? Gua tak tahu – tapi mereka bergadai bergolak cari duit untuk naik kapal .

Di BELAKANG  PERAHU INI  pasti ada TOWKAY BESAR – Satu Towkay Besar di Myanmar dan Satu Towkay Besar di Malaysia – Pasti ada jaringan yang licik dan tersusun -  Pasti ada juga hubungan dengan PIHAK BERKUASA – di Myanmar dan di Malaysia.

PENDATANG NAIK SAMPAN MATI TENGGELAM – bukan hanya berlaku di Malaysia – Di Afrika dalam perjalanan ke Eropah – Banyak mati dalam  Laut Tengah dalam perjalanan dari Turki , dari Moroko, dari Libya – dari Tunisia – ke Itali – ke Sepanyol – ke Greece.

Juga ramai cuba melintas Selat Inggeris dengan pelampung getah – boat kecil – dari Peranchis – ramai tenggelam mati lemas. Beribu masih mencuba nak masuk ke UK dari Peranchis. 

BERITA PENDATANG MATI LEMAS – ini tidak akan habis – habis – Ini panggilan ekonomi – ini panggilan  yang membawa harapan hidup baru – Kuala Lumpur – London -  menjadi tarikan – kerana di Malaysia  ada KERJA.

BOLEH kah di padamkan PERDAGANGAN MANUSIA INI -  pada hemat gua TIDAK MUNGKIN – selagi  susunan  EKONOMI BERAT BELAH – pasti ramai akan cuba nasib.

APA yang wajib kita lawan ialah TOWKAY BESAR – Taikong Laut dan Taikong  Darat – Mereka ini bila berjaya di tahan DAKWA KES BUNUH !!! Khalas

UK
Pengerusi BBC letak jawatan. Ini kerana  Rumah Putih kata BBC penjual tipu. Ada dokumentari yang melalui suntingan tunjuk Trump berucap sebagai kepala samseng  beri arahan untuk merusuh.

FILIPINA
Satu lagi Taufan akan sampai – kali ini namanya  Fung -wong – bergerak 190 batu sejam – Kini lebih 1 juta warga telah di arah berpindah. 

UKRAINE
Hampir seluruh negara tanpa leterik. Rusia serang pusat  dan pencawang jana kuasa.

GAZA
Turki sedang datang bantu untuk selamatkan  lebih dari 200 warga Gaza yang terperangkap dalam terowong.

JEPUN
Gempa bumi 6.9 magnitud  - Amaran Tsunami di  canang.

AMERIKA
Kerajaan Amerika masih TUTUP – bajet tak lulus – pegawai kerajaan tak ada gaji – Lapangan Terbang banyak tutup – penerbangan tergendala kerana  pekerja teknikal tak bekerja.

HOKKIEN
Pagi ini hujan  - gua tak masuk Hokkien – makanan untuk Siti dan Keluarga  gua simpan dalam peti sejuk.

Angin sejuk – dari dapur gua nampak   hutan  Hokkien hijau  basah segar.   Kuala Lumpur hilang dari penglihatan -  di bungkus kabus.

Ketika gua menulis hujan dah berhenti  – bila hujan selesai matahari akan keluar dan  matahari akan muncul  -  gua menunggu. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN
YANG SEJUK

BRO
Lu nak berjaya – lu mesti berani gagal.

BRO
Yang paling sulit ialah  cara lu berfikir mengenai diri lu sendiri.

BRO
Jangan kata tidak – semua boleh – lu wajib cuba dulu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA