Rabu, 16 Disember 2015

SURAH TOK ARAB




SURAH TOK ARAB

Parti United Malays National Organisation baru selesai berhimpun. Himpunan kali ini amat-amat menarik. Najib Razak Presiden kepada parti Ketuanan Melayu ini sedang digasak kiri dan kanan. 

Serangan bertubi-tubi datang awal -  sebelum parti Ketuanan Melayu mula bersidang. Serangan datang dari dalam parti sendiri. Saperti biasa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad terus menyerang. Mahathir dibantu oleh dua pimpinan parti  - Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal. Dua sosok ini telah dilucutkan dari jawatan menteri tetapi masih menjawat kedudukan parti.

Mahathir bekas Presiden parti Ketuanan Melayu ini secara terbuka mahu Najib berundur. Mengikut bacaan politik Mahathir jika Najib terus memimpin hingga ke  PRU14 - parti Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional akan lingkup. Mahathir telah berulang-ulang kali membacakan mantra ini. Mahathir Muhamad - yang dikenali sebagai Yang Amat  Mulia Tun kini menjadi Don Mahathir memimpin Gerakan Anti-Najib.

Gerakan Anti-Najib ini juga mendapat sokongan dari GKCM - Gabungan Ketua Cawangan Malaysia. Ini adalah gerakan ahli-ahli parti Ketuanan Melayu dari  wilayah akar umbi yang mahu Najib berundur. 

GKCM berpendapat Najib ini lebih banyak membawa bala kepada parti dan Bani Melayu. GKCM tidak mahu memikul biawak hidup jauh sekali memikul anak badak.  Justeru, beratus-ratus ketua-ketua cawangan telah mengadakan mesyuarat dan secara terbuka mengadakan sidang akhbar menuntut Najib berundur.  Gerakan ini  kelihatan sebaris  bersama  Yang Amat Mulia Tun.

Justeru, ketika ini GKCM sedang menjadi api dalam sekam. Memperngaruhi ahli-ahli cawangan. Berpropaganda di Bahagian. GKCM sedang menjadi api dibatang rokok. Dihisap atau tidak dihisap bukan lagi soalan. Rokok telah dibakar - menunggu masa sampai ke puntung untuk membakar jari.

Kerana Najib digasak kiri dan kanan maka perhimpunan kali ini bertemakan  Perhimpunan Selamatkan Najib. Dari awal lagi tembok dan benteng telah didirikan untuk memastikan serangan terhadap Najib dapat ditepis dan dikendurkan.

Babak politik yang paling menarik kali ini  ialah Surah Tok Arab. Duit derma dari Tok Arab ini telah menjadi peluru berpandu menyerang Najib. Berdentam berdentum Surah Tok Arab ini berkumandang ke seluruh  alam Melayu. Tak putus-putus Surah Tok Arab ini meledak menjadi tajuk induk dalam portal berita.

Zahid Hamidi pada awalnya  pernah berkata yang duit 2.6 bilion ringgit ini datang dari saekor PENDERMA dari benua Arab bukan dari benua Keling. Bila berita Tok Arab ini muncul saentero alam Melayu tertanya-tanya. Siapakah gerangan Tok Arab yang baik hati ini. Spekulasi bermacam-macam. 

Akhbar luar negara  telah melaporkan berita Putera Walid dari Saudi  dengan garang telah menafikan dirinya ialah Tok Arab itu.

Spekulasi berterusan. Surah Tok Arab ini  menjadi  bertambah hangat. Mengikut kata Zahid Hamidi Saekor Tok Arab menjadi amat-amat gumbira kerana Malaysia berjaya memperkasa mazhab Sunnah Wal Rasuah oppps.. maaf Sunnah Wal Jamaah. Tok Arab ini amat-amat gumbira tanpa bantuan pil kuda atau air ketum Si Tok Arab ini  telah menderma sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan 2.6 bilion ringgit. Ini Surah Tok Arab bahagian awal.

Tetiba, sebelum gerombolan Ketuanan Melayu berhimpun, Najib sebagai Presiden Parti telah membuka mulut. Dari temubual dalam sebuah akhbar Bahasa Inggeris  Najib menggambarkan duit derma ini datang bukan dari saekor Tok Arab. Ada beberapa ekor.
\
Temubual Najib dengan akhbar ini sabenarnya adalah cara Najib berlangir Mandi Air Sabun Fab sebelum ahli-ahli parti Ketuanan Melayu berhimpun. Setelah Mandi Air Sabun Fab ini  maka  Najib boleh  mengaku dirinya suci dan bersih untuk terus memimpin parti Ketuanan Melayu. 

Sayangnya, lebong  Najib  melalui temubual ini  telah   memaksa Zahid bersilat lidah. Kini  Zahid  wajib mengubah ayatnya. Dari saekor Tok Arab kini Tok Arab telah beranak pinak. Dari saekor Tok Arab  kini telah menjadi jamak. Saekor Tok  Arab telah beralih menjadi Tok Tok Tok Tok Tok Arab Arab Arab Arab.  

Surah ini tidak habis disini sahaja.  Ayat dua dari surah ini  secara soheh berkesah bahawa Tok Arab ini menderma kepada parti United Malays National Organisation.  Maka sahlah cakap Najib bahawa duit ini tidak digunakan oleh Najib untuk membeli coli atau beg Birkin suaminya. Najib tidak pernah menggunakan duit rakyat. Najib pakai duit derma untuk kegunaan parti.  Najib menggunakan duit derma Tok Arab ini hanya  untuk kesejahteraan nusa dan bangsa. Alhamdulilah.

Para pembaca jangan lupa -  dari segi sejarah  - awal wahid akhbar Wall Street Journal (WSJ) dari New York yang telah bertanggung jawab  membuka Surah Tok Arab ini. Ini terjadi berbulan-bulan sebelum perhimpunan gerombolan berlangsung. Akhbar WSJ ini melaporkan  bagaimana Najib telah menerima duit sebanyak 700 juta dolar Amerika atau bersamaan 2.6 bilion ringgit. Duit dolar ini dihantar dari bank luar negara masuk ke dalam akaun pribadi sosok yang bernama Muhamad Najib bin Abdul Razak di Ambank.

Jangan lupa - apabila  Surah Tok Arab didengari ramai  - Si Najib marah dan mengugut mahu menyaman akbar WSJ. Dilebongkan - entah ia entah tidak - peguam Najib telah ke hulu ke hilir - dari London ke New York - dari New York ke Masjid India  mencari peguam terbaik dunia untuk menyaman WSJ.

Pada awal wahid Najib menafikan adanya duit  700 juta dolar ini masuk ke akaun pribadi dirinya. Mengikut Najib semua itu fintah dan tohmah. Najib marah dan bengis. Malah seorang pakar  Ilmu Tilek dan Pakar Tangkap Jin telah berkata bahawa tidak masuk akal duit sebanyak itu masuk ke dalam akaun pribadi Najib. Mengikut pakar Jinnakolojis ini Najib bukan  bodoh saperti Jin yang sering ditipu masuk ke dalam botol.

Pada awalan ketika Surah Tok Arab ini diwahyukan kita sering mendengar suara-suara  dari ahli kabinet Najib.  Menteri jantan, menteri betina  dan menteri tak tentu jantan betina semuanya naik marah. Semua mengatakan akhbar WSJ ini membuat fitnah dan tohmah. Mengikut menteri bergenre Hasan Malik ini  ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Dari segi sejarah salasilah ayat dari Surah Tok Arab  ini sampai terputus-putus. Tetiba wahyu sampai lagi. Ayat baru ini sampai ketika ahli parti sedang berhimpun. Mengikut kata Zahid Hamidi duit derma ini bukan dari beberapa ekor Tok Arab tetapi datang dari  Sebuah Kerajaan Tok Arab yang amat gumbira kerana Malaysia negara Islam yang berjaya. Malaysia berjaya dengan Sunnah Wal Jemaah dan berjaya melawan Isis.  

Bila ayat ini sampai Satu Malaysia jadi lintang pukang. Mula-mula saekor, kemudian beranak pinak dan kini  duit derma ini datang dari kerajaan.

Ketika satu persatu  ayat-ayat Surah Tok Arab ini diturunkan   Yang Amat Mulia Tun duduk tersenyum. Don Mahathir bekas Presiden parti United Malays National Organisation hanya bertanya siapakah gerangan Tok Arab ini. Bolehkah dia berkenal sapa dengan Tok Arab ini? 

Mengikut Mahathir selama 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dia belum pernah berjumpa saekor Tok Arab yang bermurah hati suka menderma.  Mahathir terus membuka salasilah sejarah Universiti Islam Gombak. Ketika universiti ini dalam perancangan untuk didirikan Mahathir pernah cuba  mencari derma dari  Tok Arab dan dari negara kerajaan Arab. Hasilnya satu dinar  pun tak sampai  dari negara-negara Tok Arab. 

Maka timbul pertanyaan : Apakah rahsia Najib yang berjaya mendapat derma yang amat lumayan dari Tok Arab? Apakah kerana isteri Najib tinggi langsing cun dan bergetah hinggakan semua Tok Arab luruh hati dan terus menderma?  Atau Najib ada memakai ilmu  peninggalan Guru Ji?

Surah Tok Arab ini akhirnya menjadi lawak bodoh apabila  Yang Amat Mulia Tun berkata bahawa Tok Arab yang menderma sebanyak 2.6 bilion ringgit ini  mesti Tok Arab Gila. Mungkin masuk akal - kalau tidak gila macam mana boleh bermurah hati mendermakan  duit yang amat banyak. Ini lojik Don Mahathir.

Disebalik lawak bodoh Tok Arab Gila ini Yang Amat Mulia Tun telah mengajukan satu pertanyaan  hakiki. Ini adalah pertanyaan cepu emas untuk talian hayat Najib. Duit sebanyak 2.6 bilion ini bukan untuk Najib tapi untuk parti United Malaya National Organisation. Duit ini sampai sebelum PRU13. Ertinya duit ini telah digunakan untuk parti Ketuanan Melayu berkempen untuk menang dalam PRU13.

Justeru, Don Mahathir hanya ingin melihat laporan Bendahari tentang keluar masuknya duit ini. Permintaan Mahathir ini masuk akal. Malah GKCM telah membuat laporan polis untuk melihat penyatan kira-kira keewangan tahunan parti United Malays National Organisation. 

Perhimpunan Selamatkan Najib telah selesai. Tapi yakinlah Surah Tok Arab ini belum selesai. Pada 4 Disember yang lalu Wall Street Journal telah melaporkan bahawa siasatan kes 1MDB ini sedang berjalan di lima buah negara - Swiss, UK, Amerika, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

Wajib disedari bahawa duit derma  Tok Arab sebanyak 2.6 bilion ringgit ini sebenarnya  menjadi kes besar diluar negara. FBI sedang menyiasat. Peguam Negara Swiss telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat. 

Tetapi di Malaysia kes ini hanya ‘decoy’ untuk mengkaburi mata orang ramai. Kes yang betul-betul disiasat oleh SPRM bukan duit Tok Arab tapi duit 45 juta dari SRC International Sdn Berhad yang masuk ke dalam akaun pribadi Najib. Duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun pribadi. Ini kes pecah amanah.

Dalam Kes SRC International ini tidak  wujud Tok Arab Gila. Tidak wujud surat derma dari Tok Arab.Yang wujud hanyalah empat orang saksi yang telah dihilangkan. Empat orang saksi inilah yang menyimpan ayat-ayat suci yang sedang dicari oleh Bank Negara dan SPRM. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat Bahalol udah dapat BILYON BILYON nak buat apa duit secoit 42 MILYON pon

Ini semua fitnah

Karut Marut

Ini semua mainan BON BON jangan di layan

Ambo pening doh , kampong nak banjir doh

panglimo potaseh berkata...

Sapo gek eh montoghi yang tak tontu jantan botino tu .. yang den tau yang jantan pakai kot, yang botino pakai gaun atau baju kughung ..

apo lak payah eeaa nak tontukan jantan botino .. cubo ghabo barang malu eeaa, kontol ko pantek .. pakai coli tak dio .. kalau masih tak pasti lagi jantan ko botino, tak tau la den .. habih ektiar dah.

abrarmujahideen berkata...

Muhyidin n Shafie bising sgt sbb xdpt ckit pun duet derma tu...hahahaha. kepala penyangak tamak haloba..pui