Isnin, 15 Disember 2014

:LAGI BUKTI PILIHAN RAYA TIPUI








Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bersambung semula pada:

Tarikh : 15 Disember 2014 (Isnin).
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera (TUDM) Pangkalan Udara KL, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Perbicaraan ini bersambung walaupun Badan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan media menggesa perbicaraan Mejar ditangguh sehingga semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Halt Court Martial of Major Zaidi Ahmad Pending Judicial Review by High Court

Ini berikutan kemungkinan wujudnya prejudis dalam panel penghakiman (lihat kenyataan BERSIH 2.0 http://www.bersih.org/bersih-2-0-gesa-siasat-dakwaan-hakim-memberi-komen-dalam-laman-berita/).

Kami masih mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah menunjukkan kesetiaannya terhadap rakyat dan negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya siasatan dibuat terhadap isu dakwat kekal. Aduan itu tidak mendedahkan apa-apa perkara yang menjejaskan keselamatan negara. Perlu ditekankan lagi, bukan imej institusi tentera yang tercemar tetapi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Namun badan tersebut masih tidak dipertanggungjawabkan atas kegagalan dakwat kekal pada PRU13. Sebaliknya Mejar Zaidi yang berprinsip atas kebenaran pula yang dihakimi.

Peringatan Penting:1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.

2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh kira-kira 1KM.

3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah.
4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep di talian 03-77723275/019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan betul pn di hadapkan ke mahkamah....apa punya cerita undang2 m'sia.....low class....