Selasa, 6 Ogos 2019

BERITA JAHAT






BERITA JAHAT

HINA NAJIB

PEMIMPIN

ISLAM YANG

SELALU 

PERGI 

MEKAH

RM606.5 juta masuk akaun Najib dalam tempoh 2 tahun, kata saksi


SEJUMLAH RM606.51 juta dimasukkan ke akaun semasa Najib Razak bermula dari Julai 2013 hingga Mac 2015, menurut hujah pendakwa semasa sesi pemeriksaan balas ke atas seorang saksi hari ini.

Sambil merujuk dokumen bank, Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram meminta bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu mengesahkan bahawa daripada jumlah tersebut sebanyak RM212.37 juta yang terdiri daripada wang asing diterima, termasuk RM162.44 juta yang dikatakan derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Yu bersetuju dengan Sithambaram bahawa jika tidak termasuk wang yang Najib dakwa adalah derma dan hadiah dalam bentuk pelbagai mata wang asing, akaun bekas perdana menteri itu masih menunjukkan terdapat RM395 juta dalam akaunnya.

Najib menutup ketiga-tiga akaun semasanya yang berakhir dengan nombor “880”, “906” dan “898” pada 9 Mac 2015.

Akaun-akaun tersebut menjadi tumpuan dalam perbicaraan SRC International melibatkan Najib. Beliau dihadapkan dengan beberapa pertuduhan jenayah termasuk pengubahan wang haram kerana menerima RM42 juta.

Sithambaram berkata dokumen menunjukkan RM109.34 juta dimasukkan ke akaun “890” dari 2013 hingga 2015.

Manakala RM205.2 juta dan RM292.37 juta masing-masing dimasukkan ke akaun “906” dan “808” dalam tempoh sama. – 6 Ogos, 201


INI FITNAH

NAK 

MALUKAN

ISLAM DAN

MELAYU
-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BNM berdiam diri ertinya Di benarksn salur RM606.5 juta ke account simpanan. Lain cerita kalau masuk account TT, gerenti masuk lokap.

Unknown berkata...

Ph akn kalah pru15 klau tun madey kekal jd piem. Wahh ini suda lebey.. Klau btul camtu njib n zahid bjoget atas pentas la jwbnya, smbung tarian irwan serigar dulu. Lobai pas pn lipat kopiah msuk poket dulu jap..

Tanpa Nama berkata...

Jangann sasakali dilupainn. Tanggal 12 mei 2018 najib dah nak bercotii cotian ke jakartaaak.
Ogos..DOJ mtk indonnn rampas equaniminity.
Ini bermaknaaa...najib dan sominya ada niat nak lariii tu woiii.kahkahkahkah
Ingat! Peristiwa adalah gambaran2 perancangennnn.kahkahkah
Kalau tak kerna pejuangg rakyat marhaein berkeumpul di skypark subeng..pasti sejarah terciptakkk.pasti rakyat tidak dpt mendengar ceritera dirosmahkamah skrg!kahkahkahk.
Optimus prime memang licikkk.kahkahkah

panglimo potaseh berkata...

Dulu2 uwan den ado kato ..ghamai org ko mokah poey boli TOYOL ..sekarang baru den cayo. Tak cayo ..cubo kau tgk Najib, Zahid, Azeez, Shahreezat, Teuku Nan ..masing2 ada ratus juta ..mrk semuo kaki poey Mokah.

Tanpa Nama berkata...

Selagi pas pis pus menyokong boskur selagi itulah walaun dikencing oleh ulama kafirkan umngok.Nampaknya puak king maker lebih percaya boskur lebih layak masok hospital bahagia tg. Rambutan dari menjalani hukuman kleptokrasi dipenjara sungai buluh