Sabtu, 14 Februari 2015

TERUSKAN LAGI






308

Sambutan Hebat Kempen 

“BERARAK UNTUK KEADILAN”

 Machang Bubuk

Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon telah melancarkan Kempen "BUK" di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam pagi tadi sempena Program Kaligrafi Tahun Baru Cina. Kempen tandatangan poskad tersebut telah mendapat sambutan yang amat hebat daripada penduduk tempatan. Hampir 500 keping poskad telah ditandatangani oleh penyokong dalam tempoh masa dua jam sahaja.

Apabila ditemudugai, ramai yang bersimpati dengan keadaan  Anwar Ibrahim yang diaib dan dizalimi oleh konspirasi politik kotor UMNO/BN.

Lee Khai Loon berkata, “saya berasa terharu kerana dalam masa yang singkat, kami telah berjaya mengutip hampir 500 tandatangan daripada penduduk sekitar yang tidak kira bangsa, umur dan gender. Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang telah menunjuk tanda solidariti bersama Anwar Ibrahim dengan menyokong kempen ini.”

Seterusnya, kami akan menjalankan kempen ini di setiap kawasan Machang Bubuk sehingga kami mencapai matlamat kami untuk mengutip lima ribu keping poskad yang ditandatangani oleh penyokong. Ceramah Jelajah Rakyat Hakim Negara di Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Pasar Permatang Tinggi telah dijadualkan pada malam ini dan pagi 15hb Feb.

Semua poskad tersebut akan dihantar kepada saudari Nurul Nuha, anak kedua Anwar Ibrahim yang telah melancarkan Kempen “Berarak Untuk Keadilan” untuk disampai kepada Pejuang Rakyat yang dihormati iaitu Anwar Ibrahim dalam masa yang terdekat.






-----------

Tiada ulasan: