Khamis, 24 Oktober 2013

SIAPA YANG LEPASKAN AIR?






Tragedi Cameron Highlands

Berita tragedi pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet yang mengakibatkan kematian tiga jiwa amat mengejutkan. Takziah buat keluarga dan waris mangsa kejadian.

Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang digunapakai bagi melepaskan air empangan tersebut.

Adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan terbabit? Apakah langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima?

Kami memuji usaha dan gerak kerja oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Tetapi siapa yang sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan dan kenapa pihak yang berkuasa itu menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran? Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Mohamed Azmin Ali


--------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Hehehe...azmin ali....ini malaysia...bukan jepun....di malaysia...menbuat kerja hassan malek amat digalakan...kerana kehasanan malek itu sudah sebati dengan amalan sprm/rasuah.....bila ada sifat sprm...kerja pun hassan ali/malas....bila hassan ali berlebihan...maka mereka berasa menajib razakan/selesa semua benda...jangan cuba main api nanti dizaid hamidi/ugut dan di ancam oleh peibrahim ali/perkasa kerana melawan kemahathiran/ketuanan melayu...silap hari bulan di blaklist oleh shabery cheek/media prima......ini keanwar ibrahiman/ketuanan rakyat punya sebab le ni....pui....baik aku mengazalinakan/mendiamkan diri daripada dengar penghishamudin rais/hasutan setan/fathulbari.....kakakkakakakak.........