Ahad, 27 Mei 2018

KATAK MENCARI KOLAM







CONTOH TERBAIK

TAKTIK KATAK

MENCARI KOLAM

Dua punca utama kekalahan BN pada PRU-14

KUALA LUMPUR 25 Mei - Kos sara hidup tinggi dan kritikan melampau secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad merupakan punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  Tuan Haji  Ibrahim Ali berkata, menerusi hasil kajian beliau mengenai pasca PRU-14, BN mengalami kekalahan teruk akibat kemarahan dan kekecewaan rakyat di seluruh negara.

“Keputusan PRU-14 dipengaruhi oleh faktor kekecewaan, kemarahan dan emosi rakyat daripada bandar hingga desa yang terbeban dengan kos sara hidup akibat pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kerajaan Pakatan Harapan pula bijak apabila mengumumkan semasa kempen PRU-14 iaitu jika mendapat sokongan daripada rakyat maka mereka akan menghapuskan cukai tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim yang telah mengumumkan peletakkan jawatan untuk mengetuai Perkasa pada minggu lalu berkata, tindakan kepemimpinan tertinggi BN khususnya Najib mengkritik Dr. Mahathir menerusi media arus perdana turut menjadi penyebab kekalahan teruk parti tersebut.

Katanya, perbuatan itu hanya mengulangi kesilapan  Tuan Haji Abdullah Ahmad Badawi yang mengabaikan teguran-teguran daripada Dr. Mahathir.

“Selepas PRU-13, saya pernah memberitahu kepada Najib dan beberapa menteri termasuk dua Menteri Besar supaya jangan menyerang Dr. Mahathir menggunakan media kerana ia hanya akan menyebabkan bencana,” katanya. -  



APA MAKNA

BERITA INI?

MAKNANYA KATAK

SEDANG BUKA

MATA NAK

LOMPAT LAGI

KAH KAH KAH



----------------------

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Katak buat kajian.. lawak betul.. yg Gwa tau katak dibedah sebagai ujikaji makma. Kajian katak, ngatakan jgn nyerang Madey guna media.. nak nyerang guna apa.. guna bomoh ke.. katak ni pandai2 je?