Jumaat, 6 Mei 2016

DUA TELAH DITANGKAP






DUA TELAH

DITANGKAP

DUA SEDANG

DI CARI FBI

AKHBAR 

TEMPATAN

TIDAK LAPOR


Siasatan 1MDB: Bekas pegawai BSI berdepan 3 dakwaan tambahan

Bekas pegawai BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, demikian menurut laporanStraits Times Singapura.
Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi.
Pihak pendakwaan berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah".
Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau.
Menurut Straits Times, tiga dakwaan tambahan itu ialah :
1. Menipu bekas majikan (BSI) pada tahun 2013 dengan menyembunyikan fakta beliau menerima sebahagian yuran dibayar menerusi Bridgerock Investment, firma yang dikawal beliau, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan kepada Pacific Harbor Global Growth.
2. Cubaan untuk menghalang keadilan apabila beliau meminta Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kewangan BSI, pada 27 Mac untuk menipu polis yang duit yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Goh.
3. Memindahkan US$500,000 daripada akaun Malayan Banking atas nama Bridgerock Investment pada 14 November 2012 kepada OCBC account atas nama Yishun Aquarium. Jumlah itu dilaporkan mewakili "manfaat daripada penipuan" beliau.
Reman untuk seminggu lagi
Straits Times turut melaporkan bahawa hakim daerah Christopher Goh telah meluluskan permohonan pendakwa untuk mereman Yeo untuk seminggu lagi, tetapi membenarkan beliau mempunyai akses "bersebab" dengan peguamnya, dengan aturan oleh Jabatan Hubungan Komersil

KOMENTAR
isingapura buat tangkapan
awalnya singapura berdiam diri
tapi apabila kerajaan swiss bertindak
apabila tim fbi  sampai
maka singapura mula bergerak
ini untuk mempertahan 
perniagaan mata wang di singapura

seorang masioh ditahan di abu dhabi
kini seorang direman di singapura
akhbar tempatan arus perdana
tidak lapor beriat ini
nasib baik ada portan internet
kalau tidak kita semua tidak tahu
apa yang sednag berlaku

pada ketika ini tim FBI
telah sampai ke kuala lumpur
diberitakan tim FBI sedang
mencari china tembam jho low
dan juga seoarang lagi jantan melayu

kes ini tidak akan selesai
kes 1MDB ini akan berterusan
kes 1MDB ini telah menjadi kes dunia

ini kes mendobi duit 
ini kes pindah wang haram
ini kes rasuah paling besar

para pemain utama kes 1MDB ini
tidak akan terlepas
hanya menunggu masa

------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita doakan....muga yg mencipta penyelewengan....yg bersubahat....di tangkap di hukum

Tanpa Nama berkata...

hidup dalam pelarian ini tidak tenang saja

LAHANAT akan KIOK sakit jantung saja

semua badan besar pulak

lagi cepat KIOK

tunggu saja lah

Hidup Najib! berkata...

Amin