Khamis, 22 Mac 2018

SATU LAGI BUKTI PAKATAN MENANG









TANDA

INI BUKTI

PRU14 PAKATAN

MENANG 

KECUALI DITIPU


BN tidak selamat di Kedah, pengaruh Dr Mahathir kuat


KEDUDUKAN Barisan Nasional di Kedah dalam bahaya jika parti itu terus meremehkan pengaruh Dr Mahathir Mohamad di negeri Jelapang Padi itu, kata veteran Umno.

Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Mohd Hadzir Ismail mengingatkan bahawa pengerusi Bersatu itu yang dulunya presiden Umno masih ada pengaruh yang sangat kuat di Kedah terutama dalam kalangan veteran parti itu.

“BN dan Umno memang tidak boleh pandang ringan Dr Mahathir sebab beliau memang ada pengaruhnya terutama kepada golongan lama,” kata bekas wakil rakyat Merbau Pulas itu kepada The Malaysian Insight.

Beliau bertanya bagaimana BN hendak menidakkan segala jasa dan sumbangan Dr Mahathir membangunkan negeri itu selama 22 tahun beliau jadi perdana menteri.


“Pembangunan beliau lakukan antaranya di Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Kulim High Tech, itu semua sumbangan beliau semasa pentadbirannya.”

Hadzir, bekas ketua penerangan Umno Kedah, berkata golongan veteran ini menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Mahathir, yang dinamakan oleh Pakatan Harapan sebagai calon perdana menteri kalau menang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Memang reaksi itu kita dapat lihat di Kedah, ada yang sampai berani berterus terang kata sokong Dr Mahathir.

“Tetapi ada yang menyokong senyap-senyap dan ada yang ambil pendirian tengok dan lihat, jadi sebab itu saya katakan jangan sekali memandang rendah pengaruh Dr Mahathir.”  

Bekas wakil rakyat itu memberi ingatan tersebut ketika kepimpinan BN Kedah begitu yakin parti pemerintah itu akan dapat mempertahankan negeri pada PRU14 dan Dr Mahathir, yang juga anak jadi negeri, bukan ancaman kemenangan BN.

Peluang BN tipis


Banyak penganalisis berpendapat BN hanya ada peluang tipis untuk menguasai kerusi negeri dan persekutuan di Kedah kerana protes senyap daripada penyokongnya sendiri.

Kajian Invoke yang diumumkan baru-baru ini juga menunjukkan PH akan merampas Kedah daripada BN dengan kemenangan 22-14. Invoke meramalkan PH juga akan menang 10 daripada 15 kerusi Parlimen.

Kedah mempunyai lebih kurang 1.2 juta pengundi, dengan 20% atau hampir 230,000 berumur lebih 60 tahun.  

Penganalisis berpendapat BN hanya ada peluang tipis untuk menguasai kerusi negeri dan persekutuan di Kedah kerana protes senyap daripada penyokongnya sendiri. 

Penganalisis berpendapat BN hanya ada peluang tipis untuk menguasai kerusi negeri dan persekutuan di Kedah kerana protes senyap daripada penyokongnya sendiri.

Sementara itu, bagi Ramly Chik, bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pokok Sena, pengaruh Dr Mahathir meluas bukan hanya dalam kalangan veteran tetapi turut mencakupi golongan anak muda, yang merupakan kelompok besar pengundi di negeri itu.

“Dr Mahathir pengaruhnya kuat dalam kalangan anak muda pelajar universiti, golongan terpelajar,” katanya.

Pada masa sama beliau mengakui wujud juga sentimen protes dalaman di kalangan ahli Umno.

“Kebanyakan mereka kini belah bahagi, mereka ini masih dalam Umno tetapi menyokong Dr Mahathir.”

"Kenapa buat Dr Mahathir lagu tu?"

Seorang lagi veteran Umno yang hanya mahu dikenali sebagai Man menjelaskan kepada The Malaysian Insight golongan veteran di Kedah marah kepada Umno dan BN kerana cara parti itu melayan Dr Mahathir, bekas pemimpin parti itu sendiri.

“Kritikan Umno terhadap Dr Mahathir dianggap keterlaluan. Bagi veteran Umno mereka memang rapat dengan negarawan itu. Mereka tidak boleh terima cara layanan Umno terhadap Mahathir,” kata bekas guru itu yang pernah ada jawatan dalam Umno.

Katanya, tidak mustahil BN boleh kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah kalau begitulah cara mereka melayan Dr Mahathir.

“Pemberontakan dalaman memang jelas, cuma ramai yang tak nak tampil ke depan untuk mengaku secara terbuka.”

Katanya, protes dalaman bukan perkara baru kerana pernah berlaku ketika pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan negeri itu buat pertama kalinya tumbang ke tangan pembangkang.

“Semasa PRU12 BN kalah kerana sabotaj dalaman penyokong sendiri dan kali ini saya boleh lihat sejarah bakal berulang,” katanya.

Namun Hadzir berkata Kedah di bawah kepimpinan menteri besarnya Ahmad Bashah Md Hanifah menunjukkan prestasi yang amat bagus dan boleh jadi penyelamat kepada BN untuk rakyat tidak menukar kerajaan.

“Dan pembangkang pun tidaklah kuat sangat, banyak bergantung kepada isu nasional saja seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya.

“Jika BN Umno mahu kekal di Kedah, mereka kena tengok juga isu pengangguran anak muda.

“Kita minta BN Umno dapat tawarkan sesuatu dalam polisi mereka untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan anak muda." – 22 Mac, 2018.


BUKTI

WARGA KEDAH

TUNGGU MASA

NAK TERAJANG

NAJIB & BASHA

ANAK MUDA 

BANGUN MELAWAN

ORANG TUA

BANGUN 

MEMBERONTAK


-------------------

Tiada ulasan: