Ahad, 4 Ogos 2019

HARAMKAN SAJE








HARAMKAN

PARTI  BONEKA

INGGERIS
NAMA PUN NAMA INGGERIS
UNITED MALAYS 
NATIONAL ORGANISATION

Kes lucut harta, SPRM tolak tawaran Umno Pekan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menolak tawaran oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan untuk membayar RM50,000 untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung kes tuntutan melucutkan hak harta.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa tawaran itu dibuat melalui surat representasi oleh Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pekan Ibrahim Awang Ismail, bulan lalu.

“Surat tawaran bertarikh 17 Julai untuk membayar 50% daripada jumlah RM100,000 yang dituntut kerajaan telah ditolak. Saya difahamkan peguam responden akan mengemukakan representasi baharu bagi penyelesaian,”katanya dalam sebutan kes di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Jun lalu, SPRM memfailkan permohonan melucuthak sivil  di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (Amla) terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Nur Shafiqa Balqish Jafri, yang mewakili Ibrahim, berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan respresentasi baharu untuk membatalkan tuntutan kerajaan bagi melucut hak harta itu.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 23 Ogos ini bagi semua pihak memaklumkan perkembangan terkini mengenai permohonan representasi itu. – Bernama, 2 Ogos, 2019.


BUANGKAN

KE DALAM TONG

SAMPAH SEJARAH
--------

2 ulasan:

Unknown berkata...

Klau nk haramkan umno haramkan je skrg smentara atok jd piem. Lau nti nuar atau sape saje jd piem jgn harap la nk haramkan..

Tanpa Nama berkata...

cikai punya parti..curi berbilion2..selesai luar kakmah cuma 50k je..ini la parti ketuanan melayu yg anwar masuk senyap2..masa anwar masuk umno senyap2 dulu, wawi tak ke tak?