Jumaat, 20 Mei 2016

SATU JEMPUTAN





SATU JEMPUTAN













Tarikh : 22hb Mei 2016 (Ahad)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dewan MCPA, Tingkat 3, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, No 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur


Anjuran Bersama : SIRD, Pusat Sejarah Rakyat, Monsoons Group, Civil Rights Committee of KLSCAH, Yayasan Usman Awang

Yang Hadir : 
1. Syed Husin Ali
2. Jomo KS
3. A. Samad Said
4. Abdul Rahman Embong
5. Tan Kai Hee
6. Masjaliza Hamzah
7. Chang Teck Peng
8. Adam Adli
9. Amirx Abd Hadi

MC : Fahmi Fadzil

Program-program termasuk ucapan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga Said Zahari, membaca puisi, nyanyian lagu, tayangan filem dan lain-lain.

Majlis Memperingati Said Zahari bertujuan menghargai sumbangan Saudara Said Zahari kepada bidang kewartawanan dan politik di Malaysia dan Singapura sejak tahun 50an.

Saudara Said berlahir pada tahun 1928 di Singapura dan meninggal dunia pada 12 April 2016 di Malaysia. Selaku Ketua Pengarang Utusan Melayu, beliau telah memimpin satu mogok untuk menentang UMNO mengambil alih suarat khabar tersebut dan mempertahankan kebebasan media pada tahun 1961. Sehingga hari ini, beliau masih diingati sebagai tokoh kewartawanan paling penting dan berani dalam sejarah perjuangan kebebasan media di Malaysia dan Singapura.

Selepas mogok Utusan Melayu, Said kembali ke Singapura dan bersedia memimpin Parti Rakyat Singapura. Ketika dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat Singapura, serta-merta, beliau ditahan oleh kerajaan Lee Kuan Yew pada tahun 1963 dan bermulalah tahan tanpa bicaranya selama 17 tahun. Selepas dibebaskan pada 80an, beliau berpindah ke Malaysia dan duduk bersama dengan anaknya.

Saudara Said Zahari harus diingati sebagai seorang pejuang rakyat dalam sejarah demokrasi Malaysia dan Singapura, semangat dan keberanian beliau dalam mempertahankan kebebasam media, sistem demokrasi dan suara rakyat harus kita semua memberi tribut dan teruskan perjuangannya.

Pendaftaran : http://goo.gl/forms/qM6EI5MW49

Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2658448 / 03-79578342.




------------

Tiada ulasan: