Rabu, 5 Disember 2018

APA MAKNA PERSOALAN NASIONAL





 APA MAKNA PERSOALAN NASIONAL

Arwah Datuk Saudara  sebelah emak saya dijatuhkan hukum gantung oleh  kuasa kolonial   Inggeris.  Datuk Saudara saya terlibat  dalam kes Melayu lawan China  di  Padang Lebar dan Batu Kikir pada  6 dan 7 November 1945. 

Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan - Agong Pertama Tanah Melayu - telah memberi pengampunan. Datuk Saudara  saya tidak mati digantung tapi dipenjara saumur hidup. Satelah dibebaskan Datuk saya menjadi guru silat. Dia wafat pada tahun 1963.

Bangsa Johor terutama di Muar dan Batu Pahat akan terus mengingati lagenda Selendang Merah Kiyai Saleh. Panglima Melayu yang bangun menentang kaum China sesudah Jepun menyerah kalah.

Generasi saya pula akan terus mengingati Mei 13. Malah saya sendiri telah melanggar arahan keras Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar agar jangan singgah di Kuala Lumpur ketika pulang dari Kuala Kangsar   ke Seremban. Arahan ini sampai  ketika  cuti sekolah penggal pertama pada Julai 1969.

Apabila kereta api yang saya tumpang berhenti di Kuala Lumpur saya telah menyelinap masuk ke perut kota Kuala Lumpur. Untuk beberapa jam -  saya budak kampong -  telah meredah  Kuala Lumpur.  Saya menaiki  bas Seri Jaya menuju  ke Kampong Pandan dan ke Batu Road.

Mata saya telah merakamkan sejarah. Saya saksikan  dengan mata kepala saya sendiri kedai-kedai China yang terbakar ketika benterokan Melayu-China berlaku  di Kuala lumpur. Bentrokan ini berlaku sesudah Pilihan Raya ke 3 pada 10 Mei 1969.

Saya juga masih ingat dengan jelas kereta api yang saya tumpang untuk pulang bercuti dari Kuala Kangsar  ke Kuala Lumpur dipenuhi oleh soldadu. Di kepala kereta api berdiri tercegat dua soldadu lengkap bersenjata. Ini mengingatkan saya kepada imej kereta api yang dirampas oleh Pancho Villa (1978-1923) pejuang revolusiner Mexico. Dalam kereta api yang saya tumpang ini ada  gerabak khusus untuk para soldadu.  .

Soldadu ini ditugaskan khas untuk mengawal kereta api yang akan dipenuhi oleh pelajar  dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dari Sekolah Tunku Abdu Rahman Ipoh ( STAR) dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim. Semua pelajar ini  pulang bercuti dengan meniki keretapi yang sama. Kami diatur dalam  gerabak khas masing-masing.

Khabar angin bersimpang siur mengatakan bahawa Kaki Busuk China akan menyerang kereta api yang membawa pelajar Melayu pulang bercuti. Malah dikampong saya di Jelebu,  Mak Saudara saya bertanya apakah saya akan  selamat untuk pulang kembali ke Kuala Kangsar.


Justeru babak-babak pembantaian bangsa China masih cerah dalam ingatan saya. Saya tidak perlu membaca buku Sebelum Selepas 13 Mei oleh Tunku Abdul Rahman. Atau membaca  Kertas Puteh laporan resmi kerajaan Perikatan tentang bentrokan 13 Mei. 

Untuk generasi 2001 - pasti mereka akan terus mengingati kes Kampong Medan. Ini disambuat dengan kes  Kuil Hindu  terbaru tahun 2018. Benterokan berlaku di Seafeild Shah Alam. Kali ini bukan Melayu membantai China saperti yang berlaku di Batu Kikir tahun 1945 dahulu. Kali ini Melayu membantai India.

Kes Melayu bergaduh atau membantai China dan India ini bukan hanya berlaku di Johor, Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur sahaja. Hampir disetiap daerah di Tanah Melayu ini ada legenda dan mitos Melayu bergaduh  dengan China atau Melayu bergaduh dengan India.

Lagenda  dan mitos ini ditambah dengan Aji-No-Moto mengikut situasi dan suasana ketika itu.  Fakta dan kebenaran amat jauh sekali. 

Apa sebenarnya semua ini? Apa yang wajib kita fahami dari pembantaian bangsa-bangsa ini. Apa sebenar dibelakang trajedi pembunuhan dan pembataian bangsa-bangsa ini?

Saya telah menulis. Saya telah berforum. Saya telah memberi kuliah. Saya telah  membincangkan. Saya terus memikirkan tentang hal ini.

Pada hemat saya - pada fikrah saya  pembantaian dan pergaduhan bangsa-bangsa adalah kerana persoalan nasional kita  yang belum selesai - the unfinish national question.

Di Malaysia ini saya merasakan seoalah-olah  - hanya saya seorang  - yang ke hulu ke hilir - yang jadi Pak Sibuk  cuba memberi penjelasan tentang persoalan nasional  yang belum selesai.  Saya mahu menimbulkan persoalan nasional ini.

Tahun lalu sebelum PRU14 saya telah menulis satu siri berkenaan  persoalan  nasional dan bangsa-bangsa. Siri tulisan ini akan dijadikan satu buku sebagai sumbangan saya ke dalam kancah  ajenda yang maha penting ini.

Tulisan - persoalan nasional -  dalam MalaysiaKini tidak mendapat beribu-ribu ‘share’ saperti tulisan saya  tentang Mat Songel atau Bik Mama. Persoalan nasional yang saya timbulkan dianggap berat atau payah untuk difahami. Atau difahami tetapi takut untuk dipegang tanduk agar lehernya dapat dipatahkan.

Apa dia persoalan nasional yang belum selesai dan tuntas?

Pada hemat saya negara bangsa yang dicita-citakan belum wujud. Kedatangan bangsa China dan India ke Tanah Melayu telah merubah rupa bentuk Tanah Melayu. Perubahan ini masih belum dapat diterima secara tuntas oleh Bani Melayu.

Tidak semua Bani Melayu menerima  kedatangan China dan India ke Tanah Melayu. Kemasukan China dan India ini adalah hasil dari projek paksaan  Inggeris. Kuasa kolonial Inggeris memaksa United Malays National Organisation untuk menerima China dan India menjadi warga negara kerana Inggeris mahu menyelamatkan harta kolonial mereka.

Sesudah perang dunia kedua Inggeris hampir  jatuh muflis. Lebih dari satengah pendapatan Inggeris - bijeh dan getah -  pada ketika itu datang dari Tanah Melayu. Ini berlarutan hingga ke tahuan 60’an. Tanah Melayu yang kaya raya menjadi bagitu penting untuk Inggeris.

Kuasa kolonial  sesudah Jepun mengundur telah diserang  oleh kaum  nasionalis. Kaum kiri dan kaum komunis  - anak semua bangsa - telah mengangkat senjata semenjak Darurat diumum pada 20 Jun 1948. Pengalaman perang gerila melawan fasis Jepun kini diarahkan untuk  menyerang Inggeris.

Perang gerila anak semua bangsa rakyat Malaya ini telah memukul terok kuasa kolonial Inggeris.  Justeru Inggeris tidak ada pilihan melainkan memberikan kuasa kepada barua dan budak suruhan yang mereka taja.

Jika tidak Tanah Melayu akan menjadi  Republik Rakyat Tanah Melayu.

Barua dan budak suruhan Inggeris  ialah United Malays National Organisiation. Gerombolan ini hanya ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946. Walhal Parti Komunis  Malaya ditubuh 30 April 1930. Kesatuan Melayu Muda    ditubuh pada tahun 1938.  Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuh pada 17 Oktober 1945.

Inilah latar belakang bagaimana China dan India  menjadi warga negara tanah Melayu. Ini dilakukan bukan secara demokratik. Tidak ada pungutan suara untuk bertanya kepada Bani Melayu - apakah mereka bersetuju untuk menerima China dan India menjadi warga negara Tanah Melayu.

Kemasukan India dan China ini melalui paksaan Inggeris dengan kerja sama elit dan bangsawan Melayu. Ini fakta sejarah bukan putar alam Hishamuddin Rais. Amin.

Justeru - hasil dari paksaan dan pembelotan - hari ini kita dengar suara PERKASA. Kita mendengar suara ISMA. 
Kita mendengar suara Parti Islam. Kita mendengar suara Jihad.  Kita mendengar suara Ketuanan Melayu. Kita dengar suara mempertahan Raja Raja Melayu. Kita mendegar - masanya telah sampai orang Melayu  tidak boleh bertolak ansur dengan China dan India.

Untuk saya suara-suara ini  hanyalah manifestasi. 

Ini adalah manifestasi - tanda dan makna bahawa persoalan nasional belum selesai. Negara bangsa Malaysia gagal wujud.  Suara suara PERKASA dan ISMA ini adalah tanda kegagalan itu.

Jika gagal apa langkah yang wajib diambil?

Harus diakui bahawa kaum politikus  hanya berupaya memikirkan dalam jangka masa lima tahun. Fikrah dan daya fikir politikus terbantut.  Politikus dalam dunia ini bukan pemikir  tegar dan tuntas.  Mereka tidak bonsai tapi menghampiri tahap bonsai. Mereka hanya memikirkan cara popular untuk mendapat undi  dalam masa lima tahun sekali. 

Justeru  kegagalan  persoalan nasional di selesikan adalah akibat  kerja tangan para politikus. 

Wajib disedari bahawa politikus bukan negarawan. Politikus bukan pemikir. Bukan pemula. Bukan pencetus wacana untuk kelahiran negara bangsa. Kaum politikus  mahu menang undi lima tahun sekali.

Saya wajib memberikan contoh  kegagalan politikus. Yang hasilnya ialah kegagalan menyelesiakan persoalan nasional.

Contoh terbaik ialah gagal didirikan  sekolah satu bahasa di Malaysia. Berkilo-kilo air liur keluar. Hasilnya zero.

Contoh terbaik kempen para politkus masih lagi untuk memancing undi  melalui  kempen bangsa dan agama.

Justeru - rumusan saya tidak salah jika saya nyatakan bahawa pergeseran, pertengkaran, pegaduhan  Melayu - China- India ini kerana kegagalan menyelesaikan persolan nasional.  

Hari ini kita selalu mendengar  suara yang berkata  …kita  Melayu…kaum lain jangan ganggu Islam… jangan gugat Raja Melayu… Melayu sedia  berjihad. Apa sebenara makna kata-kata ini? 

Awas! Sedarlah. Dibelakang suara-suara ini ialah persoalan nasional. Dibelakang  persoalan  nasional ini ialah perebutan punca-punca  ekonomi.

Bani Melayu tidak puas hati kerana dimana-mana mereka pergi kota dan bandar semuanya dimiliki oleh China.   Di Malaysia tidak wujud kota dan bandar Melayu. 

Ini satu yang amat pelik dalam dunia ini. Di Mesir  kota Cairo diduduki oleh Arab Mesir. Di Karachi kota Karachi didiami oleh warga Pakistan.  Di Bandung diduduki oleh Jawa Indon. Di Shanghai di duduki oleh warga China. Tetapi di Tanah Melayu tidak ada  kota , bandar dan pekan Melayu.

Banglo dan kondo tidak dimiliki oleh Malayu.  Dimana-mana Bani Melayu mendongak tengadah mereka terlihat bangunan yang bukan milik Melayu.

Bani Melayu terpencil diatas bumi sendiri. Dari segi saikologi Bani Melayu  measakan terpinggir - terpencil - terisolasi.

Tidak cukup dengan  harta kekayaan yang bukan milik Melayu. Kini  tanah dan sejarah kampong mereka dirobek dan dicincang.

Contoh terbaik - dengan kurang  hajar  Kampong Pantai Dalam, Kampong Kerichi dialih untuk  menjadi Bangsar South tanpa penduduk kampong  asal dirujuk. Ini sama  saperti kemasukan China dan India ke Tanah Melayu tanpa rujukan  Bani  Melayu.

Semua ini adalah contoh terbaik  persolaan nasional yang belum selesai. Inilah cntoh terbaik sejarah dan tamadun Bani Melayu yang  diinjak-injak.

Kenapa ini dibenarkan berlaku? Tunggu minggu hadapan. (tt)  


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45

---------------------

3 ulasan:

Nazrio berkata...

Ku sangka BLog ini ngomong kontoL-kontoLan... Kocok-kocokan... LaLu KU coba masukin ternyata bLog ini punya kodoK iLmiah yg BakaL Tak Lupa dek sejarah...tapi gwe boring Laaa bLog gaK ngomong kontoL-kontoLan diLdo..ngesek LAGi enak seruuu keren ...persoaLan NasionaL Ni macang muka hishamuddin Hussain yg banyaK buih jer

panglimo potaseh berkata...

Dulu kita salahkan inggeris kerana bawak masuk China Sengkek dan Keling Paria. Sikalang lagi China mau mali ..700,000 ekor China kaya ooo. Sedangkan China Sengkek pon kita tak tersaing ..inikan China kaya. Kali ini salah sapa pulak. Nasib baik UMNO kalah ..kalau tak ..1.5juta Bangla akan menyusul ..IDOOP MELAYU YU YU .. yu yu.

Awanama berkata...

Cuti semester Julai, tragedi bulan Mei. X berapa faham la TT