JANGAN
BUANG MASA
Apa
yang saya tulis kali ini adalah rakaman pengalaman untuk menjadi
rujukan. Pengalaman itu adalah ilmu. Ilmu datang dari pengalaman yang
terkumpul. Ilmu bukan datang dari mimpi. Bidang apa pun ilmu itu
pasti ianya bukan datang dari betapa dibawah pokok pisang. Ilmu
bukan datang dari suara jin atau pelesit. Ilmu adalah pengalaman
terkumpul. Apabila pengalaman ini ditulis maka ianya menjadi ilmu
rujukan.
Apabila
kita baca buku – yang kita baca itu adalah pengalaman orang lain.
Rumusan dalam buku itu adalah rumusan dari pengalaman Sang Penulis.
Kita membaca untuk mengenal pasti pengalaman. Untuk kita jadikan ilmu
rujukan.
Jangan
buang masa berbincang pekara-pekara remeh. Contohnya - jangan mula
hendak berfikir untuk mulakan kempen penerangan Kes Jubur Saifol.
Jangan buang masa. Jangan sekarang ini baru hendak buat kempen
penerangan.
Jangan
buang masa dengan cadangan-cadangan bangang untuk membuat apa yang
dikenali sebagai ' road show' untuk menerangkan kes Anwar.
Cadangan
bangang ini biasanya datangnya dari Si Polan bin Si Polan dengan
tujuan untuk dilihat sedang melakukan satu kerja politik untuk
membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buluh. Ini kerja bangang. Orang
ramai telah tahu. Rakyat seluruh Malaysia telah tahu. Rakyat dunia
pun tahu apa yang telah terjadi kepada Anwar Ibrahim. Jadi jangan
buang masa.
Laporan
berita dan analisa tentang kenapa Anwar dipenjara ini telah ditulis
berjela-jela. Buku dan kitab telah banyak ditulis.
Bergantang-gantang air liur telah terhampur menerangkan duduk pekara.
Semua media dunia – BBC, ABC, CNN, ITN, CHANEL4, FOX dan dan dan
telah melaporkan secara terperinci. Buka YouTube lihat kembali
REFORMASI98. Semua ada. Justeru, jangan buang masa.
Selama
15 tahun Reformasi98 telah berjaya mempropagandakan bahawa kes liwat
Azizan Abu Bakar – pemandu Wan Azizah – adalah satu konspirasi
politik bertujuan untuk menjatuhkan Anwar. Kenapa Anwar wajib
dijatuhkan pada tahun 1998?
Anwar
wajib dipenjara kerana Anwar hendak menjatuhkan Mahathir Muhamad.
Kenapa Anwar hendak jatuhkan Mahathir? Kerana dasar ekonomi Mahathir
sedang mengkayakan kroni Mahathir sahaja. Kroni Mahathir TIDAK mahu
berkongsi kekayaan. Ramai kroni dan penyokong Anwar tidak dapat
apa-apa kerana dasar Mahathir Muhamad. Ini amat jelas. Jadi jangan
buang masa.
Hakikatnya
- Anwar dipenjarakan pada tahun 1998 kerana perebutan ekonomi.
Politik ialah ekonomi. Jangan buang masa buat cerita moral. Jangan
buang masa buat cerita agama. Jangan buang masa buat cerita janggut
Nabi. Jangan buang masa untuk debatkan sembahyang siapa lebih afdal.
Anwar
dipenjara pada tahun 1998 kerana ada berbilion bilion ringgit harta
kekayaan negara yang sedang dirembat oleh kroni Mahathir. Buka mata
dan ingat – ada berbilion bilion ringgit duit negara yang ingin
dirembat oleh kroni Mahathir.
Justeru
jangan buang masa dengan kesah Azizan yang kaki berbulu. Semua orang
sudah tahu. Tilam. Ummi Hulfilda. Rahim Noor. Aziz Shamsuddin –
hanyalah aji no moto dalam kes pemadu kereta yang bernama Azizan Abu
Bakar.
Pada
tahun 1998 – kami Generasi Reformasi98 TIDAK buang masa. Kami
telah tahu apa yang kami wajib buat. Kami telah sedar jalan mana yang
wajib kami ambil. Tidak ada huh tidak ada hah. Mahathir Muhamad
wajib dijatuhkan. Parti United Malays National Organistaion wajib
ditumbangkan. Ini jelas. Kami tidak buang masa dengan pekara remeh.
Dalam
tulisan ini biar saya surahkan fakta fakta sejarah untuk membuktikan
tentangwujudnya kerja-kerja politik bangang. Kerja kerja bangang
yang tidak membawa apa apa faedah. Kerja-kerja bangang yang membuang
masa.
Ketika
ledakan REFORMASI98 terjadi Sangkaran Pillai a.k.a Chandra Muzaffar
telah dilantik untuk menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan
Nasional. Ketika ini Anwar telah setahun dalam penjara. Pada satu
petang saya telah dipanggil ke Bukit Damansara – rumah lama Anwar
– untuk berbincang apa yang perlu dilakukan untuk membebaskan
Anwar.
Petang
itu dari mulut Sangkaran Pillai muncul idea kempen untuk membasuh
bendera Malaysia. Basuh bendera ini sebagai simbolik tentang
Malaysia yang kotor. Inilah cadangan yang paling bangang yang pernah
saya dengar. Tidak adalah yang kerja politik paling bangang dari
basuh bendera.
Lalu
persoalan timbul kenapa kempen basuh bendera ini cuba dianjurkan?
Kenapa cadangan bangang ini muncul?
Untuk
jawapannya - biar saya buka lagi satu fakta sejarah. Biar saya
bersurah lagi. Kali ini bukan tentang Anwar Ibrahim. Ini berlaku
ketika saya menjadi salah seorang Pemandu BERSIH2.0. Lapan Tuntutan
Bersih telah dihebohkan. Rakyat telah diberitahu.Demo Bersih 1 dan
Bersih 2 telah selesai. Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya – barua
setia Parti Ketuanan Melayu – tidak ambil pot.
Lalu
timbul cadangan agar aktivis Bersih mengikat riben kuning pada
kereta. Ikat riben kuning pada pokok kayu. Ikat riben kuning pada
pasu bunga. Jelas ini satau cadangan kerja bangang dari sebuah NGO
yang dipimpin oleh Ivy Josiah yang menjadi kerabat Bersih.
Tetapi
kenapa cadangan-cadangan bangang ini muncul?
Cadangan
bangang ini muncul dari mulut ajen gelap atau ajen tidur atau orang
suruhan United Malays National Oganisation. Mereka cuba mensabotaj
gerakan massa. Tak percaya. Sila selidiki di mana Chandra Muzafar sekarang? Sila juga selidiki NGO yang cadang pasang riben kuning
dapat duit dari siapa. Apa yang ditulis ini fitnah. Ini fakta.
Jangan
buang masa untuk terus berlabon dan berbincang kali ini Anwar
dipenjara kerana rancangan Najib atau rancangan Rosmah. Atau ini
rancanagn Daim atau ini rancangan Mahathir.
Jangan
buang masa bincangkan siapa Saifol dan siapa Mumtaz. Jangan buang
masa untuk bincangkan sama ada hakim adil atau tidak. Tak perlu
bincang siapa Shafiee yang diupah oleh Najib ke Paris untuk
'rayau-rayau' kes bunuh Altantuya.
Jangan
buang masa. Semua ini tidak penting lagi kerana Anwar Ibrahim sudah
masuk jil.
Pasang
lilin depan penjara Sungai Buluh boleh lepas geram tapi akhir semua
kerja ini adalah sia sia. Kerana ianya tidak akan membebaskan Anwar
Ibrahim. Malah mungkin ada ahli-ahli PKR atau penyokong Pakatan akan
melihat mereka telah melakukan kerja politik kerana telah membakar
lilin di hadapan penjara Sungai Buluh.
Bakar
lilin depan penjara ini agak tinggii tarafnya berbanding dengan
basuh bendera atau ikat riben kuning. Tapi – awas - bakar lilin
di depan penjara ini samalah saperti bakar lilin dalam hutan Belum.
Tak memberi impak. Tak ada siapa yang tahu. Tak ada siapa yang
melihat. Cik Gu penjara bekerja makan gaji. Kalau pun ada yang
simpati – ramai tak ambil pot. Akhirnya ' bakar lilin ' ini akan
cair dan padam sendiri.
Jangan
buang masa. Anwar Ibrahim sedang dipenjara. Jangan lok lek lok lek.
Jangan kalih beralih. Jangan bincang tak habis-habis. Jangan
bermesyurat tak putus putus.
Jawapan
depan mata. Yang wajib dibincangkan ialah Hari apa? Jam Berapa? Dan
Dimana? Bila apa? Hari apa? Jam berapa? Apa bendanya ini?
Jawabnya:
Turun ke jalan raya.
Inilah
teknik perbincangan Reformasi98. Para Reformis bukan membicangkan
sama ada nak buat road show atau nak bakar lilin atau nak ikat riben.
Apa para Reformis98 bincangkan ialah berapa ribu boleh turun
berdemo. Berapa ramai boleh turun ke jalan raya. Berapa banyak yang
boleh dikumpulkan.
Jangan
buang masa Anwar Ibrahim sudah dalam penjara. Jadi, masanya telah
sampai untuk turun ke jalan raya. Bila masanya? Masanya sekarang.
Sekarang sentiasa masa yang tepat.
Kenapa
perlu ke jalan raya? Inilah ilmu yang ditemui oleh Reformasi98. Tanpa
jalan raya mustahil Mahathir akan udur. Tanpa jalan raya dari tahun
1998 hingga tahun 2001 –mustahil Perdana Menteri Mahathir
Muhamad akan letak jawatan. Tanpa jalan raya mustahil ada kemenangan
dalam tahun 2008. Tanpa jalan raya mustahil ada kemenangan dalam
PRU13. Ini adalah pengumpulan pengalaman. Ini adalah ilmu politik
yang muncul dari pengalaman.
Dalam
kajian makmal jika sesuatu percubaa boleh diulang buat dan
menghasilkan jawapan yang sama maka percubaan itu menjadi ilmiah.
Jalan raya telah menjadi ilmiah sebagai kerja politik pada tahun 1998
hingga tahun 2013. Malah kerja politik ini terbuktri berjaya di
Mesir, di Indoesaia, di Siam, di Filipina dan di Iran.
Politik
jalan raya akan membuktikan bahawa kezaliman wujud dalam negara ini.
Kerana adanya kezaliman maka ramai rakyat TIDAK puas hati. Kerana
tidak puas hati rakyat turun ke jalan raya. Kalau tidak turun ke
jalan raya ertinya tidak ada kezaliman. Semakin besar ombak jalan
raya semakin ramai yang akan terpukau dan masuk bersama ombak ini.
Ini
adalah hukum politik. Tidak ada sesiapa yang ingin dilihat
ketinggalan dalam ombak perubahan yang akan di bawa oleh jalan raya.
Demo
di jalan raya adalah sekolah politik yang tuntas. Pembelajaran
politik tentang apa itu daulah, apa itu daulah terpendam, apa itu
jentera daulah, siapa itu ajen daulah. Dengan sekelip mata para
demonstran akan faham apa peranan mata-mata, peranan polis, apa
peranan media, apa peranan mahkamah.Jalan raya ialah sekolah politik
terunggul.
Dalam
politik jalan raya juga akan terbogel dan ditelanjangkan
politikus-tikus yang menyamar bising. Akan terbonggeng politikus suka
masuk frame tapi kecut dan takut berpolitik di jalan raya.
Paling
penting ribuan turun ke jalan raya ini akan membuktikan kerajaan
Najib Rosmah adalah zalim. Ribuan dijalan raya ini akan menjadi
berita dunia. Ribuan dijalan raya akan menjadikan Malaysia focus
media dunia. Klip dan gambar media dijalan raya akan mempengaruhi
pemimpin-pemimpian negara luar untuk terus memberi tekanan kepada
Najib Rosmah.
Kemarahan
jalan raya ini wajib diteruskan kerana Pakatan Rakyat mendapat mandat
adalah 52% untuk mentadbir Malaysia. United Malays National
Organisation hanya mendapat 47% sokongan. Gerombolan Ketuanan Melayu
berkuasa kerana mereka menipu dalam pilihan raya. Di jalan raya
gerombolan Ketuanan Meayu tidak akan berjaya menipu.( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang berniat melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03 -92-2130-45
12 ulasan:
Tanpa sokongan dari PAS, takkan jadi gelombang spt tahun 98. Pas adalah satu2nya parti yg boleh membawa puluhan malahan ratusan ribu rakyat turun ke jalanraya. Parti2 dan organisasi lain tidak punya keupayaan membawa orang seramai PAS. Ini fakta. Ini hakikat.
Tapi malangnya parti PKR, DAP, organisasi NGO sekular dan blogger2 spt TukarTiub sering menghina, mengutuk dan memperlekehkan PAS. TukarTiub contohnya seringkali menghina PAS melalui pelabelan dan kata-kata yg sangat mengaibkan khususnya terhadap kepimpinan ulamak dalam PAS.
Inilah BODOHnya TukarTiub. Seorang yang buta dan tidak memahami budaya politik Melayu-Islam.
Teruskanlah usaha anda TukarTiub untuk menghina kepimpinan ulamak dan Tuan Guru Haji Hadi. Teruskan hinaan anda! Nescaya anda akan lihat berapa ramai rakyat yang anda boleh bawa turun ke jalanraya. Tahun 98 puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah kerana gerakan reformasi ketika itu mendapat dukungan penuh daripada kepimpinan PAS khususnya drp mantan Presiden PAS allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan juga sokongan daripada daripada kepimpinan ulamak PAS.
Tapi sekarang apa yang terjadi? Kutukan, cacian dan hinaan oleh orang-orang spt TukarTiub kepada golongan ulamak PAS. Jadi tidak hairanlah kalau sekiranya kempen untuk turun ke jalanraya telah GAGAL menarik puluhan ribu orang untuk menyertainya.
Orang yang tidak belajar dari pengalaman lepas adalah TukarTiub sendiri!
Betul kata pak syeikh tt.Surah Madet pasal janggut nabi semua orang tahu.tapi yang penting adalah fakta Pakatan Rakyat diketuai anwar mendapat 52%.kita adalah majoriti senyap bukannya gerombolan penyamun united malay ngok organisation.yang ditipu oleh utusan meloya adalah fakta gerombolan hanya dapat 47%.Kerajaan sekarang adalah kerajaan haram,sesiapa yang makan gaji dengan kerajaan ala haramjadah adalah manusia bangsat bersekongkol dengan melayu pariah.najib tak boleh mendabik dada, jalan terbaik adalah TURUN KE JALAN RAYA SUPAYA BIK MAMA TAHU RAKYAT ADALAH TUAN DALAM NEGARA INI.Bukan Madet keling, bukan Daim, bukan kerajaan UMNgOk.kah...kah...kah..
Aku pun tak setuju pasal pasang lilin ni. Lebih baik main meriam buluh. Pasang lilin ni macam cina kapior sambut kematian. Kalau main meriam buluh rasa sikit macam nak raya. Setidak2nya laku buluh orang kampung.
Sekuriti guard penjara mesti terkoncing dalam seluar apabila dengar bunyi hali-lintar dentum-dentam.
1.siannnn kat ko bhaiii!!masih terkenang memori 98!!berpijakla di donia nyata bhaiii!!sekarang tahun 2015 bhaiii!!
2.ko tenguk perkembangan terkini bhaiii!!waktu anuar dijatuhkan hukuman!!berapa yang datang bhaiii!!sebelah tangan jee!!masa demo kat sogo!!100 jee bhaii!!perhimpunan budak tadika pun banyak dari tu!!!
3.sekarang sapa pun tak heran tentang anuar brahim!!!tak dak penyokong bhaiii!!puak kapiaq pun ko ingat sokong anuar ke bhaiii!!depa pun dok tergelak sakan dengan perangai anuar!!cuma depa sokong sebab depa ada kepentingan!!itu jeeee!!
4.zaman berpuluh ribu turun berdemo tinggai kenangan!!zaman ulama pas percaya kat anuar sudah berlalu!!tinggai mat sabu terkonteng-konteng cari pengikut!!!rupa nya berpuluh ribu yang turun berdemo hari tu adalah pengikut hadi awang!!!rupanya pkr tiada pengikut!!adapun puak loklaq macam budak-budak beringus macam adam adli tu!!!tak boleh dicontohi lima duit punnn!!!!
5.siannnnnnnnnn!!!!masih tak dapat terima kenyataan!!TIADA PENYOKONG!!!!!
TT..mcm mana nak turun jln raya kalau ada byk sekatan jln raya?
Aku cdg buat demo atas jln Hiway sajalah. Biar Hiway sesak lumpuh. Bila Hiway lumpuh ekonomi lumpuh dan akhirnya kerajaan pun lumpuh dan LINGKUP.
Kalau buat demo kat Dataran merdeka..ekonomi negara tak boleh lumpuh.
Tahun ini tahun kambing....kasih tanduk deras sikitlah itu tiang...setengah tiang berdiri tak indah permailah nengoknyer.....sirul dikambingkan...anwar dikambingkan...tiang negara dikambingkan....alang alang dikambingkan...mai kita tanduk ramai ramai tembok zalim ni....kita test dia punya padu..meka pun tengah tunggu kena test tu....jom menanduk...kita tanduk sampai roboh....jangan main main dengan tanduk rakyat....terpelanting korang karang......kakkakakaka....MENANDUKLAH KAMU SEBELUM KAMU DITANDUK......jom lawannnnnn.....
Sekurang2nya main meriam boleh halou 4 ekor antu raya...cdng yg baguih
Ok bro TT.
Nak main meriam buluh tunggu bulan puasa sekarang kita nak berjuang untuk bebaskan negara ini dari cengkaman UMNO yang zalim. Aku cadangkan buat demo besar-besaran di setiap bandar utama di Malaysia biar polis kelam kabut nak jaga merata tempat.
Sayang seribu kali sayang... anak muda tahun 2015 tak mewarisi semangat anak muda 1998... mungkin pemimpinnya masih lena dibuai mimpi di atas kerusi empuk... kalau turun ke jalanraya silap haribulan kena tangkap... melayang jawatan hilang pendapatan... jalan terbaik... buat bodoh je la...
Khayal kan seketika wahai anak muda semua bangsa,pak2 lebai pas masa dahulu ketika di atas jalan raya kita tersangat ampuh.Dari Reformasi98 ke Malaysian Durians rakyat semua bangsa perlu bersatu berharap dan membina kekuatan.Kalau tak tunggu la telor dah londeh baru nak sedar Kah kah kah
Salah...!!!...bukan jaLan raya, bukan buat buat atas jaLan raya buat saja demo atas Lebuh raya highway...!!!
cari Leboh raya highway yg paLing padat...ingat saja contoh pengaLaman toll bukit kemuning yg tak berapa padat...tapi demo toll bkt kemuning waLau hanya sekaLi tapi terangkat dan tercatat daLam sejarah, manis suit pengaLaman bkt kemuning...rakyat menjadi raja Leboh Raya...hui ho hui ho hui ho
Catat Ulasan