Khamis, 24 November 2016

DARI FACE BOOK WAN JI





face book


PERJANJIAN PERLOMBONGAN ANTARA VIGOROUS GLOBAL DAN PEJABAT PRESIDEN PAS BERUNSUR RASUAH, SATU PENGKHIANATAN KEPADA RAKYAT KELANTAN - MAHFUZ OMAR
1. Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.
2. Sepanjang memegang jawatan Naib Presiden PAS, saya tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.
3. Sejak saya menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.
4. Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.
5. Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden PAS beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.
6. Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.
7. Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden PAS sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri.
8. Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden PAS yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.
9. Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.
10. Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti PAS itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden.
11. Pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.
12. Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.
13. Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain. Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak PAS yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata, inilah budaya politik matang dan sejahtera.
YB Dato' Haji Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
18 November 2016



















































---------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waduh waduh, ini sudah mencelah kedaulatan teritorial calon PM tetap Malaysia Tok Batin Ku Li. Maka bersiap sedialah menanti musang musang keluar dari gua dipimpin Jenderal Razaleigh hahaha

Tanpa Nama berkata...

semakin hari semakin kerap bunyi bisikan sesalan itu namun disebabkan tubuh disaluti jawatan mewakili tuhan, dipakaikan dengan serban dan jubah persis sunnah yg ampuh dan tuntas demi mempertahankan hak allah dan rasul ia terus lupa dan lupa bahwa balak2 yg dicabut nyawanya itu akan meng hempap satu demi satu dan belum termasuk aniaya zalim keatas org2 asal..moga2 hari jumaat ini, tuhan azzawajalla menghempapkan balak2 suci dari langit keatas ulama2 palsu yg menyorok dibalik jubah matawang..

Tanpa Nama berkata...

Fitnah tu, mana 4 org saksi yg suci, amanah dan dpt dipercayai

Tanpa Nama berkata...

BEWAK SERBAN akan muncul di akhir zaman

Tanda tanda sudah ada kan

Ber siap sedia lah menanti malapetaka kehancuran dunya