Rabu, 7 Oktober 2026

WARTAWAN ASING MEMBANTU


WARTAWAN ASING

BANTU LAPOR

BERITA DISOROK

KERAJAAN

AMIN

Unknown commented on
 "BAHAYA DANA ASING?"

wartawan asing juga bahaya

TAUFAN AL-QUDS


TIGA TAHUN

TAUFAN AL-QUDS

AMIN


Unknown commented on
 "DEMO JUMAAT INI - DUTA AMERIKA"

orang nak jaga burit orang biar dia jaga... lu nak jaga palestin lu buat...

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 7 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DITUTUP

TIGA TAHUN DULU TAUFAN AL – AQSA


Peranchis
MURID SEKOLAH BANGUN MELAWAN
RATUSAN RIBU DI SETIAP KOTA BANDAR DAN PEKAN MURID SEKOLAH TURUN BERDEMO

Ribuan di tangkap – ratusan cedera – murid sekolah bangun memberontak mahu sistem  pembelajaran di kaji semua. Mahu sekolah dibaiki.

Wajib ada sistem pemanas untuk musim sejuk – sistem penyejuk di musim panas.  Bilik makmal yang lengkap – Bilik darjah yang tidak berasak-asak  justeru  satu darjah tidak lebih dari 25  murid – Guru yang cukup.

EMAK Bapak ikut sama berdemo.
Kesatuan Buruh ikut sama berdemo.
Ini akan berterusan hingga  kerajaan akur dengan tuntutan.

PEMILIHAN PRESIDEN tahun ini – Parti Garis Kiri dan Parti Garis  Kanan akan bertempur. DEMO INI PASTI BAWA PENGARUH.

Apakah Parti Garis Tengah yang berkuasa sekarang akan dapat bertahan ?  Apakah  PRESIDEN MACRON akan selamat ? jeng jeng jeng.

TAUFAN AL-QUDS
7 OKTOBER tiga tahun dulu BRIGAD AL QASSAM  DARI HAMAS  melancarkan OPERASI  TAUFAN AL-QUDS – ini memulakan serangan Palestin terhadap  Zionis Isreal . Perang Gaza bermula.

Hingga hari ini dah masuk tiga tahun PRANG BELUM SELESAI.  Amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering – Matahari masih bola api – JEREBU cukup  kuat – KL & KL Sentral hilang – JEREBU pagi ini tahap bahaya.

Emak Tetek Lanjut muncul seorang diri – gua nak beri nasi – Wow  tup tup ramai datang makan.

Tiong Laki Bini dan kawan datang sama. Siti juga masuk makan.  Nasi dan friskies untuk anjing . Beras dan jagung untuk burung. Gua gumbira.

Dari jauh gua nampak Geng Putih  berlari muncul – lalu gua beri nasi dan friskies. Lepas makan semua ikut gua ke Wakaf Tiga.

Gua berjalan perlahan ke arah Wakaf Tiga – gua tak mahu sedut JEREBU. Gua tidak bersenam pagi ini.

Berjalan pulang Siti  ikut gua hampir  sampai ke Pintu Masuk - dia dapat hati dan nasi. Ha ha – tak sangka  ramai juga  yang ikut Siti -  gua tabur  apa yang ada,

Hujan datanglah – curah dan basahi kami yang di selubungi JEREBU. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU

BRO
Bila hujan datang ianya membawa sejuk dan cinta. Mencerah ingatan mandi air hujan zaman kanak-kanak.

BRO
Bila jerebu sampai kita berharap hujan datang membasuh.

BRO
Jangan marah pada hujan pembawa banjir. Hujan juga bawa perubahan. Sekali hujan datang sekali kita sedar. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA