Rabu, 7 Januari 2015

NAJIB SUWEY MENIPU KANTOI






Bermain Golf di Bangkok Selepas Hawaii? Najib Wajib Nafi Laporan Bangkok Post

Saya merasa kesal dengan laporan Bangkok Post semalam yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak dan isteri beliau Rosmah Mansor telah melawat Bangkok pada 2hb Januari untuk bermain golf dan bermalam di Hotel Shangri-La, Bangkok di samping bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Gen Prayut.

Dalam keadaan Najib belum menjelaskan kemusykilan tentang Jet Rasmi Kerajaan Malaysia yang diterbangkan merantau Amerika atas sebab “masalah teknikal”, laporan Bangkok Post ini menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia.

Sedangkan Malaysia sedang mengalami banjir paling teruk sejak tahun 1971, ini merupakan kali kedua Perdana Menteri Malaysia dilaporkan bermain golf bersama pemimpin negara asing berikutan laporan Washington Post bahawa Najib bermain golf bersama Obama di Hawaii pada Christmas sedangkan banjir sedang melanda Malaysia.

Saya bagi pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Najib supaya menafikan laporan Bangkok Post kerana ini adalah berkaitan dengan imej negara. Najib mesti menjelaskan sebab lawatan ke Thailand dibuat bagi menjelaskan isu ini.

Saya ingin mengingatkan Najib bahawa ketia beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Thailand atas sumbangan 500 tan beras kepada mangsa banjir, kos minyak jet 9M-NAA yang dibenarkan merantau untuk seminggu yang lepas adalah cukup untuk menampung beras sebanyak 247 tan. Pemborosan kerajaan Barisan Nasional jika dijimatkan, sememangnya cukup untuk membantu mangsa banjir kali ini di seluruh Malaysia.
 
Selain itu, alasan Pejabat Perdana Menteri tentang “masalah teknikal” yang dihadapi jet 9M-NAA yang mengakibatkannya terpaksa singgah di sekitar Amerika adalah sangat aneh. Adakah jet tersebut yang menghadapi masalah teknikal tetapi berkemampuan untuk terbang dari satu tempat ke tempat yang lain?

Akhir sekali, AMK mendesak Pejabat Perdana Menteri supaya mengumumkan senarai penumpang dalam jet 9M-NAA dengan segera bagi menjawab pertanyaan orang ramai tentang siapa sebenarnya yang menggunakan jet tersebut dalam tempoh dua minggu yang lepas.


Lee Chean Chung
Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK)








----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

golf tu tuhan mat monggol.kah..kah..kah..

matstimketum berkata...

malaon ni patot ditendang dari menerajui malaysia. hancus negara kalo dibiar lama lagi memerintah!

Tanpa Nama berkata...

Ala suratkabar siam tu dengki dengan kita. Semua orang dengki dengan kita. Sebab kita kan best