Rabu, 12 Ogos 2015

PROGRAM MELAWAN ESOK PETANG









ESOK


NAJIB RAZAK AKAN TERLEPAS DARI TINDAKAN JIKA RAKYAT BERDIAM DIRI: PENGANJURAN SOLAT HAJAT DAN RAPAT UMUM

Saya ingin melahirkan kebimbangan bahawa Najib  Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri sekiranya tiada tindakan yang berterusan dari rakyat dan pimpinan masyarakat mendesak beliau mengundur diri.

Hari ini, pendedahan Wall Street Journal mengenai dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau telah berlalu lebih sebulan. Pemecatan Muhyiddin Yassin dari kabinet kerana kritikan beliau terhadap 1MDB juga telah berlalu hampir 2 minggu.

Saya merasakan bahawa keadaan kembali sejuk seolah-olah perkara-perkara ini akan berlalu begitu sahaja dan rakyat merasakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya rakyat berputus asa bahawa tiada apa yang mereka dapat lakukan, Najib Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan lebih banyak kerosakan akan berlaku.

Sebab itu, saya ingin mengingatkan rakyat, NGO dan pimpinan masyarakat tidak kira apa jua latar belakang untuk mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tekanan terhadap Najib Razak untuk berundur. Usaha untuk memastikan skandal-skandal besar tidak sejuk dan berlalu perlu diteruskan dan inisiatif ini perlu dipikul oleh semua pihak.

Oleh yang demikian, saya sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu solat hajat dan himpunan rakyat #selamatMalaysia #saveMalaysia #sokongSPRM #supportSPRM bagi memastikan tekanan kepada Najib  dizahirkan dalam bentuk terbuka.

Aturcara solat hajat dan himpunan rakyat ini adalah seperti berikut:

Tarikh                  : Khamis, 13 Ogos 2015
Masa                    : 730 malam hingga 11 malam
Tempat                : Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah

729 malam           : Solat Maghrib
750 malam           : Bacaan Yassin
841 malam           : Solat Isyak
900 malam           : Solat Hajat
915 malam           : Pidato umum

Majlis akan bermula dengan solat hajat yang akan disertai oleh rakyat beragama Islam sebelum disambung dengan himpunan rakyat dan pidato umum untuk rakyat pelbagai kaum bermula jam 915 malam.

Pimpinan parti politik yang akan hadir termasuklah YB Lim Kit Siang (Pengerusi Parlimen DAP), DSaifuddin Nasution Ismail (Pengarah Pilihanraya KEADILAN), Saudara Mohamad Sabu (Pengerusi GHB), YB  Iskandar Abdul Samad (Naib Presiden PAS), YB Tiew Wei Keng (ADUN Teratai), YB Wong Chen (Ahli Parlimen Kelana Jaya), YB Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan ramai lagi. Pimpinan NGO seperti Saudara Amidi  Abdul Manan dan pimpinan yang lain juga akan berucap pada malam esok.

Saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Najib Razak untuk berundur. Saya yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain dan beliau kekal berkuasa.

Saya juga menyeru supaya ahli-ahli Parlimen lain dan tokoh masyarakat yang lain bersama-sama NGO menganjurkan solat hajat #selamatMalaysia #sokongSPRM yang sama ditempat masing-masing setiap minggu sehinggalah Najib Razak meletak jawatan dan satu siasatan bebas disempurnakan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab bersabit skandal-skandal ini ke muka pengadilan.

Majlis-majlis solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini jika diteruskan setiap minggu akan membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan BERSIH4 yang akan berlaku hujung bulan ini sebagai salah satu kemuncak rakyat menzahirkan protes terhadap Najib Razak.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




------------

4 ulasan:

Nazrio berkata...

kenapa tak jemput tuang presideng pas...???
kenapa tiada mur_jin_duL am pas harun jin...
sapa nak baca dO'a...???
sapa naK amin aLfaihah...
kemana meLayu2 semua
naK berteduH....
puiiiiiii...!!!
taK BEST Lah programme ni...

Tanpa Nama berkata...

aku tak hingin nak pergi sebab iskandar Pas ada bersama.

Tanpa Nama berkata...

Tahun ni catat sejarah slogan utk hari merdeka telah diciptakan berbulan lebih awal.#tangkap najib.pencipta slogan sila hubungi urusetia utk mendapatkan hadiah.sekian tq.adapun org yg mendapat derma terbyk abad ini@perasuah termasyhur akan mendapat sijil guines world rekod n akan mendapat hadiah melancung ke sulawesi utk seumur hidup sekian.pray for msia

Tanpa Nama berkata...

Nama mcm kafiaq...pasai tu tak reti..hrp dpt hidayah..