JENG JENG
APAKAH INI
KES REBUT
GHANIMAH
Nazrin maut akibat beberapa kecederaan kepala, dedah bedah siasat ke-2
NAZRIN Hassan meninggal dunia akibat beberapa kecederaan kepala tetapi bukan berpunca daripada telefon bimbit yang didakwa meletup ketika ia dicas bersebelahan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund, dedah bedah siasat kedua.
The Malaysian Insight juga difahamkan laporan bedah siasat kedua mendedahkan mangsa bukan mengalami kecederaan akibat letupan di kepalanya seperti dinyatakan dalam laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh ahli patologi di Hospital Kuala Lumpur.
Ini didedahkan oleh ahli keluarga Nazrin yang diberi taklimat oleh polis minggu lalu mengenai perkembangan terbaru berhubung siasatan kes itu.
“Kami dimaklumkan laporan bedah siasat sudah siap.
“Kami diberitahu punca kematian adalah beberapa kecederaan kepala, dan bukan kecederaan yang disebabkan oleh letupan.
“Kami juga diberitahu laporan bedah siasat telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” kata ahli keluarga kepada The Malaysian Insight.
Ahli keluarga itu menambah, mereka hanya inginkan keadilan untuk saudara mereka dan berharap peguam negara akan memutuskan segera tindakan seterusnya.
Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaluddin mengesahkan keputusan bedah siasat sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara. Namun, enggan mendedahkan sebarang maklumat lanjut.
Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di bilik rumahnya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 14 Jun tahun lepas, sehari sebelum Hari Raya.
Bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan ditemui maut dalam kebakaran di kediamannya di Mutiara Damansara pada Jun tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Februari, 2019.
Bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan ditemui maut dalam kebakaran di kediamannya di Mutiara Damansara pada Jun tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Februari, 2019.
Satu mesej tular menyatakan Nazrin meninggal dunia akibat letupan telefon bimbit yang dicas di sebelah katilnya.
Ini disokong oleh keputusan bedah siasat pertama yang menyatakan Nazrin mati akibat kecederaan letupan telefon bimbit tetapi penyiasat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian menemui kesan petrol di bilik tidurnya.
Polis kemudian mengklasifikasi semula kes itu sebagai pembunuhan dan beberapa tangkapan dibuat.
Polis menahan isteri Nazrin, Samira Muzaffar dan bekas suaminya sebelum menahan dua anak mereka serta kakak dan suaminya. Mereka kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
Pada 1 Oktober tahun lepas, polis memohon perintah mahkamah untuk menggali kubur Nazrin di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk bedah siasat kedua.
Kerja menggali kubur dijalankan pada 8 Oktober dan jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat kedua.
Balu Nazri cuba menyekat perintah menggali itu tetapi permohonannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Mohtarudin Baki, menolak permohonan Samirah dengan alasan ia tidak mempunyai merit dan menyokong arahan dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 4 Oktober yang membolehkan pihak polis menggali kubur untuk mengeluarkan jenazah mangsa. – 26 Februari, 2019.
GHANIMAH?
MUSTAHIL LU
TAK TAHU
APA ITU
GHANIMAH
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
----------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan