Isnin, 10 Julai 2017

NAJIB JADI KEBAL






NAJIB SAMBUNG

KHIDMAT TOK AJI

UNTUK JADI

KEBAL

KENYATAAN MEDIA

Pengumuman penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tuan Haji Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tuan Haji Zulkefli Makinudin untuk tempoh 3 tahun dan 2 tahun telah disambut cukup negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

Malah beberapa mantan hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas.

Saya telah difahamkan bahawa peguam Tuan Haji Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan TH Raus dan TH Zulkefli. 

Oleh itu, Najib perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak. Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus.

Anwar Ibrahim

10 Julai 2017






-----------------

Tiada ulasan: