Rabu, 28 November 2018

TAMRIN LAGI





 DARI TAMARIN













KALAU  BEGINI  KEADAANNYA  LEBIH  BAIK  ISYTIHAR DARURAT  Tamrin Tun Ghafar
Selasa  - 27/11/18
( 1 -  23 )
1.   Pada Ahad lalu  bersamaan 25hb November 2018 saya telah menulis satu artikel bertajuk  "TANGKAP  SAJA  MEREKA  YANG  MASIH  BERDEGIL”.
2.  Walaupun Kabinet  telah membuat keputusan muktamad menolak ICERD namun  UMNO dan PAS  tetap berdegil mahu meneruskan rancangan mereka menganjurkan Himpunan Menentang Kerajaan seolah - olah Keputusan Kerajaan  itu tidak boleh diterima.
3.  Jika kita halusi ucapan - ucapan mereka terutama Zahid dan Hadi, ia bagaikan mereka ini mempunyai satu kuasa luar biasa yang  sehingga Polis amat takut bertindak.
4.  Kini negara dikejutkan pula dengan pendedahan terbaru oleh Madinah Mohamad, Ketua Audit Negara.
 
5.  Mengikut kenyataan tersebut, laporan rasmi telah pun diserah oleh Jabatan Audit kepada SPRM  dan Polis untuk diambil tindakan lanjut.
6.  Jika didapati dakwaan Ketua Audit Negara itu sahih maka mereka yang terlibat boleh didakwa dan dipenjarakan.
7.  Penipuan yang dilakukan oleh Najib Ali Hamsa ( KSN ) , Ambrin Buang ( bekas Ketua Audit Negara )  Dzulkipli Ahmad ( bekas KP SPRM) dan  Shukri Salleh ( bekas Ketua Setiausaha Sulit PM )  dan turut terlibat Apandi Ali (bekas Peguam Negara) dan Arul Kanda; mereka ini boleh dikategorikan sebagai  'Pengkhianat Negara’ atau 'Treason'.
8.   Mereka bersubahat mengubahsuai dan menyembunyikan fakta  Lapuran Audit bagi menyelamatkan Najib dan Jho Low dalam kes 1MDB.
9.   Setelah diubahsuai ( doctored ) Ambrin Buang ,  Ketua Audit ketika itu menyerahkan laporan tersebut kepada PAC dan dalam masa yang sama  laporan tersebut di kategorikan sebagai Rahsia Resmi ( OSA ) yang tidak boleh dibaca oleh orang awam.
10.  Dengan kepercayaan bahawa satu hari kelak apabila laporan itu dibuka untuk awam , maka ketika itu terbuktilah Najib dan  Jho Low bersih dari segala penglibatan dalam skandal 1MDB.  
11.  Rupa-rupanya rancangan mereka itu tidak kecapaian, bak kata pepatah “Pandai-Pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua’.
12.   Rakyat khususnya orang Islam harus bersyukur ke hadrat Illahi diatas pertolonganNYA memberi kekuatan, keberanian dan keikhlasan  kepada 3 orang wanita, Nafisah , Salwani dan  Madinah.
13.  Tanpa mereka bertiga ini kita rakyat Malaysia akan terus tertipu oleh durjana  bernama Najib anak  Razak ini.
14.  Oleh kerana laporan lengkap sudah pun diserahkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara kepada SPRM  dan Polis, maka apa lagi yang hendak ditunggu?
15.   Saya tidak percaya cakap - cakap  kononnya ada di kalangan kakitangan  SPRM dan Polis yang telah disumbatkan dengan dedak oleh penganut  'Cash Is King' ; maka itulah sebabnya kata mereka tindakan terhadap ketujuh-tujuh pengkhianat tersebut seperti kura - kura.
16.  Sepatutnya berlandaskan beberapa ucapan  Zahid dan Hadi, polis sudah boleh bertindak terhadap mereka.
17.  Ada juga kedengaran kononnya uzi terhutang budi kepada Zahid kerana memilih beliau sebagai Ketua Polis Negara , mengatasi Noor Rashid  ; maka itulah sebabnya tidak ada sebarang tindakan dilakukan terhadap Zahid oleh polis.
18.   Pemilihan  Fuzi atas cadangan Zahid dipersetujui pula oleh Najib.
19.  Pengkhianatan yang dilakukan oleh ' The Gang of  Seven ' ini turut dikutuk oleh akhbar Utusan Malaysia, kepunyaan UMNO sendiri.
20.   Jika akhbar UMNO sendiri sudah tidak boleh telan penipuan Najib dan Perhimpunan yang dirancang oleh UMNO dan PAS  maka apa lagi yang hendak ditunggu oleh  Fuzi selaku Ketua Polis Negara?
21.  Laksanakanlah tugas tanpa takut dan terhutang budi demi keluhuran Perlembagaan dan Undang - Undang sebelum dihancurkan oleh mereka yang hanya mementingkan diri.
22. Selepas pendedahan dibuat oleh  Madinah, rakyat sedang melihat telatah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang khususnya UMNO, sama ada mereka terus menyokong pengkhianat-pengkhianat tersebut atau sebaliknya.

 
23. JANGAN  SALAHKAN  KERAJAAN  JIKA TERPAKSA  BERTINDAK LEBIH  TEGAS  DEMI  NEGARA.
 
Terima Kasih.






-----------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hari ni Rabu. Apahal tak da kisah sejarah mat songel? Lu dah kena picit tolo ke?

DatoPidi berkata...

Elok2x ada ISA kau dgn mat sapu heboh dgn GMI.
Sekarang baru kau ada akal.
Jika berulang peristiwa malang 13 Mei, aku harap biar la umat memaki puak2x yg menyokong GMI.
Dah mcm sial aku tengok Gomen PH #kerajaanSepenggal menangani krisis.

Tanpa Nama berkata...

Daulat tuanku...Sultan Tamrin Al Ghafar...Sultan Melaka Darul Hidayah...kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Maaf lah tt. Aku dah jumpa pengganti kau, tugas tukang hasut tersohor mutakhir ni dah digalas oleh tamrin. Kau dah kenyang, perut dah boyot, mata pena kau dah tumpul. Kau hanya rajin menulis utk kekalkan madey jadi pm dan sibuk dgn kontol pak sheikh parking kat lubang mana. Justeru itu... justeru itu... justeru ituu...babaii tt kahkahkah

Ibrahim berkata...

Wow dasyat

Tanpa Nama berkata...

Jaga hati mat2 Mlayu ni Pak TT. Nak harap Cina India sokong mung brapa ekor jah. Puak asal tetap dgn Kuli kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

Tamrin tgh hot skang nie kah kah kah. Dhlah tgor freeloader, kepala polis pun kena tibai....salut gua kt tamrin kah kah kah....eh dia lulusan UBU gak ke.....kah kah kah kah, berapa buah buku dia dh tulis kah kah kah kah

zainal abidin awang kechik berkata...

Ringgit... punya pukulan