Rabu, 7 Mac 2018

KONSPIRASI MAT SALEH








KONSPIRASI

MAT SALLEH

Dalam tulisan minggu lalu saya telah menunjukkan bukti-bukti saheh bagaimana dalam PRU14 Pakatan Harapan (PH) akan menang. Pakatan hanya kalah dalam PRU14 kerana ditipu. Umum telah mengetahui pekara ini. Penipuan yang dirancang oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah  lama menjadi  rahsia umum.

Saya juga telah menerangkan bahawa dalam PRU14 ini - Pakatan akan menang untuk kali kedua. Kali pertama Pakatan Rakyat menang dalam  PRU13 tahun 2013. Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. Ini fakta sejarah.

Maka sahehlah bahawa musuh utama dan penyebab utama jika Pakatan gagal ke Putrajaya pada PRU14 ialah kerana adanya penipuan.  Penipuan ini tersusun, teratur dan terancang.

Dalam masa yang sama  Najib juga sedang membuat persediaan.  Persediaan untuk apa?

Mengikut bacaan politik Mahathir Muhamad bakal Perdana Menteri Malaysia sesudah PRU14,  Si  Najib masih belum bersedia untuk mengundur secara terhormat. Banyak songel sedang dirancang. Banyak projek sedang diatur oleh Najib dan aparaciknya.

Maka tugas orang ramai - kita sesama kita -  yang sayangkan Tanah Melayu ialah memerhati dan memahami lengok dan  musik yang sedang dilagukan oleh Najib. Kita semua wajib bersedia. Bijak membaca lengok politik musuh agar kita tidak terperangkap dalam stratiji musuh.

Berita terkini melaporkan Si Najib ini  tidak lagi makan nasi. Kini  Najib makan quinoa. Apakah memakan ‘benda’ ini akan memberikan Najib kelebihan kudrat untuk berlari. Sekurang-kurangnya  tidak semput untuk lari  masuk ke dalam kapal terbang. Betul ke berita ini? Atau hanya berita palsu.

Najib tidak makan nasi adalah berita benar. Bukan berita palsu. Najib akan lari masuk ke dalam pesawat terbang ini hanya andaian.

Sabar dulu. Andaian ini berasaskan berita bergambar dari Face Book A. Kadir Jasin. Kadir ini ialah bekas Ketua Pengarang akhbar The New Straits Times. Dalam FB Kadir diperlihatkan gambar sebuah pesawat Antonov 124. Ini pesawat pengangut yang terbesar dari Kazakhtan.  

Antonov 124 ini boleh menerima bertan-tan barangan berat. Justeru pesawat ini tidak ada masalah untuk menerima Rosmah sebagai penumpang. Apa lagi yang akan diangkut oleh pesawat ini hanya Jin Afrit yang maha mengetahui. Kenapa pesawat  ini berlabuh di KLIA wah hulalam bisawaab.

Kenapa Si Najib membuat persedian? Apakah semua yang dirancang oleh SPR  tidak menyakinkan Si Najib? Bagaimana dengan kerja politik  para macai dan para ghurkha?

Kita  semua wajib sedar bahawa Si Najib pasti berfikiran jauh hingga sampai ke Sungai Buluh. Najib pasti memikirkan  untuk TIDAK mahu masuk ke  bilik  yang telah dikosongkan oleh Anwar di Sungai Buluh. 

Justeru Si Najib ini pasti ada  memiliki PLAN B. Ini penting. Walau pun Antonov 124 telah berlatih, walau pun PDRM telah melakukan beberapa kali simulasi menyelamatkan Najib. Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Dalam politik tiga hari adalah masa yang amat panjang.

Najib sedar ombak rakyat sedang bergelora. Ombak ini akan sampai untuk menghumbankan Najib dan United Malays National Organisation dalam PRU14 ini. 

Pada awal bulan Febuari ini Si Najib ini sedang melihat dirinya dengan jelas. Melihat diri? Apa yang akan berlaku?

Minggu ini Najib dan Rosmah pasti mengelabah gila babi. Pasti  Si Gemok Gedempol dua sejoli ini telah menalipon Kazakhtan dan bertanya apakah Antonov 124 terus bersedia? Kenapa perlu menalipon Kazakhtan? 

Panggilan talipon wajib dibuat kerana adanya satu rancangan tersusun yang  selari dengan perancangan Najib sendiri.  Perancangan ini lebih rapi - lebih tersusun dari rancangan Najib. Perancangan ini   sedang menetas. 

Ini bukan rancangan Mahathir. Bukan rancangan Wan Azizah. Bukan rancangan  Lim Guan Eng. Bukan rancangan Mat Sabu. Ini emak ayah  datuk semua perancangan. Ini rancangan dan kerja sulit  FBI dan CIA. Ini konspirasi global  Mat Saleh untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah.

Apa dia sedang berlaku? Kenapa FBI? Kenapa CIA?  Kenapa Mat Saleh ini masuk campur?

Biar saya petakan rancangan ini agar kita semua tahu dan sedar  bahawa rancangan ini juga adalah sebahagian dari projek yang akan memastikan Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Pertama -  hujan tidak ribut pun tidak - tetiba pada 26 Febuari 2018 akhbar  Tages Anzeige dari Zurich Switzerland melaporan kenyataan Menteri Kewangan Swiss tentang  duit 400 juta ringgit yang dirampas dari wang haram 1MDB. Kerajaan Swiss berhak mengambil duit ini.

Berita  ini di sambut oleh Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Mengikut Mahathir duit ini adalah milik rakyat Malaysia. Sesudah PRU14 duit ini akan diambil kembali oleh kerajaan Pakatan Harapan. 

Kenapa tetiba cerita duit 400 juta ringgit ini muncul? Kesah 1MDB dah mula senyap. Dari Amerika tak ada berita apa-apa. Heboh-heboh 1MDB telah luntur. Sabar dulu. Rupa-rupanya duit 400 juta ini hanya mukadimah. Ada lagi ledakan yang akan muncul.  Ledakan jenis apa?

Kedua - tetiba BOM ATOM meledak di Bali. Kapal mewah Aqunimity milik Jho Low disita. Kapal yang bernilai 1 bilion ringgit ini dibeli dengan duit curi 1MDB. Kapal ini telah disita oleh Indonesia? Biar betul? Disita oleh kerajaan Indonesia?

Disita oleh Indonesia dengan kerjasama FBI , DOJ , CIA dan Interpol. Aduh! Ini Pasti memeningkan kepala Najib. PRU14 makin dekat. Apakah Indonesia kembali dengan sikap Pro-Anwar dan meyokong Pakatan Harapan?

Kunci berita ini ialah kerjasama Indonesia dengan FBI dan CIA. Mengikut kenyataan resmi kerajaan Indonesia kapal ini telah  diekori selama 8 hari. Lapan hari?

Ini maknanya dalam masa 8 hari ini FBI dan CIA pasti telah sempat berurus dengan akhbar Tages Anzeige  di Zurich untuk memecah kesepian berita 1MDB. Bijak. Bijak cara kerja Mat Salleh ini. Ini dinamakan  perancagan rapi lagi teratur.

Berita kapal Jho Low disita di Bali menjadi berita dunia. Dari London ke Paris ke  New York semua melaporkan tertangkapnya kapal Jho Low. 

Berita ini menjadi  paling HOT  di Malaysia. Portal MalaysiaKini dan MalaysiaInsight hampir runtuh  oleh kemasukan pembaca. Akhbar Melayu arus perdana - tidak melapor apa apa. Media Melayu arus perdana sibuk dengan  projek membodohkan Bani Melayu dengan kesah bincat  Neelofa.

Najib sendiri terperanjat besar kerana Si Jawa Jokowi telah berani menibai Najib yang mengakui dirinya sebagai Pahlawan Bugis. Satu untuk Jawa. Kosong untuk Bugis.

Saperti biasa Peguam Negara Malaysia mula bersilat lidah membuat berita palsu lagi bodoh  dengan menyatakan bahawa kapal Jho Low bukan milik Malaysia. Tidak cukup dengan kebobohan Peguam Negara -  Syed Kerouk untuk membuktikan dirinya lebih bodoh lagi  telah berkata bahawa tidak ada bukti yang Equnimity ini milik Jho Low. 

Kita semua bernasib baik. Rakyat Malaysia terselamat kerana bodoh dan bangang ini bukan penyakit  berjangkit.  

Bom Atom telah meledak di Bali.  Najib dan Rosmah berharap-harap dalam masa dua tiga hari semua ini akan  senyap dan reda. Portal berita yang anti kerajaan akan membawa  kesah yang lain.

Para aktivis di FB dan media sosial akan heboh dengan berita  bincat  Neelofa   bertambah menjadi tiga. Atau Sajat akan mengumumkan yang dirinya  bertukar jentina semingu sekali. Semingu jantan. Semingu betina Ini berita mimpi  harapan Najib. Ini harapan  mimpi  berita Rosmah. 

Ini juga doa  Riza Aziz yang mengelabah gila babi apabila terbaca berita kapal Jho Low disita. Si Riza kini dalam ketakutan. Si Riza ini tidak lagi berani keluar rumah. Si Riza  amat takut jika ternampak sosok  Mat Saleh - jantan atau betina. Setiap Mat Saleh yang turun di KLIA dibaca oleh Riza sebagai anggota FBI atau CIA. Mat Saleh ini datang untuk menangkap dirinya untuk dibawa ke Los Angles.

Ketiga - tetiba pada 1hb Febuari 2018 sebuah lagi BOM ATOM meledak. Kali ini dari akhbar The Wall Street Journal (WSJ). Sekali lagi dunia gempar dengan berita 1MDB.

Kali ini WSJ telah melaporkan usaha Jho Low untuk merasuah di Amerika. Akhbar ini telah menerangkan  bagaimana Jho Low telah membuat janji dengan satu  sosok dari Parti Republikan yang rapat dengan Presiden  Trump.  Dana sebanyak 75 juta dolar Amerika akan bertukar tangan jika DOJ  membatalkan semua kes  1MDB.

Lihat bagaimana perancangan FBI dan CIA dinetaskan dimedia. Bermula dengan berita Menteri Kewagan Swiss. Diikuti dengan tertangkapnya kapal Jho Low. Dan kini berita percubaan rasuah Jho Low. Satu demi satu disusun diatur untuk memdapatkan impak maksimum.

Berita tentang percubaan merasuh ini telah diketahui lama oleh WSJ. Surat menyurat yang menjadi bahan bukti telah lama disimpan oleh WSJ. Tetapi WSJ  menunggu  saat dan masa yang amat baik untuk meledakan berita ini.

Masa dan ketika yang amat baik ialah sekarang. Ketika Najib sedang merancanga untu menipu dalam  PRU14. Ketika Najib hendak menafikan kemenangan Pakatan.

Amat jelas konspirasi Mat Saleh ini adalah sebahagian dari projek  ‘REGIME CHANGE’ yang telah dirancang  dengan licik sekali.

Projek regime change  atau Terajang Najib ini selari dengan niat dan cita-cita warga Malaysia. Anak semua bangsa - bangsa semua agama - akan megalu-alukan sesiapa saja yang sudi   bergerak bersama-sama  dalam usaha  menghumbankan Najib dan Rosmah.
Bila saya menutup tulisan ini saya amat yakin pasti akan lagi ledakan yang sedang dirancang. Apa lagi projek terajang Najib ini?  Pasti ada. Kita tunggu minggu hadapan. (tt)
  
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
.








----------------------

Tiada ulasan: