Selasa, 28 April 2015

SAKIT SUDAH TENAT




KOMENTAR
ini satu petanda yang amat jelas
ini satu signal yang terang
bahawa najib wajib celah
atau parti ketuanan melayu ini
akan lungkup habis

pak lah yang tak banyak cakap
kalau dah cakap macam ini
maknanya amat amat berat
amat amat tenat keadaan
yang dihadapi najib












Najib perlu jawab kepada rakyat, 

kata Pak Lah


Najib Razak perlu menjawab kepada rakyat mengenai segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya kerana ia merupakan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri, kata bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Ia termasuk membuat keputusan sama ada beliau perlu meletak jawatan atau mempertahankan kedudukannya seperti desakan beberapa pihak terutama pengkritik tegarnya Mahathir Mohamad, kata perdana menteri sebelum Najib itu.
"Saya lihat apa yang berlaku, apa yang mereka cakap, tidak bawa sebarang kebaikan kepada parti, juga kepada rakyat.
"Beliau sebagai perdana menteri, perlu jawab. Ada tanggungjawab untuk menjawab segala tuduhan. Sebab dia pemimpin parti, dia yang kena cakap," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib tidak seharusnya mendiamkan diri dan menjadi tanggungjawabnya menerangkan kepada rakyat situasi sebenar.
Bercakap selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib perlu menyatakan pendirian mengenai perkara yang dirasakan harus diberi keutamaan.
"Najib akan putuskan apa yang beliau hendak buat. Tanggungjawabnya untuk beritahu perkara yang perlu diberi keutamaan kepada parti.
"Itu yang beliau (Najib) nak cakap, jadi beliau kena beritahulah. Takkanlah beliau nak senyap," katanya.
Ditanya saranannya terhadap kedua-dua pemimpin negara tersebut, Abdullah dengan ringkas menjawab: "buat kerja masing- masing."
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapakah pengganti yang layak mengambil tempat Najib.
"Apa yang beliau ( Mahathir) cakap, biarlah. Sebab itu saya tidak cakap pada sesiapa," katanya merujuk kenyataan  Mahathir yang menamakan i Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih dari Najib.
Kepada persoalan sama ada Najib perlu akur dengan desakan untuk meletak atau meneruskan kepimpinannya, Abdullah berkata: "Itu keputusan (beliau). Apa yang (Najib) nak buat,  (Najib) akan lakukan," katanya. – 28 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-jawab-kepada-rakyat-kata-pak-lah#sthash.DrnO6ocB.dpuf

JENG JENG 

JENG
kah kah kah
woit
ini ucapan siapa?
ucapan pak mentua
atau ucapan menantu
kah kah kah
ini berat
pak lah pun dah padai
ini berat 
kalau pak lah dah bangun
maknanya najib akan tidoo

APA PUNYA DOOOL
-----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat sungguh Paklah ni.Tidooooo begitu lama bole bangun semula.Ingat dah mamposs dah.....kah...kah...kah...