PENYOKONG
NAJIB
Zam: Media pro-kerajaan punca Najib dapat penyokong sampah
Media prokerajaan lebih mengutamakan individu menyeleweng berbanding pemimpin UMNO berintegriti untuk mempertahankan Najib.
PETALING JAYA: Zainuddin Maidin menyindir media pro-kerajaan yang menggunakan individu yang sudah hilang nilai integriti untuk mempertahankan Najib Razak.
Beliau berkata, media pro-kerajaan menggunakan individu popular untuk menangkis serangan terhadap Najib tetapi sebenarnya mereka itu popular dengan penyelewengan dalam UMNO.
Katanya, tidak hairanlah jika ada sesetengah penyokong Najib itu ‘sampah’ yang disebabkan tindakan tidak profesional media prokerajaan.
“Nak cari bantuan carilah orang yang berintegriti untuk diletakkan di barisan depan dan bukannya muka-muka yang menyebabkan orang tutup TV sehingga rating penonton berita jatuh bagitu teruk,” katanya.
Zainuddin berkata, individu tidak berintegriti itu diberi keutamaan di media prokerajaan berbanding pemimpin UMNO yang berintegriti.
KAH KAH KAH
kah kah kah
i have nating to add
iu res my kes i lod
PENYOKONG NAJIB
--------------
3 ulasan:
Muka muka SAMPAH pon
Tak kirolah TT ... pado Najib sebagai orang politik yang ponting adolah sokongan ... tak kirolah sampah ko, taik palat ko, kocik macam kolontit ko, tapi sokongan.
Yang cakap pun Zam Maideen apo kurang eeaa ... cubo Najib bori dio pangkat dan duit, bilo-bilo maso dio buleh buek putar (eeeee) 180 darjah.
Kalau dulu PAS cakap dio buleh JV dongan setan untuk kalahkan musuh. Najib pun camtu jugak walaupun eeeee tu lobih bahayo daripada ular ... tapi kebelakangan ni eeeee juga digunokan Najib sebagai kudo tunggangan (badak tak buleh ditunggang).
Kah kah kah...patut la bau semacam je...ade penyokong sampah rupanya...manusia la ni boleh dibeli dgn wang ringgit, sodokkan ngan brim hilang segala keraguan...bila ada prk, sodokkan janji manis xpun lancarkan atau luluskan projek yg ntah kenapa seblm ni xnk pulak dilancarkan atau diluluskan,nak tunggu ada prk br umumkan...bila ada pru barulah jalan kopak kapik akan di tar utk dijadikan modal berkempen walhal dekat 4 tahun mengelak lobang jalan sana sini...maka penyokong wal fanatikun ini akan nampak, wah baguslah kerajaan yg memerintah padahal keperitan kos sara hidup yg semakin menghimpit selama ini lansung dilupakan sumenya gara2 wal fulusikum...
Yg hairanmya, bila bangsa lain atau yg x seagama dgn ketuanan melayu berjaya mulalah disalahkan, mulalah nak diboikot walhal mereka berusaha terus waimma dihimpit...tapi wal bani melayu yg dah berkuasa terus melahap utk tembolok sendiri, peliknya yg terhimpit ni boleh plak menyokong yg menindas, mungkin sbb xnmpk jelas bila diganti dgn wal brim...brg keperluan naik, minyak naik, tarif api air naik tol naik semua ditutupi dgn wal brim...mesti matematik xbrape cemerlang ni...
Kah kah kah...ape punya cikgu matematik xde kasi ajar betul...
Klau katak menguang tanda nak hujan, ada tempat pula, bila ditar jalan tanda nak pru...
Catat Ulasan