Jumaat, 21 November 2014

SEJARAH BERULANG LAGI





 BERDEMO 
kecil tua muda
jantan betina
semua keluar berdemo



KOMENTAR
inilah yang berlaku 40 tahun dahulu
hujan turun bulan november
hujan turun bulan disember
harga getah jatuh
harga barang makan naik

maka orang kampong di utara kedah
maka orang kampong di baling
maka orang kampong di sik
maka orang kampong di tikam batu
turun ke jalan raya

sejarah berulang kembali


WARGA 

BALING 
warga baling
warga utara kedah
turun berdemo

Harga getah jatuh, penoreh sengsara 

hilang 66% pendapatan


Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malah hampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.
Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600, hilang kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini.
Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di Negeri Sembilan berkata, hidupnya kini bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais malam makan malam'.
"Kalau dulu boleh menyimpan duit untuk belanja keperluan anak, sekarang dalam buku bank RM1 pun tidak ada.
"Kami tidak ada pilihan selain terpaksa ikat perut lebih-lebih lagi harga barang dan makanan sekarang semuanya mahal," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Sebagai pekebun kecil, beliau terpaksa akur dengan harga getah yang merudum teruk sehingga RM1.60 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.
Lebih menakutkan, beliau tidak dapat membayangkan keadaan dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-getah-jatuh-penoreh-sengsara-hilang-66-pendapatan#sthash.VtI6EnJq.dpuf

PELAJAR
turun berdemo
3 disember 1974 
dataran merdeka untuk pertama kali 
dijadikan tempat berdemo
masjid negara untuk pertama kali
dijadikan tempat berdemo
serjarah dilakar 40 tahun dahulu
--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayah aku ada disebelah pakcik tahun1974 tu.

Tanpa Nama berkata...

Bagus lah...

Harga Getah jatuh , banyak lah orang orang Melayu boleh kunyah Chewing Gum....

Chewing Gum mahal tau.

Tanpa Nama berkata...

Harga Kangkong turun, kenapa tak puji Kerajaan?



Harga Getah turun, kenapa tak puji Kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2.....puji la najib....