Isnin, 5 Oktober 2015

ESOK PAGI KE PUTAR JAYA







ESOK PAGI

JAM 9:00

MAHKAMAH

PUTAR JAYA



FACE BOOK

3 hrs 
 

Esok adalah keputusan kes Prof Azmi Sharom di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Latar kes: selepas Prof Azmi Sharom didakwa bawah Akta Hasutan pada 2 September 2014, beliau telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keabsahan akta tersebut. Kes ini sekarang sudah masuk ke mahkamah terakhir, iaitu Mahkamah Persekutuan.

Jika beliau menang esok, Akta Hasutan akan berjaya dibuktikan sebagai tidak sah - dan ini bakal jadi satu loncatan besar kepada usaha memansuhkan akta tinggalan kolonial British ini.

Jika kalah? Beliau akan didakwa semula, dan berhadapan risiko penjara, manakala kita di luar akan terus menentang akta ini. Dan, jika kalah sekalipun, kehadiran dan solidariti kita akan beri semangat kepada beliau dalam menghadapi pendakwaan tersebut.



---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maha suci tuhan. Maha adil tuhan. Dikau masih melahirkan lagi hamba2 Kau yang berani dan tidak takut kepada manusia seperti tuan proffesor azmi sharom ini.

Kepada hakim mahkamah persekutuan. Tuan tenunglah wajah yang mulia tuan proffesor itu dalam2. Tuan selawatlah 3 kali. Tuan bercakaplah dengan tuhan dalam hati. 'Kau bakarlah aku cukup2 dalam neraka nanti kalau aku silap menjatuhkan hukum pada hambaMu ini. Sesungguhnya aku hanya takut padaMu sahaja ya Allah'

Dam! Hempaslah hammer itu sekuat2 hati. Jangan takut jangan segan. Apa2 pun kita bicara lagi kat akhirat nanti kalau tak setel di dunia ini.