Khamis, 19 Januari 2017

TUAN HAJI MULA NAK TIPU PENEROKA FELDA




KETIRISAN DALAM FELDA: TIDAK CUKUP SEKADAR PENGAKUAN TETAPI PERLU TINDAKAN TEGAS  

Pengakuan Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tuan Haji Shahrir Abdul Samad bahawa berlakunya ketirisan dalam FELDA termasuk anak syarikatnya merupakan satu langkah yang wajar dialu-alukan.

Ini menunjukkan perbincangan dan pendedahan demi pendedahan mengenai FELDA terutamanya yang dibawa oleh Yang Berhormat Rafizi Ramli mempunyai asas yang kukuh.

Namun, pengakuan dan arahan kepada semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sekadar untuk letak jawatan tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan kepada pengurusan FELDA.

Malah, keputusan untuk menjual saham Maybank yang dirujuk sebagai menampung keperluan kewangan menunjukkan betapa parah dan dahsyat masalah kerugian dan ketirisan yang berlaku dalam FELDA, yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh FELDA sendiri.

Sebaliknya, tindakan yang lebih penting yang perlu diambil oleh Tuan Haji Shahrir Abdul Samad adalah:-

1.      Berapakah anggaran jumlah ketirisan yang berlaku dalam FELDA dan saya pasti Tuan Haji Shahrir ada maklumat ini memandangkan beliau mengaku ada ketirisan? Umum terutamanya peneroka-peneroka FELDA berhak untuk mengetahui keadaan sebenar. 

2.      Adakah perkara ketirisan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat jika berlakunya unsur jenayah atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat unsur rasuah atau pecah amanah? 

3.      Jika belum, bilakah Tuan Haji Sharir akan membuat laporan polis atau SPRM? 

4.      Apakah perancangan dan tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mendapatkan kembali wang yang hilang akibat ketirisan?

Tuan Hajii Shahrir seharusnya tidak berhenti sekadar mengaku bahawa terdapatnya ketirisan dalam FELDA. Sebaliknya, beliau perlu berani untuk mengambil tindakan tegas seperti yang dicadangkan untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka keadilan, mendapatkan kembali duit FELDA yang hilang akibat ketirisan dan akhirnya memulihkan keyakinan peneroka-peneroka kepada FELDA.

18 JANUARI 2017
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)





----------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

FGV dah jadi mcm Mara N 1MDB...tak lama lagi akan digulung...gulung tikar....kahkahkah pada muka Melayu...teruskan sokong UMNO...

Awanama berkata...

Wehhh Isa' samad dgn sharill samad nie adik beradik ke, kenape muka lain