Isnin, 2 Disember 2019

ABAM MAKIN GELABAH









ANWAR MAKIN

GELABAH

MAKIN 

TAK SABAR

Mengaku salah sahajalah, cabar Zakaria kepada Anwar dan Saifuddin

AHLI Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Zakaria Abdul Hamid mencabar Presiden Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution supaya mengaku mereka tersalah langkah memecatnya kerana tidak mengikut proses keadilan yang sewajarnya. 

Zakaria sekali lagi mengulangi tuduhan bahawa pemecatannya tidak sah dan tidak adil, memberitahu kedua-dua pemimpin kanan PKR itu supaya “mereka tidak bersembunyi di belakang tabir SPRM untuk mengaburi mata rakyat mengenai kesilapan mereka.”

Beliau merujuk kepada surat dihantar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesyorkan Lembaga Displin parti menyiasat dan membicarakan tuduhan ke atasnya dan seorang lagi ahli PKR yang dipecat, Ismail Duhladi.

“Mereka sepatutnya bertindak dengan penuh kesaksamaan bertepatan dengan prinsip reformasi yang kita junjung,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, tuduhan berulang dilemparkan kedua-dua pemimpin itu sehingga semalam, bahawa pemecatan itu dibuat berdasarkan syor SPRM adalah “tidak benar dan sengaja dibuat bagi memesong pemahaman anggota parti dan rakyat.”

Pada perenggan keempat surat dihantar SPRM, kata Zakaria, ia jelas menyatakan perbicaraan tuduhan ke atasnya dan Ismail perlu dilakukan Lembaga Displin parti.

Beliau juga mempersoalkan mengapa beliau dipecat kerana kesalahan rasuah sedangkan Timbalan Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sendiri mengesahkan pihak pendakwaan tidak akan membuat pertuduhan ke atasnya.

Menyifatkan dirinya sebagai “anggota kerdil parti” yang dibuli presiden dan setiausaha agung, Zakaria bertanya jika benar perbicaraan itu itu disyorkan SPRM, mengapa Anwar, Saifuddin dan Lembaga Displin tidak mengikutnya.

“Sudah jelaslah mereka mengenepikan nasihat SPRM, dan saya telah dipecat tanpa sebarang perbicaraan. Episod ini telah melanggar prinsip keadilan dan batas asas peradaban manusia.

LAGI GELABAH

LAGI TAK SABAR

LAGI RAMAI

RAKYAT TAHU

SIAPA ABAM

YG SEBENAR

YG BERSELIDUNG

DIBELAKANG 

JUBAH ISLAM
KAH KAH KAH
------------

3 ulasan:

herman adnan berkata...

Kartel Gombak datang kerana meeting Kut ye pun...

Tanpa Nama berkata...

bodo la sakai sekor ni. zakaria tu offer projek untuk pancing perwakilan. sprm yg siasat dan sahkan zakaria sogok dgn projek. apasal nak salahkan abam? org mcm zakaria ni mmg patut dipecat. oit sakai jelebu, kau dah sokong rasuah ke?

Tanpa Nama berkata...

Kartel Jalan Gasing macam mana pula?