Selasa, 25 Ogos 2015

BERITA BAIK DARI KEDAH







LAGI AHLI

TIBAI PRESIDEN


Pemimpin Umno Kedah kecewa, usul Najib letak jawatan


Naib Pengerusi Umno Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali mempertahankan hujah dan usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok, Kedah, 22 Ogos lalu yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Kecewa dengan isu yang melanda parti Melayu terbesar itu, Karim, 51, yang juga bekas ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok berkata, perubahan perlu dilakukan demi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.
"Hari ini semua orang tahu apa yang berlaku, kita tidak boleh bersembunyi lagi. Rakyat yang akan undi pada pilihan raya nanti seramai 15 juta orang.
"Kita (ahli Umno) hanya 3 juta saja. Jadi saya merayu sangat presiden berundur," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah,  Anuar Abd Hamid turut berkata usul tersebut sebulat suara diterima pada hari tersebut.
Beliau turut mendesak pemimpin nombor satu parti itu berundur untuk menyelamatkan Umno.
"Semua sebulat suara. Lepas tepukan gemuruh diterima perwakilan tersebut, kita buat undi dan semua sebulat suara terima," katanya kepada The Malaysian Insider.
Anuar, 64, ketua cawangan selama lebih sedekad itu juga menggesa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan kadar segera.
Beliau turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu yang disifatkan memberi kesan kepada imej parti itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-merbok-kecewa-usul-najib-letak-jawatan#sthash.SzFbIFfj.dpuf
KAH KAH KAH
woit
perang makin merebak
perang makin meluas
kelmarin parit sulung
sekarang pindah ke merbok
apa sudah jadi
duit juta juta mana ilang
duit bilion mana lesap
kongsi kongsi lah
kah kah kah
ahli akar umbi ketuanan melayu
dah mula risau
mereka rasa berat
seksa memikul najib dan rosmah
kah kah kah

BERAT PiKUL



------------

Tiada ulasan: