Khamis, 17 Disember 2015

MAKIN RAMAI MAKIN BERETAMBAH







MANA DiA

PENYATA

KEWANGAN

Lagi cawangan Umno gesa PM undur


Walaupun Perhimpunan Agung Umno ke-69 telah berakhir, namun masih ada lagi ketua cawangan yang mendesak agar presiden parti Najib Razak meletakkan jawatan.
Kali ini, ia dilakukan oleh lima cawangan Umno di bahagian Gombak iaitu cawangan Delima Lembah Keramat, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai, Lakeview Batu Caves dan Taman Melawati.
Sementara itu, menurut jurucakap ketua cawangan tersebut, Hamdan Abd Rahman, pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang ada sekarang.
Katanya, apa yang lebih penting sekarang ialah parti bukannya individu yang ada di dalam parti tersebut.
"Kita perlu mengamalkan budaya memetingkan parti lebih daripada individu (dalam parti).
"Dalam keadaan sekarang parti lebih penting daripada presiden parti," katanya dalam sidang media malam ini.
Selain itu beliau turut mempersoalkan penyata kewangan yang tidak dibentangkan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
"Perhimpunan kali ini bendahari tudak membentangkan penyata kewangan tahunan seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Apa yang hendak disorokkan?" soalnya.
Sebelum ini, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang mendesak Najib berbuat demikian.
Malah, sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama.
Ia turut diikuti oleh cawangan Umno dari Johor Bharu dan Puchong.

KAH KAH KAH
woit
betul tepat
kenapa bendahari senyap
duit 2.6 bilion derma
tok arab untuk parti
mana laporan kewangan
kah kah kah
mana laporan duit masuk
mana laporan duit keluar
kah kah kah
ini bukan kes rasuah
ini kes menyamun
kah  kah kah

SAMUN LAGI

------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BILYON BILYON bukan untuk BEWAK

UMNO ada 3 Juta Ahli mau jugak pau pau pau

Sudah kenyang baru boleh lelap Otak

Kena LAHAP dulu kan.....

Kan Melayu Melayu tu.